Tuesday 13 August 2013

Cinta Chocolate Moist..




                     "Nikah dengan aku.." ucap Azmeer selamba.. Hampir tersembur teh o ais limau yang ku sisip ke mukanya mujur aku dapat mengawal gejolak dihatiku ini..

                    "Woi!.. ko pikir soal kahwin ni perkara main-main ke??!.. soal aku sedikit meninggi kepada lelaki dihadapanku ini.. Dia kelihatan tenang dan bersahaja menyuap kek chocolate moist kegemarannya..

                     "Apa susah, kau terima je lah aku dalam hidup kau.. Lagipun dari sekolah lagi kan kau memang tergila-gila kat aku sekarang bila aku dah bagi peluang kau on je lah.. Just grab the chance.."

                   "Kau pikir aku ni teruk macam kau.. Eeuuuwwww... Cermin muka tu sikit.."

                    "Dah banyak kali cermin dah, semakin hari semakin handsome tau.." ucapnya dengan gaya yang menggoda.. Aku terpukau dengan ketampanan wajahnya namun cepat-cepat aku mengalihkan pandanganku ke arah anak kecil yang sedang menangis di hadapan restoran tersebut bagi menyembunyikan gemuruh di hati ini..

               "Ermm.. tak payah nak cover sangatlah kan.. Kau ingat aku tak tau yang jantung kau tu tengah berdegup kencang time ni.. Dengar sampai sini kot.. Kalau betullah kau tak pernah gila kat aku, aku cabar kau kahwin dengan aku dalam masa terdekat ni.. Ada bran??.." wajahnya serius dan anak matanya tepat memandang ke dalam anak mataku seolah-olah mencari perasaan yang telah lama ku pendam terhadapnya.. Aku cuba berlagak setenang yang mungkin dihadapan lelaki ini aku sekali-kali tidak akan mempamerkan kelemahanku..

              "Cakap macamlah hot sangat.. Weiyh, aku tak hadaplah dengan kau.. Macam desperate sangat je aku tengok.. Setakat kau yang bajet hot ni apalah sangat"..

              "Good, so dare to accept my challenge??"

              "Yeah.. I accept your challenge.."
         
              "Since we have come to an agreement, I guess it is time to end our discussion.. Thank you for your contribution and have a nice day honey.." dia mengeyitkan mata sebelah kanannya kepadaku kemudian berlalu pergi dan aku tersedar bahawa bil restoran ini masih belum dijelaskan lagi.. Huh! kurang asam punya lelaki..

********************

             Majlis perkahwinan kami berlangsung dengan sederhana saja tidaklah sehebat pasangan pengantin diluar sana tu lagipun aku ini sebenarnya adalah isteri segera Azmeer sahaja.. Ibunya meminta dia berkahwin dalam masa terdekat ini sekiranya dia tidak mahu dijodohkan dengan sepupunya.. Semua rakan-rakanku di sekolah tahu bahawa Azmeer dan seorang lagi rakan sekelasku Fasha hangat bercinta dan mereka telah berjanji untuk mempertahankan cinta mereka sehingga ke jinjang pelamin namun apa yang memeranjatkan aku apabila Azmeer mengajak aku bernikah.. Hati aku meronta-ronta ingin tahu apa yang terjadi antara dia dengan si gedik tu.. Peristiwa 10 tahun lepas berlayar semula di ingatanku..

Tahun 2005

        Aku meninggalkan kek chocolate moist buatanku di meja Azmeer, sanggup aku belajar buat kek ni untuk bagi kat dia harap-harap dia suka.. Ketika aku ingin mengatur langkah ke kantin aku terdengar perbualan antara Fasha dengan si pujaan hatiku itu..

        "Kek chocolate moist yang you nak tu I dah tinggalkan kat meja you.. Nanti makanlah, penat I buat tau.." ucap Fasha dengan gaya yang penuh manja..

        "Oohh, you jangan risaulah kejap lagi I makan ye.." Azmeer juga membalas dengan perbuatan yang manja juga..

          Hatiku meluat berbaur geram melihat tingkah mereka itu sesungguhnya hatiku sedang sakit saat ini mati seleraku untuk menjamu nasi lemak buatan Ibu.. Kami semua memanggil mak cik kantin yang bekerja di sekolahku dengan gelaran ibu kerana sifatnya yang penyayang dia juga yang meminta kami memanggilnya demikian.. Aku segera pulang ke kelas untuk mengambil semula kek chocolate moist tadi, mungkin tidak bernilai kek buatanku di mata Azmeer jika hendak dibandingkan dengan kek buatan kekasihnya yang menjengkelkan itu jadi aku mengatur langkah ke kelas untuk mengambil semula kek tersebut dan memberikan kepada Syahirah merangkap kawan baikku walaupun aku sudah memberikan lebihan kek yang aku buat kepadanya.. Sukalah si Syahirah tu dapat kek lebih..

         Tanganku ditepis ketika aku ingin mengambil semula kek chocolate moist yang aku hadiahkan kepada Azmeer oleh Fasha.. Dia menuduh aku ingin menjatuhkannya dengan mencuri kek itu dihadapan Azmeer padahal kek itu memang kek buatanku.. Dia juga mengaku bahawa kek itu buatannya dan aku lihat Azmeer memandang sinis kepadaku seolah-olah mengejek lalu aku membalasnya dengan jelingan yang tajam..

         "You dengar sini Marissa bt Aziz, I tau you cemburu tengok I dengan Azmeer.. Kot ya pun janganlah sampai nak sabotaj I dengan curi kek ni.. Be matured please.." Fasha memintal-mintal rambutnya yang diikat satu itu lalu menghampiriku dan berbisik..

        "Terima kasihlah ye sebab buatkan kek ni.. You jangan ingat senang-senang je I nak lepaskan Azmeer.." ucapnya lalu menolak kasar bahuku menyebabkan aku terdorong ke belakang..

        Aku yang marah akan perbuatannya itu bertindak dengan melumurkan kek chocolate moist ke muka Fasha.. Dia menjerit sambil menghentakkan kakinya terhadap tindakan spontanku itu dan Azmeer pula menghampiri bagi meleraikan pergaduhan kami dengan pantas juga aku melumurkan lebihan kek tersebut ke mukanya pula.. Muka Azmeer berubah dia kelihatan sangat marah aku membalas renungannya itu dengan pandangan yang sinis sepertimana dia memandang aku sebentar tadi, Azmeer mendiamkan diri lalu menarik Fasha keluar dari kelas bagi membersihkan wajah mereka yang comot itu.. Rakan-rakanku yang baru pulang dari kantin memandang aku dengan tanda tanya meminta penjelasan..

********************

        Aku tertawa kecil apabila mengingati semula peristiwa tersebut, kadang-kala aku berasa malu akan perbuatan aku ketika berada di tingkatan 5 dahulu disebabkan Azmeer kami sesama perempuan bergaduh  dan sejak dari itu aku telah mencampakkan perasaan suka terhadap Azmeer jauh-jauh namun telah tertulis bahawa dia adalah jodohku..

        "Aku tau kau gembira sangat dapat kahwin dengan aku so tak payah lah jadi gila pulak gelak sorang-sorang.." ucap Azmeer lalu melabuhkan punggungnya di sudut katil king size itu..

        "Eiii.. Tolonglah mamat bajet hot ni.. Kita kahwin ni pun sebab cabaran kau yang tak masuk akal tu, tak lebih ok.." jawabku lalu menjulingkan mata ke atas..

        "yeke macam tu?? bukan sebab kau memang cintakan aku ke??"

        "Takda masa aku nak jatuh cinta dengan mamat perasan macam ko ni lah.."

         "Ok.. Aku nak tengok sejauhmana takda masa kau tu.."

     Azmeer menghampiri, kedua tanganku dipegang kuat dia juga menolak badanku hingga tersandar ke kepala katil.. Saat bibirnya hampir mendarat ke bibirku sepantas kilat aku menghantukkan kepalaku ke kepalanya dengan sekuat hati, dia menjerit kecil dan mengusap-usap kepalanya aku mengambil kesempatan ini dengan menolak Azmeer sehingga dia terjatuh dari katil lalu berlari dan mengunci diriku di dalam bilik mandi.. Dadaku berombak, jantungku berdegup kencang rasa sakit di kepala tidak aku endahkan lagi aku cuba menenangkan diri dengan berzikir dan berselawat sehingga tidak sedar bila aku terlena di dalam bilik mandi tersebut..

       Ketukan bertalu-talu di pintu bilik mandi menyedarkan aku dari tidur, aku mengeluh kecil apabila tersedar aku berada di dalam bilik mandi ini puas aku berdoa agar tragedi semalam hanyalah mimpi namun apakan daya semuanya sudah tercatat untukku..

       "Marissa! buka pintu ni, kot ye pun nak jadi permastautin tetap dalam tu agak-agak lah sikit.. Memang kerja aku nak tunggu kau keluar dari bilik air je ni.. karang subuh habis waktu pulak..huh!.."

        Argh! sudah.. Si bapak rimau tu dah mengaum.. Aku membersihkan diri untuk menunaikan solat subuh, ketika aku ingin melangkah keluar dari bilik mandi tersebut Azmeer menolak aku hingga tersandar di dinding bilik mandi.. Kornea mataku direnung tajam, aku menelan air liur bagi menghilangkan kekalutan dijiwaku.. Dengan kasar dia melepaskan genggaman tangannya..

        "Jangan ingat kau boleh lepas dari aku.." ucapnya seolah-olah memberi amaran.. Aku mencebik dan pergi ke bilik air tingkat bawah untuk mengambil semula wudhu' yang telah batal tadi..

*******************

        Aku membantu ibu mertuaku Puan Roziah menyiapkan sarapan di dapur.. Aku dikejutkan dengan sebuah ciuman di pipi, aku melihat Azmeer tersenyum sinis dan selamba sambil menguyah epal hijau yang diambil dari peti ais.. Ibu mertuaku hanya tersenyum melihat tingkah kami berdua..

        "Sayang masak apa ni?? sedap baunye.."

         "Nasi lemak.." jawabku acuh tak acuh..

         "Eh, siapa tanye awak saya tanya ibu saya ni lah.. Saya memang panggil ibu saya sayang.." ucapnya lalu menggigit lagi sebahagian epal..

          Wajahku menjadi panas dan bertukar rona.. Aku terasa amat malu sekali aku sangkakan Azmeer bertanya begitu kerana ingin menunjukkan kepada ibunya yang kononnya kami bahagia rupa-rupanya sangkaan aku meleset.. Aku terasa ingin berlari dan menyorokkan wajahku dibawah meja namun aku masih cuba berlagak tenang dan mempertahankan ego..

         "Azmeer ni gurau aje Marissa.. Mana ada dia panggil ibu ni sayang.. Dia sengaja nak sakat kamu.." ucap ibu mertuaku lalu menggosok-gosok belakang tubuhku lalu meninggalkan kami berdua di dapur..

        " Kahkahkahkah.. Suka kau ye aku panggil kau sayang.." Azmeer mencuit pipiku lembut lalu menyambung tawa..

         Aku yang bengang dengan ungkapan yang terluah dari bibirnya dengan pantas aku mengambil timun yang masih belum dihiris lalu aku sumbatkan di mulutnya.. Tawanya terhenti dia agak terkejut dengan perbuatanku itu.. Azmeer mengeluarkan timun tersebut dari mulutnya dan cuba membalas perbuatanku tadi, kami bergelut sebentar dan tingkah kami terhenti..

       "Eh pasangan baru kahwin ni.. Kat sini jugak dia nak bermersa.. dah cepat tolong ibu hidangkan nasi lemak kat depan.." marah ibu.. Kami berdiri tegak mempamerkan riak tidak bersalah..

*********************

        Sudah sebulan bernikah kami mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah baru.. Rumah yang memudahkan aku dan Azmeer untuk pergi keluar bekerja.. Sedang sibuk mengemas rumah, Azmeer dengan selamba menarik rambutku yang telah aku sanggul rapi.. Bapak rimau ni dah mula cari pasal dah.. Aku mengibaskan rambutku ke kiri dan ke kanan dan menguak anak rambutku ke belakang lalu menyanggulnya semula.. Namun aku berasa hairan apabila melihat Azmeer berdiri tegak seolah-olah terpaku dengan perbuatanku sebentar tadi.. Aku melambaikan-lambaikan tanganku ke kiri dan ke kanan di mukanya, dia seperti tersedar lalu meninggalkan aku sendirian di ruang tamu..

        Aku menghulurkan segelas air oren kepada Azmeer, dia menyambut huluran tersebut lalu menarik diriku agar duduk disampingnya.. Dia seperti ingin membicarakan sesuatu dan aku pula menanti dengan tenang..

       "Errr.. aku..aku..aku.." aku menahan tawa bila melihat dia tergagap-gagap seperti ini lalu menyergahnya..

       "Aku nak kau buatkan aku kek chocolate moist.. Dah lama tak makan..hehe.." ucapnya lancar dan malu-malu..

       "Ooohhh.. Aku ingatkan kau nak cakap kau dah tangkap cinta dengan aku tadi.. Setakat chocolate moist tu.. kacang goreng je lah.." aku menghadiahkan senyuman manis buatnya dia kelihatan gugup dan serba tidak kena melihat diriku.. Aku menjadi hairan..

        "Eh, aku nak tangkap cintan dengan kau??.. Memang tak la kan.. Lain lah kau yang dah memang sejak azali gila kat aku.." ucapnya angkuh lalu menuju ke bilik tidur.. Eh mamat ni dah suka tu mengaku je lah tak payah nak takabbur camtu..hmph!! menyampah..

***********************

         Kepalaku terasa berat, aku meletakkan kek chocolate moist yang telah siap di dalam peti sejuk kemudian menuju ke bilik untuk berehat.. Aku merebahkan diriku di katil dan memicit-micit kepalaku yang dari tadi berdenyut tidak berhenti.. Pintu dikuak dari luar, Azmeer menarik kerusi bulat yang terdapat di bawah meja solek lalu menghampiriku..

        "Kau ni dah kenapa?? dari dapur tadi aku tengok kau asyik picit-picit je kepala kau.." dengan pantas dia meletakkan tangannya di dahiku untuk merasa suhu badan..

         "Panas badan kau ni, kau demam ni.. takpe.. biar aku ambilkan panadol.."

          "Tak payah, kejap lagi aku tidur bila bangun elok lah.." dalihku kerana sememangnya aku memang takut untuk menelan ubat lagi-lagi ubat pil kerana dulu semasa kecil aku pernah tercekik ubat tahan sakit ketika demam jadi traumanya masih lekat sehingga sekarang..

        "Apa pulak.. Tak boleh dibiarkan ni karang melarat pulak.." ucapnya lalu pergi mengambil ubat..

         Azmeer datang dengan membawa dua biji panadol active fast dan segelas air masak.. Dia menyuakan panadol tersebut kepadaku.. Aku tidak mahu makan ubat aku takut jika peristiwa lama berulang kembali.. Azmeer seolah-olah dapat menangkap bahawa aku ni takut untuk menelan panadol tersebut.. Dia menggunakan kuasa vetonya memaksa aku menelan kesemua pil yang ada.. Arghh!! tiba-tiba aku rasa seperti hendak muntah lebih-lebih lagi apabila membayangkan kepahitan ubat tersebut.. Dengan tidak semena-mena aku telah mengeluarkan segala isi perutku di tubuh Azmeer.. Dari sedikit kemudian keluar banyak.. Wajahnya kelihatan berang sekali..

       "What the!!!.. Uweekkk..Uweekk" dia kemudiannya berlari ke bilik mandi lalu mengeluarkan semua isi perutnya pula.. Aku menyapu mulutku menggunakan belakang tangan.. Aku tersenyum kerana berasa sedikit lega selepas muntah tadi dan baring semula di katil.. Selepas Azmeer membersihkan diri, dia mengelap muntahku di lantai bilik, sambil membersihkan muntah dia juga menahan loyanya.. Uweeekkk..Uweeekkk.. kedengaran dari tadi.. Aku berasa sedikit terharu melihat keikhlasannya..

         "Aku pikir kau ni sakit je.. Kalau tak memang dah lama aku siram air ni kat muka kau.." Azmeer menghulurkan air masak kepadaku..

         "Sorry la.. Aku tak sengaja dah muntah tu nak keluar.. Yang kau pun sibuk paksa-paksa aku makan ubat.. Mana taknya.." Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal..

         "Kau jangan ingat aku buat ni semua free je.. Aku nakkan balasan pastinya balasan yang menguntungkan aku..'' dia tersenyum nakal..

        Aku sudah merasa seram sangkaku dia ikhlas.. cehhh!! rupanya nakkan balasan.. siot je dia ni.. Aku mengangguk lemah menuruti permintaannya..

        "Apa?? kau nak aku buat apa??..

         "Aku nak kau jadi isteri aku dalam erti kata yang sebenar.. Kita hidup macam suami isteri yang lain.. Boleh??" dia menggengam jari jemariku.

         Aku mengalihkan pandangan ke luar tingkap.. Hatiku gembira sangat.. Yeay!!!

        "Tapi.. sebelum tu aku mesti la kena tau yang kau ni betul-betul suka kat aku ke tidak.. Aku tak nak la bertepuk sebelah tangan.." dia menguji..

          Aku mengangguk lalu meluahkan perasaan terhadapnya..

         "Ya.. aku memang suka kat kau.." aku sedikit tersentak kerana mudahnya aku meluahkan perasaanku..

         "Hahahahahaha.. mengaku jugak kau.. Aku pancing je la tadi..huhu.." ucapnya lalu keluar dari bilik..

      Aku baling bantal ke pintu, hantu punya laki! sumpahku dalam hati..

***************************

          Aku mengeluarkan kunci kereta dari dalam beg tiba-tiba tubuhku dilanggar dari hadapan menyebabkan aku jatuh terduduk.. Pemuda tersebut menghulurkan tangannya, aku mencebik lalu bangun sendiri dan bergerak ingin meninggalkan lelaki tadi..

      "Dah sombong!! sampai hati awak!!.. laung lelaki itu..

       Aku berpaling, aku sedikit terkejut kerana terserempak dengan Zikri hari ini.. Ya.. dia Zikri lelaki yang tidak pernah berputus asa mengejar cintaku dari universiti dahulu.. Jangan ingat gadis brutal macam aku ni tiada peminat..

      "Zikri, sorry la saya tak perasan awak tadi.." sengihku sambil menggosok-gosok lengan kiriku..

      "Macam mana nak perasan.. pandang saya pun awak tak nak.." rajuknya..

      Ish.. nak merajuk pulak mamat sorang ni.. Aku takda masa la nak pujuk..

      "Yelah maaflah, jomlah saya belanja awak minum sebagai tanda minta maaf di atas kesombongan saya tadi.." ucapku sambil menjeling ke arah restoran mamak yang berdekatan.. Kelihatan Zikri tersenyum lebar..

       "Ermm.. Lama dah kita tak jumpa.. I really miss you honey.." ucap Zikri..

       "Eii.. Apa ni nama saya Marissa bukan Honey.." sengaja aku tekankan perkataan honey itu..

        "Hahaha.. Masih kelakar macam dulu.. Comel lah.." Zikri bermain-main dengan penyedut minumannya..

       "Zikri dah la, tak payah nak sebarkan wabak menggatal kat sini.. Saya tak suka.. Dah la.. saya minta maaf saya nak kena balik rumah cepat ni.."

      "Laaa.. sabarlah dulu.. Bukannya awak ada suami pun kat rumah.."

      "Siapa kata?? Saya dah kahwinlah.."

      "Liar!! Prove it Marissa..

       Aish dia ni.. nak menjerit-jerit pulak kat sini orang tengok buat malu je..huh!..

     "Huh! suka hatilah nak percaya ke tak.. What ever.." aku menjulingkan mata ke atas lalu menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.. Selepas membuat pembayaran aku meninggalkan Zikri terkulat-kulat disitu..

*********************

        Aku ketawa menonton rancangan Buletin Cinta yang dipaparkan di TV3.. Azmeer mengambil tempat bersebelahan denganku.. Alat kawalan televisyen dirampas lalu siaran di tutup.. Aku menjeling ke arahnya sambil memeluk tubuh menunjukkan tanda protes namun dia membalas dengan pandangan yang serius dan garang aku mula kecut..

        "Dah kenapa pandang orang macam bapak rimau nak telan mangsa.." ucapku pura-pura berani..

         "Siapa laki yang kau keluar minum kat kedai mamak tadi??.. Sampai aku yang meja sebelah dengan kau.. Kau tak nampak.. pikir aku ni tunggul!.." marah Azmeer..

       Eh, bila masa pulak bapak rimau ni ada kat restoran mamak tadi.. Tak nampak pun..

         "Kawan masa kat U dulu.. Zikri nama dia.."

          "Kawan masa kat U ke?? Boyfriend masa kat U??

          "Aik?? kau jeleous ke??.. soalku berani..

          "Memey la.. kau tu bini aku..

          "cemburu tu tandanya sayang.. Maknanya kau sayang kat aku la ni...hahahaha.. aku dah agak dah..

         Azmeer terdiam dan menunduk lalu membuka siaran televisyen aku pula sengaja ketawa besar-besar mengenakan dia.. Ketawa gembira sebenarnya..

***********************

           "Eeii.. Yang awak ikut saya sampai ke rumah ni kenapa??!" marahku kepada Zikri boleh pulak dia follow aku sampai ke rumah..

            "Awak kata awak dah kahwin jadi saya nak tengok mana suami awak kalau saya dah jumpa saya janji saya takkan kacau awak lagi.. Wooiii!!! suami Marissa!! kelauarlah woii!! Aku nak jumpa!!!... jerit Zikri dan aku hanya mampu menggeleng..

           ''See.. Awak takde suami pun sebenarnya awak tipu saya je.. Kenapa awak buat saya macam ni??

           Zikri cuba untuk memegang tanganku dan tiba-tiba dia terdorong kebelakang kerana ditumbuk oleh Azmeer..

          "Wooiii!! kau dah la terpekik terlolong kat depan rumah aku.. Pastu boleh pulak kau nak sentuh isteri aku.." Satu lagi tumbukan padu hinggap di wajah Zikri..

          "Sekarang awak dah percaya kan yang saya dah ada suami.. jadi please balik rumah awak jangan jumpa saya lagi.. Awak dah janji tadikan.. please.. sebelum keadaan jadi lebih buruk.." rayuku kepada Zikri..

         Zikri mengangguk sambil mengesat darah yang mengalir dari bibirnya lalu berlalu pergi, aku mengejar Azmeer sehingga ke pintu rumah.. Aku cuba memegang tangannya dia menepis..

        "Tak payah nak pegang-pegang aku.. yang kau biarkan jantan tu ikut kau sampai rumah buat apa!!.." aku ditengkingnya..

        "Aku tak tau pun yang dia ikut aku sampai rumah.." aku cuba menerangkan keadaan sebenar..

       "Dah la weiyh.. Aku malas nak dengar.. Kau ni kan memang perempuan jenis..... eeiiyyaaiii.." dia mencapai kunci keretanya..

       Aku rasa sedikit tersentap, Azmeer seolah-olah ingin menuduh aku perempuan yang tak baik.. Aku menjadi berang..

      "Wooii!!! pergi la kau dekat awek gedik yang kau sanjung sangat dulu.. Kalau kau nak kahwin dengan dia pun aku tak kisahlah lagipun tu memang impian kau kan.. Yang kau pergi kahwin dengan aku siapa suruh!!..Hmph!!.." aku membalas..

       "Aku dah lama dah berpisah dengan Fasha.. Dia dah jumpa lelaki yang lebih berharta dari aku.. Yang aku nak, kau seorang je sekarang ni.. kau faham tak??!" Azmeer pergi meninggalkan aku..

     Aku terlopong.. Tiba-tiba hati aku diselubungi rasa gembira...Yeayyy!!!.. Aku melompat-lompat kegirangan seperti anak kecil yang mendapat gula-gula.. Aku nekad untuk memiliki hati Azmeer dan tak mahu bagi kat sesiapa.. Bermulalah operasi memujuk suami yang merajuk..Heeee.. Aku tersengih gatal..

***********************

       Hari ini aku mengambil cuti untuk memujuk Azmeer.. Dia tidak pulang ke rumah semalam, jadi aku ingin memujuk hatinya dengan menghadiahkan kek chocolate moist yang teristimewa buatanku..hehehe..

      Aku tiba di pejabat Azmeer tepat jam 11.00 pagi.. Aku meguak sedikit pintu biliknya dan alangkah terkejutnya aku apabila melihat suamiku sedang berdua-duaan dengan Fasha.. Hati aku hancur.. Sampai hati Azmeer tipu aku dia cakap dia dah takde apa-apa lagi dengan minah senget tu.. Aku membatalkan hasrat aku untuk memujuk Azmeer namun langkah aku terhenti apabila terdengar perbualan mereka..

      "You dah buang I pergi ikut jantan lain lepas tu you senang-senang je nak kat I balik.. You ingat I ni barang!.." marah Azmeer..

       "Ala sayang.. Dulu I buta.. I tak tau nak menilai mana satu intan dan mana satu kaca.. Sekarang I sedar yang sebenarnya I tak boleh hidup tanpa you.." rayu Fasha bersungguh-sungguh..

        "Perempuan yang macam you ni susah I nak percaya lagipun I dah kahwin dengan Marissa classmate kita masa form 5 dulu.."

        "What??.. You dah kahwin dengan minah tomboy tu.. please lah ramai lagi perempuan dekat dalam dunia ni.."

        Aku menjadi geram nak saje aku tarik-tarik rambut perempuan tu dah la pakai baju tak cukup kain dengan stilletto merah hatinya.. Kalau jatuh tersungkur sedap tu..

     "Tapi sekarang I betul-betul cintakan dia.. I takut kalau kehilangan dia.."

     "I betul-betul tak sangka yang cakap kat depan I ni Azmeer Arif bin Suhaimi.. tomboy tu dah guna-gunakan you ke apa ni??..''

     Hati aku gembira mendengar pengakuan ikhlas dari mulut Azmeer.. Aku melangkah masuk ke bilik Azmeer kerana ingin menutup mulut longkang yang tidak sudah-sudah mengata aku.. Ternyata mereka terkejut dengan kehadiran aku..

     "Fasha, kau dah dengarkan yang Azmeer cakap dia cintakan aku.. Apa lagi..Blah lah.. Tak pun kau nak kena lumur dengan kek ni baru kau nak berambus dari office suami aku.. Tak malu ea kalau staf-staf lain tengok kau keluar dengan coklat-coklat bersepah kat rambut kau" ucapku sinis..

    "Ok.. takpe you menang Marissa.. Tapi you kena ingat dah bertahun-tahun I tersemat dalam hati Azmeer.." ucapnya dan berlalu pergi..

     "Sebelum tu Fasha!!.. Fasha berpaling ke arahku..

      Dulu kau dalam hati dia.. Sekarang ni aku.. Kau jangan ingat senang-senang je aku nak lepaskan Azmeer.." aku mengulang semula dialog yang pernah diungkapkan kepada aku 10 tahun yang lepas.. Fasha menjeling dan keluar terus ke kereta milik teman lelakinya..

     "Macam mana?? Dapat tak kita nak kikis harta laki tu??.. soal teman lelaki Fasha..

      "Dah punah semua harapan dah.."

      "So, what's next??.."

      "Apa lagi tunggu mati dengan sakit HIV tak guna ni lah!!.." bentak Fasha..

      Teman lelakinya ketawa besar mendengar jawapan Fasha dan kereta Satria Neo itu menderu laju membelah jalan..

**************************

       "Errr.. Abang.. Marissa minta maaf selama ni berkasar dengan abang.. Marissa janji lepas ni Marissa akan jadi isteri yang terbaik untuk abang.." ucapku malu-malu.. Aku ingin membiasakan diri memanggil Azmeer abang.. Aku nak jadi isteri yang mithali..

        Azmeer tersenyum manis semanis coklat.. Aku menjadi cair dengan senyuman itu dengan perlahan dia menarik tanganku lembut agar duduk di ribaannya..

      "Abang pun nak minta maaf kat Marissa sebab selama ni pun abang selalu berkasar dengan Marissa.. Kita sama-sama bina hidup baru ea.. Errmm.. Kek tu memang untuk abang tengok je ke??.."

      Aku tersenyum lalu membuka penutup bekas kek tersebut lalu menyuakan kek chocolate moist ke mulutnya.. Kelihatan Azmeer makan dengan berselera sekali dan tiba-tiba dia berhenti, aku menjadi hairan..

     "Ermm.. sebenarnya kan abang tahu Marissa ada dekat pintu tadi.. Abang saje je pancing cakap abang cintakan Marissa.." dia ketawa dengan galak sekali..

     "Argghhh!! aku menjerit kecil dan dengan perasaan malu yang berbakul-bakul aku melumurkan kek chocolate moist di wajah Azmeer.. Dia terkejut lalu melumurkan semula kek itu ke wajahku pula dan bermula lah pergelutan lumur melumur di bilik tersebut..

    "Ok-ok abang surrender.. Abang memang cintakan sayang lah.. Dari sekolah lagi sebenarnya tapi abang ego nak mengaku semua tu.." Azmeer membuat wajah comel..

     Aku mencubit pipinya lembut dan mengungkapkan semula kalimah cinta kepadanya dan kami pun bepelukan.. Pelukan ini adalah pelukan cinta yang mungkin membawa sampai ke syurga.. Ameen..
     
     

   

   


     


     

     

         

         




     



   

       

         

       

       
     

       

     

     


       

     
       

     


     

     

       

       

2 comments:

  1. comelnyaaa azmeer ni ! haha . sweet cekelat cekelat moist gituu ^^

    ReplyDelete
  2. sweet nye.. saya sengeh2 baca. bila next story?

    ReplyDelete