Friday 12 July 2013

Serupa, Jodoh Tak Sama...


            
                 Syafiqah Tahirah dan Syakirah Taiyibah merupakan pasangan kembar seiras.. Mereka mempunyai minat dan hobi yang sama dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki.. Segala suka dan duka pasti akan dikongsi bersama tidak kira waktu susah atau senang.. Mereka tidak pernah berpisah, ke mana-mana pasti berdua tetapi takdir telah menetapkan si kakak telah terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara selama 3 bulan.. Mereka berdua menangis pada hari si kakak perlu melapor di kem PLKN tersebut dan si adik pula jatuh sakit selepas itu namun kesakitan itu tidak hanya dilalui oleh adik keseorangan si kakak juga mengalami kesakitan yang sama.. Memang sejak kecil lagi jika salah seorang pasangan kembar tersebut jatuh sakit pasti seorang lagi juga akan merasai kesakitan yang dialami oleh si kembar..

                Pasangan kembar ini juga saling lengkap melengkapi, jika si kakak ditimpa masalah si adik pasti akan hadir menghulurkan bantuan begitulah sebaliknya.. Jika pergi ke mana-mana mereka pasti akan mengenakan pakaian yang sama kadang kala mendatangkan rasa cemburu di hati rakan-rakan yang tidak mempunyai kembar.. Sejak kecil mereka mempunyai minat yang sama oleh itu hati mereka diuji dengan memiliki rasa suka kepada orang yang sama juga.. Justeru salah satu hati telah berkorban dan terluka demi kebahagiaan pasangan kembarnya..

               "Dik.. Kau rasakan jodoh aku ada tak dengan Amaluddin tu?'' soal Syafiqah Tahirah kepada pasangan kembarnya itu malu-malu..

                "Insyaallah.. kau doalah banyak-banyak.." jawab Syakirah Taiyibah lalu menghadiahkan senyuman walau hatinya terhiris mendengar soalan kakaknya itu.. Dia juga menyanyangi Muhammad Amaluddin namun dia hanya memendamkan saja perasaan itu.. Biarlah hatinya terluka asalkan dia dapat melihat kakaknya itu bahagia..

*********************************************************************************

                Muhammad Amaluddin seorang lelaki yang berbadan sasa dan tegap, ketampanan dan ilmu yang ada dalam dirinya mampu mencairkan hati mana-mana perempuan.. Bak kata pekerja-pekerja perempuan di syarikat tempat dia bekerja, Muhammad Amaluddin ini mempunyai pakej yang lengkap untuk dijadikan suami.. Memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif menambahkan lagi pendapatan dan wangnya di dalam akaun bank jadi tidak mustahil jika banyak perempuan di luar sana yang ingin mendekati dirinya..

               Ya.. Amaluddin mengakui bahawa pertama kali berjumpa dengan pasangan kembar itu dia memang telah jatuh hati.. Masih segar di ingatannya ketika majlis makan malam di rumah pasangan kembar tersebut mereka memakai pakaian sedondon semuanya secara kebetulan.. Dia juga tidak kisah samada dijodohkan dengan Syafiqah Tahirah mahupun Syakirah Taiyibah dia hanya ingin memenuhi impian ibunya untuk bermenantukan salah seorang pasangan kembar itu namun dia hanya mampu memilih salah seorang sahaja dan hatinya telah memihak kepada Syakirah Taiyibah..

               Setelah beberapa bulan saling berkenalan, pasangan kembar ini mengakui bahawa mereka sudah jatuh hati kepada Amaluddin dan yang paling gembira sekali adalah Syafiqah kerana dia yakin setiap layanan yang diberikan oleh Amaluddin kepadanya adalah tanda yang menunjukkan bahawa lelaki tersebut mempunyai perasaan yang sama dengan dirinya.. Berbeza dengan Syakirah yang lebih banyak mendiamkan diri, dan lebih membuntukan apabila  Amaluddin telah meluahkan perasaan kepada dirinya.. Sesungguhnya saat ini dia tidak mahu menghancurkan hati kakaknya jadi dia membuat pilihan untuk mengundur diri sahaja lagi pula Syafiqah tidak tahu bahawa dia juga meminati lelaki itu, dia tidak mahu menjadi pengkhianat kepada kakaknya..

*********************************************************************************

              Amaluddin menghadiahkan buah tangan dari Johor kepada Syakirah, dia baru pulang dari memantau tapak projek di sana..

               "Minta maaf, saya tak boleh terima hadiah ni..'' ucap Syakirah dan memulangkan semula kotak tersebut kepada Amaluddin..

               "Tapi kenapa??'' terbit riak kecewa di wajah lelaki itu..
           
               "Sebab bila saya menerima hadiah ni akan ada hati yang terluka.. Saya tak sanggup nak lukakan pemilik hati tersebut.." jawab Syakirah lalu meninggalkan Amaluddin.. Dia hanya mengangguk faham akan maksud yang tersirat di sebalik ucapan gadis itu tadi..

*********************************************************************************

               Majlis pertunangan Amaluddin dan Syafiqah dilangsungkan dengan meriah sekali.. Kelihatan Syafiqah sangat cantik pada ketika ini dan Amaludddin turut terpaut akan keayuan yang terserlah pada wajah perempuan itu dan saat cincin bertatah berlian tersarung di jari manis Syafiqah maka terjalinlah sebuah ikatan pertunangan dua hati ini.. Namun, kegembiraan yang dirasai oleh Syafiqah disambut hambar oleh sekeping hati lagi, walaupun hatinya terluka tetapi dia masih mampu tersenyum menyembunyikan kelukaan yang dialami.. Saat Syafiqah sedang sibuk bergambar dengan rakan-rakannya Amaluddin cuba untuk mendekati Syakirah, gadis yang sanggup berkorban demi kebahagiaan pasangan kembarnya..

              "Tak payah nak sembunyikan kesedihan tu dengan senyuman palsu awak.." Amaluddin cuba provokasi.. Dia juga turut terluka saat ini..

               "Siapa kata senyuman ni senyuman palsu.. Saya pun tumpang gembira dengan majlis ini.. Kalau Syafiqah bahagia saya pun bahagia jugak.." jawabnya membela diri lalu menghadiahkan senyuman kepada tetamu yang hadir..

               "Mata awak tu tak pandai menipu.. Saya tahu hati awak luar je nampak tenang tapi kat dalam tu dah ada parut yang besar.." Amaluddin tidak berpuas hati dia memang sengaja ingin menduga hati Syakirah dia ingin melihat sekuat mana hati gadis itu..

               "Terpulang pada awak nak menilai macam mana.. Yang penting saya dah ada pengganti awak dan saya bahagia dengan dia.." Syakirah berdusta dia pun tidak tahu dari mana dia mendapat kekuatan untuk menjawab seperti itu lalu mendekati Syafiqah dan rakan-rakanya yang lain.. Aku tak percaya! jerit Amaluddin di dalam hatinya..

              "Kak.. Tahniah.. Kau dah jadi tunang Amal tu.. Doa kau dah dimakbulkan.." ucap Syakirah ikhlas dia cuba menyembunyikan perasaannya yang sedang terluka..

             Syafiqah tersenyum mendengar ucapan kembarnya itu.. Ya dia memang rasa sangat gembira, pada masa yang sama dia juga berasa takut.. Terbayang di ruang mata ketika Amaluddin melamarnya..

           Amaluddin menghadiahkan senyuman yang manis buat bakal tunangnya itu, hari ini dia telah nekad untuk melamar Syafiqah walaupun hatinya merindui Syakirah tetapi dia akan cuba untuk mencintai Syafiqah melebihi cintanya kepada Syakirah kerana dia tidak mahu mengecewakan Syafiqah apabila mereka sudah bernikah nanti.. Pelayan restoran mewah itu datang menghampiri mereka berdua sambil menatang sedulang hidangan, Syafiqah berasa hairan kerana mereka masih belum membuat apa-apa pesanan.. Setelah hidangan diletakkan di atas meja pelayan tersebut meninggalkan mereka berdua..

          "Rasanya dah boleh buka dah penutup ni.." tangan Amaluddin laju mengalihkan penutup dulang tersebut dari hidangan..

         Syafiqah terkesima apabila melihat kotak baldu berwarna biru itu dia tersenyum kerana warna biru itu adalah warna kegemarannya.. Amaluddin membuka kotak tersebut maka terserlah kilauan permata yang terdapat di cincin tersebut..

          "Sudikah awak menjadi zaujah saya??'' Amaluddin menuturkan bicara dan disambut dengan lafaz "saya sudi" oleh Syafiqah..

*********************************************************************************

           Setelah menyiapkan beberapa dulang hantaran, Syafiqah menuju ke bilik Syakirah untuk bersembang-sembang kosong dengan kembarnya itu.. Dia sedar sejak menjak ini Syakirah tidak banyak sangat bercakap adiknya itu lebih gemar menyibukkan dirinya dengan melakukan aktiviti luar.. Dia ingin meluangkan masa bersama kembarnya itu, pintu dikuak sedikit untuk meninjau aktiviti yang dilakukan oleh Syakirah.. Saat itu dia terdengar luahan rasa seorang hamba kepada pencipta-Nya..

              "Ya Allah, hatiku sedang terluka saat ini.. Kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu ini..  Walau hati aku berduka namun aku yakin ada hikmah disebalik ujian yang Kau berikan.. Kau hapuskanlah perasaan yang telah bercambah di dalam hati ini terhadap bakal abang iparku, aku tidak sanggup untuk melukakan perasaan kembarku.. Ya Allah.. Temukanlah aku dengan jodohku yang sebenar-benarnya agar luka ini dapat disembuhkan dengan cinta dan kasih sayang yang Kau anugerahkan dalam jiwa setiap hamba.. Amin.." rintih Syakirah lalu meraup mukanya dan menghamburkan tangisan..

               Air mata bertakung di tubir mata Syafiqah selepas mendengar rintihan adiknya itu.. Kakinya melangkah pergi meninggalkan Syakirah, hasratnya untuk berbual-bual dengan Syakirah mati begitu sahaja dengan itu dia telah menetapkan satu keputusan yang akan merubah hidup Syakirah selepas ini.. Syafiqah berbincang dengan ibubapanya tentang hasratnya itu.. Pada mulanya keputusannya itu dikecam hebat oleh ibubapanya kerana keputusannya itu seolah-olah mempersendakan masjid yang bakal dibina lagi pula majlis perkahwinan akan berlangsung 2 minggu lagi namun setelah dipujuk akhirnya satu rancangan telah dijana oleh anak-beranak tersebut..

              Bukanlah niat Syafiqah untuk mempersendakan atau mengambil mudah tentang isu kahwin ini namun pengorbanan yang telah dilakukan oleh Syakirah dan Amaluddin untuk membahagiakannya baginya adalah cara yang salah.. Pengorbanan yang dilakukan oleh mereka bukanlah mendatangkan kebahagiaan kepada Syafiqah malah sebaliknya.. Dia masih ingat perbualan diantara Amaluddin dan Syakirah ketika majlis pertunangan yang lalu.. Pada ketika itu dia menyambut rakannya yang lewat tiba kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan maka telinganya telah menangkap perbualan mereka.. Pada awalnya Syafiqah juga berasa resah dan takut akan perbualan itu namun dibiarkan sahaja setelah melihat lagak Syakirah yang bersahaja dan tenang semasa memberi ucapan tahniah.. Ini menambahkan lagi keyakinan Syafiqah untuk menyatukan dua hati tersebut..

********************************************************************************

              "Ahhhhh!!!! pengantin perempuan dah lari!!.." jerit Nelda Fitri rakan kepada pasangan kembar tersebut yang telah diupah untuk menambahkan lagi keayuan yang ada di wajah Syafiqah.. Nelda juga menyerahkan surat yang dijumpai di atas meja solek kepada Syakirah.. Di dalam surat tersebut Syafiqah menyatakan bahawa dia tidak mahu meneruskan perkahwinan dengan Amaluddin kerana dia telah menjumpai lelaki yang lebih hebat dan sebaik Amaluddin.. Syakirah tidak mempercayai isi surat tersebut dia berusaha untuk mencari Syafiqah namun dihalang oleh kedua orang tuanya.. Dia diminta untuk menggantikan tempat kakaknya untuk menjaga nama baik keluarganya itu..

              Amaluddin terpaku apabila melihat Syakirah yang menjadi zaujahnya pada hari ini.. Dia memandang bakal mentuanya dengan penuh tanda tanya untuk meminta penjelasan namun mereka hanya membalas dengan senyuman dan anggukan.. Salam disambut, lafaz di akad akhirnya Amaluddin dan Syakirah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.. Amaluddin mendekati Syakirah bagi sesi pembatalan air sembahyang kelihatan air jernih mengalir di pipi Syakirah lalu Amaluddin mengesat air jernih itu menggunakan jarinya dan terus mengucup dahi Syakirah.. Cincin disarung, huluran tangan disambut.. Syakirah mengucup tangan suaminya, Amaluddin tersenyum sambil mengusap kepala isterinya..

             "Lepas ni dah boleh bersiap untuk resepsi majlis persandingan pulak.." ucap Nelda mengingatkan pasangan pengantin tersebut..

*******************************************************************************

                Syafiqah memberhentikan kereta Ferrari berwarna biru miliknya di bahu jalan.. Dia terjerit kecil apabila melihat tayar keretanya itu yang sudah kempis akibat terlanyak paku yang ada di jalan.. Dia membuka bonet keretanya untuk melakukan sesi pertukaran tayar dan tiba-tiba sebuah kereta Toyota Camry berhenti di belakang keretanya.. Kelihatan susuk tubuh lelaki keluar dari kereta tersebut tersenyum sambil melambai-lambaikan tangannya..

               "Syafiqah Tahirah bt Tajuddin, dah tak ingat aku ke?? kita satu kampus dulu.. UM.." soal Ahmad Fathi sambil membetulkan cermin matanya..

               "Ohhh.. Kau Fathi, baru aku perasan.. Tadi tak perasan sangat sebab dah lama tak jumpa kan.." jawab Syafiqah sambil menayangkan gigi putihnya yang tersusun rapi..

               "Wow!! senyuman tu.. Dah lama aku rindu dan cari senyuman tu.. Akhirnya jumpa jugak.. Tayar bocor ea.. Meh, aku tolong.." lalu merampas spana yang terdapat di tangan gadis itu..

               "Tak lawak lah Fathi.." jawab Syafiqah bersahaja..
                 
             "Aku memang tak buat lawak.. Puas aku cari senyuman tu.. Kau hilang macam tu je.. Tinggalkan aku..huh.." Ahmad Fathi mengeluh kecil dan gadis itu hanya mendiamkan diri tiada anggukan mahupun jawapan..

               Selepas siap kerja menukar tayar kereta Ferrari tersebut mereka berdua menuju ke sebuah restoran untuk mengisi perut yang dari tadi berbunyi minta diisi.. Ahmad Fathi merupakan rakan kepada pasangan kembar tersebut ketika menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di UM.. Memang dari dulu lagi Ahmad Fathi memendam perasaan pada Syafiqah cuma pada ketika itu dia takut cintanya ditolak kerana pasangan kembar ini menjadi rebutan ramai lelaki semasa di kampus dahulu... Dia sebenarnya agak kecewa apabila mendapat undangan majlis perkahwinan pasangan kembar tersebut namun apabila diteliti tadi pengantin perempuan bukanlah gadis yang diidamkan tetapi adalah kembarnya.. Terselit sedikit perasaan bersyukur dihatinya namun yang menimbulkan tanda tanya di benak fikirannya apabila nama yang tercatat di kad jemputan adalah nama Syafiqah namun yang menjadi pengantinnya adalah Syakirah.. Hatinya meronta-ronta untuk mengetahui rahsia disebalik majlis perkahwinan tadi..

              "Aku tengok kau macam tak gembira je hari ini.. Sepatutnya kau pun kena bahagia juga di sebalik perkahwinan kembar kau.." Fathi cuba menguji.. Air mata bertakung di tubir mata Syafiqah.. Hati Fathi dipagut rasa bersalah lalu dia menampar lembut mulutnya di atas ketelanjurannya tadi..

              "Aku minta maaf kalau soalan aku tadi buat kau tersinggung.." ucapnya ikhlas..

              " Takpa, aku ok je ni.. Aku pun tumpang gembira di atas perkahwinan mereka tu.. Sudah tertulis Amal tu jodoh Syakirah.. Aku sebagai manusia dan seorang kakak harus meredai ketentuan yang telah dicatatkan untuk aku.." Syafiqah tertawa kecil dan tidak semena-mena air matanya mengalir sedikit demi sedikit kemudiannya mengalir deras.. Dia sudah tidak dapat menahan tangisnya itu, semua mata tertumpu kepada mereka berdua.. Fathi menghulurkan tisu kepada Syafiqah, barulah dia mengerti  dan dia terfikir ini adalah masa yang sesuai untuk menyembuhkan luka di hati gadis idamannya itu..

              "Kau tunggu sini sekejap ea.. Kejap lagi aku datang balik.. Tunggu sekejap tau jangan pergi mana-mana.." Fathi kemudiannya berlari-lari anak ke keretanya..

            Syafiqah memberhentikan tangisannya apabila mendengar bunyi petikan gitar, dia mendongakkan kepalanya.. Fathi mengalunkan lagu "Biar" oleh Faizal Tahir dan Syafiqah terpukau mendengar kemerduan petikan gitar dan alunan suara merdu Fathi..

Biar lena berlabuh
Biar sakitnya sembuh
Biar menghapus semua rasa
yang merapuh

Biar aku memberi
Biar senyum kembali
Biar ku sentuh jari jemari
Pejamkan mata

Biar saja air mata
Menangis terus menangis
Biarkan lepas semua rasa perit
Perit yang manis
Biar saja air mata
Mengalir terus mengalir
Biar habis semua dibahuku

Jangan mahu sendiri
Jangan dibiar mati
Bawa ke mari hati ke sini
Pejamkan mata

Bagai mimpi terindah
Lepaskan dirimu dalam ku
Taman kamu biarku memberi
Cinta yang kan membawamu
Ke Syurga

Biar lena berlabuh
Biar sakitnya sembuh
Biarkan lepas semua perit

               "Aku ingin menyembuhkan luka di hati kau.. Aku ingin menghapuskan semua air mata kesedihan kau.. Mungkin aku tidak sehebat Amal tetapi aku akan cuba untuk menjadi lebih hebat daripada dia.. Aku akan membahagiakan kau.. Sudikah kau menerima aku sebagai pelindungmu dan sudikah kau melengkapkan tulang rusukku yang sudah lama hilang??" ucap Ahmad Fathi sambil melutut..

              "Kau tidak perlu menjadi orang lain untuk membahagiakan aku kerana kau sudah pun membahagiakan aku.. Kau juga mempunyai cara dan kelebihan yang tersendiri untuk memberikan kebahagiaan itu.. Aku yakin akan bahagia bersama kau.. Aku sudi menjadi sayap kiri menyokong setiap perjuanganmu di dalam medan mendidik para ulama kecil kita nanti.." Syafiqah Tahirah tersenyum manis..

               Tepukan bergema di setiap sudut restoran itu seolah-olah memberi sokongan penyatuan dua hati.. Ahmad Fathi dan Syafiqah Tahirah mengucapkan terima kasih dan keluar dari restoran untuk pulang ke rumahnya bagi menghadiri majlis perkahwinan pasangan kembarnya Syakirah Taiyibah dan Muhammad Amaluddin..

              "Maaf kak, aku tak berniat nak merampas Amal dari kau.." tangis Syakirah sambil memeluk kakaknya itu..

              "Aku ok lah.. Memang jodoh kau dengan Amal.. Lagipun sekarang kan aku dah ada Fathi.." balas Syafiqah sambil tersenyum seterusnya memperkenalkan Fathi kepada Amaluddin dan kedua orang tuanya..

*******************************************************************************

              "Alhamdulillah, pengantin perempuan dah tak lari lagi.." gurau Nelda Fitri sambil mengoles sedikit pemerah pipi di pipi pengantin perempuan, sememangnya Syafiqah tidak  gemar bersolek secara tebal dia lebih suka bersolek nipis lagi pula dia sukakan solekan yang nampak neutral.. Wajah Syafiqah yang sememangnya ayu memudahkan lagi tugas Nelda Fitri sebagai mak andam..

              "Tahniah kak, selamat berbahagia.. Aku doakan semoga kau berbahagia sehingga ke akhir hayat.. Aku sayang kau.." ucap Syakirah ikhlas..

               "Amin.. Aku pun akan doakan kebahagiaan kau.. Aku pun sayang kau jugak.."

             Pasangan kembar itu berpelukan namun telah dihalang oleh sesuatu.. Mereka tertawa apabila melihat perut Syakirah yang semakin membesar dia sedang mengkandungkan anaknya yang sulung.. Syafiqah mengusap perut adiknya itu dengan penuh kasih sayang dia juga tidak sabar untuk melalui saat-saat itu..

           "Sudah-sudahlah tu kakak, adik.. Pengantin lelaki dah nak sampai ni.. Siap sedia semua.." ucap ibu mereka mengingatkan..

            Kini, kehidupan pasangan kembar itu sentiasa di penuhi dengan bunga-bunga kebahagiaan.. Tidak semestinya orang yang kita cintai itu akan menjadi milik kita kerana sudah ada orang yang telah dicatatkan untuk kita dan semestinya dia lebih layak dan mampu memberikan kita cinta.. Alhamdulillah..

             

         
         
           

           

       

             

           

           

No comments:

Post a Comment