Friday 6 December 2013

Karma Cinta..






“Puan, keputusan ujian menunjukkan bahawa suami puan sama sekali tidak dijangkiti virus AIDS, kami masih belum dapat mengenalpati jenis penyakit yang dihidapi oleh En. Adam. Seperti yang sedia maklum AIDS akan berjangkit apabila pasangan melakukan hubungan kelamin tetapi suami, puan dan kandungan sama sekali tidak dijangkiti virus ini dan saya percaya bahawa penyakit yang dialami oleh suami puan sekarang ini bukanlah penyakit berjangkit namun puan juga harus berjaga-jaga. Apapun saya harap puan bersabar dan banyakkan berdoa pihak hospital akan berusaha sedaya yang mungkin untuk membantu suami puan sihat seperti sedia kala.” Ucap Doktor Zarief.
Qadisah mengangguk lemah. Dia mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut dan berlalu keluar. Di luar bilik doktor, Qadisah tidak dapat mengawal perasaannya dia memaut pada dinding lalu menekup mulutnya dan menangis.
*************************************
          Adam berjalan menuju ke Restoran yang berdekatan untuk mengisi perutnya yang sedari tadi berbunyi minta diisi, sekali sekala dia menjeling ke kiri dan ke kanan mecari kelibat Qadisah gadis yang digilai sejak kali pertama berkerja di Syarikat Eagle Holding. Dia bertemu dengan gadis itu ketika ingin menaiki lif dan dia mengakui telah jatuh cinta pandang pertama melihat gadis yang bertudung bidang itu. Dengan pemakaiannya yang sopan berserta kulit wajahnya yang putih kemerah-merahan pasti mampu mencairkan hati mana-mana lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.
          Gadis itu kelihatan ayu di matanya pasti dia memiliki ilmu agama yang sempurna di dadanya berbanding dia yang hidup penuh dengan dosa. Lamunan Adam terhenti apabila melihat gadis yang telah mencuri hatinya sejak 3 bulan yang lalu, dia menyahut nama Qadisah namun gadis itu hanya membalas dengan senyuman yang ala kadar sahaja hati Adam sedikit kecewa.
          Setelah mengambil makanan, Adam berjalan menuju ke meja Qadisah dan beberapa orang rakan yang lain.
          “Boleh saya join sekali?.” Mohon Adam sambil menayangkan giginya yang putih.
          “Oh sure, silakan.” Jawab Maria.
          Adam memandang wajah ayu Qadisah dia mangakui bahawa hati gadis yang bernama Qadisah ini memang sukar dicuri. Qadisah seperti tidak selesa makan berhadapan dengannya apatah lagi apabila dia sedar bahawa dirinya diperhatikan namun Adam buat tidak tahu sahaja dia masih belum dapat melarikan matanya dari terus-terusan menatap gadis ini.
          “Ehem.. Makan tu hati-hati sikit Dam tengok tulang ikan tu karang tercekik pulak.” Gurau Maria yang perasan akan renungan Adam terhadap rakannya.
          Adam tersedak lalu mencapai air, dia tersengih malu.
**********************************
          Qadisah mengenggam jari jemari suaminya lembut. Sekali sekala dia terdengar rengekan kecil dari mulut Adam. Sakit barangkali. Kudis-kudis yang ada di badan dan wajah suaminya itu dipandang, hatinya merasa sebak melihat keadaan suaminya itu dan air matanya menitis lagi.
          Adam tersedar apabila mendengar esakan kecil, dia melihat isterinya menangis. Genggaman tangan dileraikan lalu mengesat air mata yang sudah seminggu mengalir tiada henti itu timbul rasa bersalah dihati kerana selama ini menyakiti hati isterinya.
          “Abang minta maaf sayang.”
          Tangan dialihkan ke kandungan Qadisah yang sudah mencecah 7 bulan itu.
          “Walid minta maaf tolong jagakan ummi untuk walid. Jangan nakal-nakal.” Adam tergelak kecil menyembunyikan perasaan sedih dan bersalah yang sudah lama bersarang sejak mereka diijabkabulkan.
          Qadisah tidak mampu untuk mengeluarkan sepatah perkataan, walaupun hatinya sakit setelah mendapat tahu perbuatan Adam dibelakangnya namun tanggungjawab seorang isteri tetap perlu dilaksanakan dia mesti berada disamping Adam di saat lelaki itu memerlukannya.
          “Sayang dah tak sudi nak cakap dengan abang lagi? Sayang sayangkan abang kan?.” Soal Adam lembut.
          “Abang sakit, abang kena banyak berehat.. Errmm, saya nak pergi solat sekejap.” Qadisah mengatur langkah keluar dari wad kelas 1 itu.
          Adam menyoroti pemergian isterinya dengan pandangan yang sayu.
*********************************
          Adam nekad untuk melamar Qadisah sebagai isterinya, dia memanggil Qadisah lalu menunjukkan tapak tangannya yang telah ditampal dengan sticky note berbentuk hati. Adam mengenyitkan sebelah matanya lalu tertawa kecil apabila melihat wajah Qadisah yang sedia merah itu lagi bertambah merahnya dek kerana menahan malu. Langkah diatur menuju ke arah gadis idaman hati.
          Qadisah menggigit bibir jantungnya berdegup laju. Adam menghadiahkan senyuman yang manis buat Qadisah dia melutut lalu mengeluarkan sekotak cincin dan menghulurkan kepada gadis itu.
          “Sudikah awak menjadi pelengkap hidup saya yang sah?” ucap Adam berani.
          Semua pekerja Eagle Holding menyaksikan babak tersebut dan menantikan jawapan dari Qadisah dengan penuh debaran. Adam juga turut tidak sabar menanti jawapan risau juga kalau-kalau lamarannya ditolak.
          “Jumpa ibu dan bapa saya..” jawab Qadisah sambil tersenyum malu.
          Adam tersenyum lega. Rakan-rakan yang lain bertepuk tangan dan mengeluarkan kata-kata semangat untuk Adam mereka juga tumpang gembira dan berharap agar pasangan ini memperoleh kebahagiaan.
******************************
          Sejak dah kahwin ni kau dah sombong dengan aku ye Adam tapi bagus jugak kau dah kahwin ni takde lah kau buang masa tidur dengan perempuan-perempuan simpanan kau. Masa kau sekarang untuk isteri kau dan aku sahaja. I love you sayang.” Ucap Danish sambil menggengam tangan kekasihnya itu.
          Adam menarik tangannya dari terus digenggam oleh Danish.
          “Amboi sayang, kenapa ni??”
          “Aku rasa kita patut hentikanlah perbuatan jijik ni..”
          “Ooo.. Sekarang dah pandai jijik habis selama ni tak pernah pulak pikir jijik. Tak cukup dengan perempuan-perempuan tak guna tu dengan aku pun kau jadi nak lempiaskan nafsu tapi sekarang dah jijik pulak.. Ingat ea Adam sekali kau tinggalkan aku hidup isteri kau merana..” Danish bangun dari duduknya.    
          “Errmm.. Malam ni macam biasa.. Kita dah lama tak bersama.. Kalau kau tak datang jangan terkejut tengok isteri kau minta cerai dari kau..” sambung Danish lagi memberi amaran sebelum meninggalkan Adam.
          Adam melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah yang longlai, Qadisah menyambut kepulangannya dengan wajah yang manis. Tangan dikucup briefcase milik lelaki itu dicapai..
          “Abang duduk sini sekejap, saya ambikkan air..” ucap Qadisah lembut.
          Adam hanya mengangguk dan menyandarkan tubuhnya di sofa.
          Qadisah datang membawa segelas jus oren yang sejuk lalu menghulurkan kepada Adam. Adam meneguk jus oren tersebut dengan rakus. Qadisah tersenyum, tangan suami digenggam lembut.
          “Kenapa ni?? Selalunya abang tak macam ni pun.. Tak handsome dah suami Qadisah ni..” usik si isteri..
          Kepala Qadisah diusap lalu Adam menghadiahkan kucupan di dahi buat sang isteri tercinta.
          “Abang minta maaf sayang, malam ni abang kena temankan Danish. Dia cakap dia ada masalah sikit jadi dia minta tolong abang temankan dia malam ni..”
          Wajah Qadisah sedikit mencuka.
          “Errmm..”
          “Janganlah masam macam ni sayang. Sayang buat abang risau. Kesian kat Danish tu hidup dia sekarang ni agak tertekan sikit bila tunang dia dah kahwin jadi dia perlukan semangat. Abang janji malam ni je ok. Lepas tu abang milik sayang setiap malam.” Janji Adam sambil mengangkat tangannya seperti mengangkat sumpah.
          “Okay.. malam ni je..” jawab Qadisah..
          Adam tersenyum lalu menarik Qadisah ke dalam pelukannya.
****************************
          Alunan rentak muzik di dalam pub itu benar-benar membingitkan telinga kalau boleh Adam tidak mahu lagi terjebak dengan gejala sosial ini dia mahu memulakan hidup yang baru bersama Qadisah namun setelah diugut oleh Danish dia menjadi takut jika Qadisah mengetahui bahawa dia merupakan lelaki biseksual yang boleh memuaskan nafsunya dengan lelaki mahupun wanita.
          Danish berasa sangat bahagia apabila Adam memenuhi permintaannya untuk bersama malam ini ternyata Adam masih sayang padanya. Ramai lelaki dan perempuan  yang sangat menginginkan Adam untuk menjadi peneman di ranjang tetapi Adam memilih dirinya kerana selain dari memiliki wajah yang tampan serta tubuh badan yang menarik dia lebih memahami dan menyayangi Adam berbanding lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang sudah tidur bersama Adam sebelum-sebelum ini.
          Dia benar-benar cintakan Adam, nafsunya terhadap perempuan kini sudah pupus setelah ditinggalkan oleh tunangnya. Adamlah yang banyak memberikan semangat kepadanya sehingga dia terjebak dengan gejala homoseksual ini. Dia tidak kisah jika Adam berkahwin kerana dia tahu hubungan yang terlarang antara mereka ini tidak akan kemana jadi biarlah lelaki itu berkahwin dengan Qadisah asalkan Adam tidak meninggalkan dirinya.
          “Hei, tengoklah mamat ni dah kahwin dengan ustazah pun masih lepak pub lagi.” Ucap Salim lelaki yang sudah lama mencemburui Adam kerana kebanyakan wanita lebih gemar memilih Adam berbanding dirinya.
          Adam naik berang namun Danish cepat-cepat menenangkan lelaki tersebut kerana jika Adam sudah mengamuk pasti segala benda yang ada disekelilingnya akan musnah..
          “Entah-entah ustazah tu pun teguk arak tak..hahaha..”  sambung Salim lagi sambil ketawa..
          Adam sudah tidak dapat menahan barannya, sambil duduk dia menerajang Salim sehingga lelaki tersebut terbaring di atas lantai. Adam menghampiri, kakinya diletakkan di atas dada bidang Salim.
          “Aku boleh terima kalau orang hina aku tapi kalau orang hina isteri aku nasib dia memang kurang baik..” Adam memijak dada Salim kuat lalu mengatur langkah meninggalkan pub manakala Salim berguling-guling di atas lantai menahan senak di dada.
          Danish mengejar langkah Adam laju sehingga ke kereta. Tangan Adam ditarik.
          “Adam, aku tau kau tengah marah sebab orang hina isteri kau tapi marah kau tu takkan merosakkan malam kita kan.. Meh malam ni aku tenangkan hati kau yang sedang panas tu. Aku jamin kau pasti puas..hmm.” Danish menepuk bahu Adam lembut lalu menarik lelaki itu masuk ke dalam kereta.
          Kereta Honda City itu meluncur laju membelah malam ke kondominium mewah milik Danish.
***************************
          Qadisah meletakkan surah yassin di almari kecil dalam wad tersebut. Kata-kata doktor siang tadi benar-benar membuntukan, sekali sekala dia merenung wajah Adam yang sedang tidur. Dia terfikir adakah penyakit ini merupakan kifarah Allah buat suaminya atas dosa yang dilakukan selama ini.. Dia beristighfar, tidak baik bersangka buruk mungkin penyakit ini berpunca dari faktor lain seperti gatal-gatal namun disebabkan suaminya selalu menggaru untuk menghilangkan rasa gatal tersebut akhirnya memberi kesan buruk buat Adam.
          Dia bersimpati terhadap nasib yang menimpa suaminya itu dan dia pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Kata ustazah, penyakit yang ditimpakan Allah kepada manusia merupakan penggugur dosa walaupun sakit tersebut hanya luka dihiris duri. Manusia selalu merungut dan mengamuk apabila ditimpa sakit walaupun sakit tersebut boleh dirawat dengan hanya menyapu minyak gamat pada tempat yang terluka namun manusia tidak sedar akan hikmah disebalik kesakitan yang dikurniakan oleh Allah.
          Azan subuh berkumandang menandakan telah masuknya waktu solat subuh bagi wilayah persekutuan dan wilayah-wilayah yang sama waktu dengannya. Qadisah mengambil keputusan untuk solat subuh di surau yang disediakan oleh pihak hospital di luar wad kerana tidak mahu mengganggu tidur Adam. Selesai menunaikan kewajipan bagi umat Islam itu Qadisah pulang semula ke wad.
          Adam mengesat air jernih yang bertakung di tubir mata, dia tidak mahu Qadisah melihat dia menangis. Perasaan bersalah datang bertubi-tubi. Rasa menyesal mula timbul namun apakan daya dia sudah terlambat nasi sudah pun menjadi bubur. Dia tidak mahu Qadisah mendekati dirinya lagi kerana dia tidak mahu penyakit berkudis ini akan berjangkit kepada Qadisah pula.
          Pintu dikuak dari luar, Qadisah memberikan senyuman buat suaminya itu.
          “Tadi saya pergi solat subuh kejap dekat surau.”
          “Abang nak Qadisah balik dan tak payah jaga abang lagi kat hospital ni.”
          “Tapi kenapa?? Saya minta maaf kalau ada buat abang terasa tapi tolong jangan halang saya untuk menjaga abang yang telah menjadi sebahagian dari hidup saya.”
          “Abang boleh jaga diri abang sendiri. Qadisah baliklah nanti penyakit abang ni berjangkit pulak kat Qadisah.”
          “Tapi bang doktor kata…”
          “Abang kata balik!!.. Balik!! Jangan datang sini lagi!! Balik!!.”
          Belum pun sempat Qadisah selesai menyambung katanya Adam memotong dengan menengking isterinya itu. Qadisah tidak mahu mengalah dia tetap ingin menjaga Adam selagi mereka masih bergelar suami isteri.
          Qadisah menghampiri Adam.
          “Saya tak pernah rasa terbeban untuk jaga abang kerana saya cintakan abang, kan kita pernah berjanji akan tetap bersama cuma maut sahaja yang boleh memisahkan kita. Saya ikhlas menjaga abang saya ingin menjaga dan berada disamping abang selagi saya masih bernyawa. Tolong jangan halang saya dari melakukan perkara yang sudah menjadi kebiasaan saya. Saya cintakan abang.” Ucap Qadisah teresak-esak.
          Dia menyambung langkahnya menghampiri suaminya itu. Tubuh suaminya dipeluk erat seolah-olah tiada sebarang cela. Dia tidak pernah merasa terbeban apatah lagi merasa jijik dengan penyakit yang dihidapi oleh Adam kerana dia tahu bahawa ini adalah ujian dari Allah untuk menguji sejauhmana keimanan dan kesabarannya.
          Adam juga turut menangis. Dia membalas pelukan Qadisah.
          “Abang minta maaf.”
*************************************
          Danish menghidangkan sarapan pagi di atas meja makan di dapur, dia tersenyum apabila merasa ada tangan melingkar di pinggangnya. Dia membiarkan, sudah lama dia merindukan saat-saat tersebut.
          “Sedap bau, mesti sedap.” Adam membenamkan dagunya di bahu Danish.
          Hati Danish bertambah berbunga mendapat pujian dari lelaki itu. Dia memusingkan badannya menghadap Adam. Sepasang bibir milik Adam dikucup lembut sebagai tanda kasih dan sayangnya buat lelaki itu.
          “Dah lama kita tak macam ni. Rindu sangat.” Danish ingin mengucup bibir Adam sekali lagi.
          Adam meletakkan jari telunjuknya di bibir comel milik Danish sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak mahu berlama-lama lagi disitu melayan nafsu songsang Danish dia ingin pulang berjumpa dengan isterinya segera. Rindu terhadap isterinya sudah tidak tertanggung lagi.
          “Kita sarapan ea. Perut aku lapar giler ni.” Ucap Adam menyengih manakala Danish sekadar mengangguk menuruti kata-kata Adam.
          Selesai bersarapan Adam dan Danish berdiri di balkoni untuk mengambil angin dari tingkat 17 ini. Danish menyandarkan tubuhnya di tubuh sasa milik Adam. Dia merasa sangat bahagia berada didalam pelukan lelaki itu sekarang ini. Adam menarik tubuh Danish agar berhadapan dengannya, pelukan dileraikan.
          “Danish, aku minta maaf aku tak boleh nak teruskan benda ni semua.” Adam mengeluh kecil.
          Danish kelihatan tenang.
          “Malam tadi adalah malam terakhir kita bersama aku dah tak sanggup lagi teruskan hubungan terlarang ni kau sendiri tau kan yang hubungan kita ni takkan kemana. Aku dah pun berkahwin tanggungjawab aku sekarang ni adalah Qadisah perempuan yang aku cinta. Aku tau aku salah sebab libatkan kau dan menjadikan kau tempat aku memuaskan nafsu aku dulu tapi sekarang ni aku dah tak mampu. Aku dah tak sanggup nak berfoya-foya dibelakang Qadisah. Aku harap kau paham.”
          “Tak. Aku tak paham. Tak nak paham dan takkan pernah paham. Senang je kau cakap kan, dulu Juwita tinggalkan aku lepas tu kau datang kononnya nak jadi penyelamat. Aku hilang nafsu dan kepercayaan terhadap perempuan sebab aku dah serahkan jiwa raga aku ni untuk kau seorang tup-tup sekarang ni kau tinggalkan aku pulak hakikatnya kau tu lagi kejam.”
          Adam cuba mengenggam jari jemari Danish namun ditepis. Danish tersenyum sinis sebelum menyambung kata.
          “Kau je tempat aku mencurahkan kasih sayang aku. Eerrmm. Takpelah Adam kau pergilah balik rumah jumpa isteri kesayangan kau tu. Takpe aku reda. Betul cakap kau hubungan kita ni takkan kemana. Terima kasih untuk kasih sayang palsu yang kau pernah curahkan kat aku selama ni. Macam aku cakap semalam sekali kau tinggalkan aku isteri kau merana.”
          Wajah Adam sedikit berubah. Dia yakin pasti Danish tak akan duduk diam sudah ada rancangan yang telah diatur oleh lelaki itu.
          “Qadisah tak bersalah dalam hal ni. Jangan nak libatkan dia. Kau tau kan aku memang pantang kalau ada orang sentuh Qadisah dan aku takkan biarkan orang tu hidup kat dunia ni.” Adam cuba mengugut.
          Danish ketawa lalu menggelengkan kepalanya dan menyebut nama Adam berulang kali.
          “Kau ingat aku takut?” Danish mendekatkan wajahnya ke muka Danish.
          “Aku lebih rela mati dari kehilangan kau Adam tapi sekurang-kurangnya bila kau bunuh aku. Aku takkan rasa kecewa sebabnya orang yang bunuh aku tu adalah orang yang aku cinta.” Danish menyambung tawanya.
          “Gila.” Adam mengatur langkah keluar dari kondominium mewah itu untuk pulang ke rumahnya.
          Tawa Danish terhenti, wajahnya kembali serius lalu dia tersenyum sinis. Dia sudah menjangka bahawa ini bakal berlaku dan tindakannya merakam aksi panas mereka malam tadi bukanlah suatu perkara yang sia-sia dan merugikan. Fikirannya sudah dirasuk oleh syaitan.
********************************
          “Eh, awal abang balik kerja hari ni selalunyakan kalau abang tidur rumah Danish abang terus pergi kerja.” Ucap Qadisah hairan.
          “Abang rasa tak sedap hati. Abang nak balik kampung tengok mak. Sayang kemas sekarang kita terus balik kampung.” Adam memberi alasan.
          “Insyaallah bang. Takde perkara buruk yang berlaku tu. Abang tenang ea.” Balas Qadisah sebelum membuka langkahnya memasuki bilik untuk mengemas barang mereka.
          Adam meraup wajahnya. Jantungnya berdebar dia tidak sedap hati untuk meninggalkan Qadisah berseorangan di rumah ini kerana dia percaya bahawa Danish akan menjalankan agenda jahatnya. Rumahtangganya perlu diselamatkan dia ingin pulang ke kampung untuk berjumpa emaknya dan menenangkan fikiran.
          Qadisah meghempaskan tubuhnya dikatil, dia bersyukur kerana perjalanan mereka ke rumah mertuanya ini selamat. Adam dan mertuanya ke kebun sebentar untuk mengait buah rambutan yang sudah masak ranum. Dia ingin turut serta mengait buah tersebut namun dihalang oleh ibu mertuanya memandangkan usia kandungannya kini sudah hendak mencecah 7 bulan.
          Telefon pintar berbunyi menandakan ada panggilan masuk mengejutkan Qadisah, dia berasa serba salah untuk menjawab panggilan tersebut kerana nombor si pemanggil adalah nombor yang tidak dikenali. Akibat risau jika ada apa-apa kecemasan, dia menjawab panggilan telefon tersebut.
          “Assalamualaikum.”
          “Waalaikumussalam.. Mesti kau terkejut kan ada nombor tak dikenali telefon kau. Ni aku Danish. Adam mana??.”
          Qadisah sedikit lega.
          “Adam takda pergi kebun dengan mak.”
          “Oh, kau orang kat kampung sekarang ni.. Pandai Adam nak larikan diri ye.”
          Qadisah mengerutkan wajahnya, dia tidak mengerti maksud kata-kata Danish tadi.
          “Ada apa-apa pesanan untuk Adam ke??” soal Qadisah lembut.
          “Eh, takda apa-apa pesanan. Eloklah Adam takda sekarang ni lagipun aku telefon ni sebab memang nak cakap dengan kau.”
          Qadisah terkejut dia tidak mahu melayan Danish kerana tidak mahu mengkhianati kepercayaan Adam kepadanya, saat hendak mematikan panggilan.
          “Nanti dulu Qadisah. Perkara ni penting sangat. Pada asalnya aku nak jumpa kau untuk cakap pasal perkara ni tapi memandangkan kau ni isteri solehah yang taat pada perintah agama kau mesti takkan keluar rumah tanpa pengetahuan Adam jadi aku rasa elok kita cakap kat telefon je lah aku tak kisah kalau kredit aku habis berpuluh sekali pun untuk bagitahu kau perkara ni.”
          “Saya rasa tak perlu nak berkias baik awak teruskan dengan point yang awak nak cakap.” Qadisah mulai penasaran.
          “Hmph!, Okay. Sebenarnya suami yang kau sanjung sangat tu termasuk dalam golongan biseksual. Sebelum dia kahwin dengan kau lagi dia pernah tidur dengan ramai perempuan dan lelaki termasuk aku. Tapi sejak dia kahwin dengan kau ni dia mula berubah dia tinggalkan semua kekasih-kekasih dia kecuali aku. Kita orang baru habiskan masa bersama di ranjang semalam untuk pengetahuan kau bukan semalam je tau termasuklah hari-hari yang dia tidur kat rumah aku selama ni tapi dia menipu kau dia cakap kononnya nak tenangkan aku yang baru putus tunang. Betul la tu dia tenangkan aku dengan…Paham-paham sendirilah ye.” Danish tertawa sinis.
          Qadisah terkejut dengan pengakuan Danish tadi tetapi dia tidak mempercayainya. Dia yakin pasti Danish sengaja cakap begitu untuk menghancurkan rumahtangga mereka.
          “Saya tak percaya Adam macam tu.”
          “Yela, siapa nak percaya kan bila tengok suami tu depan kita bukan main tawaduk lagi. Solat jemaah, mengaji sama-sama pendek kata serba serbi lengkap dengan ilmu agama tapi malangnya nafsu dia tu lebih teruk dari nafsu binatang. Bagus ada sikap taat dan percaya pada suami ni lagipun kesetiaan dan kepercayaan itu kan rahsia kebahagiaan rumah tangga. Aku sebenarnya tak setuju dia kahwin dengan kau tapi memandangkan fitrah manusia lelaki pasangannya adalah wanita aku reda.”
          Qadisah sudah tidak sanggup mendengar kata-kata yang terluah dari mulut Danish.
          “Saya rasa elok awak hentikan fitnah ni. Kita sesama manusia ni tak elok ada perasaan dengki lebih-lebih lagi dengan sahabat sendiri. Salah satu cara untuk mendapatkan kemanisan iman adalah mengasihi sahabatnya semata-mata kerana Allah. Oleh itu eloklah awak beristighfar dan ingat Allah memohon ampun dari-Nya. Kalau dah rasa mulut tu dah tak boleh berhenti nak memfitnah suami saya eloklah awak bunuh je suami saya tu kerana memfitnah ni dosanya lebih besar dari membunuh. Assalamualaikum.” Talian dimatikan.
          Danish ketawa, dengan tidak semena-mena dia telah mendapat tazkirah percuma dari Qadisah. Dia tidak berpuas hati. Video rakaman antara dia dan Adam ditonton dan butang send ditekan untuk membuktikan kepada Qadisah bahawa dia dan Adam memang mempunyai hubungan.
          Qadisah merasa loya apabila melihat rakaman tersebut, dia tidak menonton video tersebut sehingga habis kerana dia tahu itu akan mendatangkan dosa buat dirinya. Empangan air matanya sudah mula pecah dia menangis dengan teruk sekali, hatinya hancur apabila mendapat tahu perbuatan Adam dibelakangnya.
          Adam dan ibu mertuanya yang baru pulang dari kebun terkejut mendengar raungan Qadisah. Mereka berlari mendapatkan Qadisah di dalam bilik.
          “Ya Allah, kenapa ni Qadisah??” soal ibu mertuanya lembut.
          Raungan Qadisah terhenti. Adam segera memeluk isterinya untuk menenangkan dan menyalurkan kekuatan. Qadisah ingin menolak tubuh Adam namun memikirkan yang mertuanya turut ada disitu dia membatalkan sahaja niatnya itu.
          “Tadi saya tertidur. Dapat mimpi buruk.” Qadisah menipu.
          “Astaghfirullah hal azim, mak ingatkan apalah yang berlaku tadi sebab Qadisah meraung teruk sangat sampai kat luar dengar. Mak dengan Adam pun terkejut tadi.”
          “Saya minta maaf sebab buat mak dengan abang susah hati.” Balas Qadisah.
          Ibu mertuanya mengangguk lalu keluar dari bilik biarlah Adam menenangkan isterinya itu. Qadisah menolak tubuh Adam dia tidak rela disentuh oleh suaminya, sekarang ini hatinya betul-betul terluka. Adam tersentak, hatinya mula diselubungi resah. Qadisah menyerahkan telefon pintar miliknya kepada suaminya itu, Adam terkejut melihat rakaman yang dikirimkan oleh Danish.
*********************************


          Qadisah menyuapkan makanan ke dalam mulut Adam, suaminya itu makan dengan berselera sekali. Setelah makanan yang disediakan  oleh pihak hospital itu habis Qadisah menyuakan pula air ke mulut suaminya. Adam hanya menurut tidak pula dia membantah sedangkan dia mengalami kesakitan untuk menelan makanan dan minuman tadi. Dia tidak memberitahu Qadisah akan kesakitannya kerana tidak mahu isterinya bimbang.
          Kudis-kudis di tubuh dan wajah Adam semakin teruk, nanah berwarna hijau keluar tidak berhenti-henti di kemaluannya sehingga menimbulkan bau busuk namun Qadisah tetap bertahan dia tidak mahu Adam tersinggung dan terluka malahan dia sentiasa mengucapkan kata-kata yang baik dan menceriakan hari-hari suaminya kerana itu yang ditegaskan dalam Islam mengenai adab menjaga orang sakit.
          Adam sudah tidak mampu menahan kesakitan dia terasa seperti hendak mati, Luka yang mulanya kecil dan sedikit akhirnya menjadi semakin teruk. Dia pasti bahawa ini adalah balasan bagi seorang suami yang dayus dan hamba yang munafik. Dihadapan isteri dan ibubapanya dia berlagak seperti lelaki yang betul-betul mentaati perintah agama sedangkan dibelakang orang-orang kesayangannya dia melakukan perbuatan mungkar yang pastinya akan memberi azab seksaan yang dahsyat di akhirat kelak. Selama ini dia sedar akan kesalahannya itu namun demi menyelamatkan rumah tangga dia meneruskan perbuatan dosanya ini.
          “Abang nak minta tolong boleh?” pinta Adam lesu.
          Qadisah mengangguk.
          “Tolong berjumpa dengan kawan-kawan dan orang-orang yang telah abang zalimi dulu. Abang tahu masa abang untuk meninggalkan dunia semakin hampir namun disebabkan dosa-dosa abang terhadap manusia yang belum terhapus abang tak…”
          Adam tidak dapat meneruskan kata-kata apabila tekaknya terasa seperti terbakar dia tidak mampu mengeluarkan sepatah perkataan. Jari ditunjukkan kearah air yassin dan Qadisah yang faham akan perbuatan Adam itu cepat-cepat menyuakan air yassin ke mulut suaminya namun setelah air yassin diteguk Adam memuntahkan nanah sehingga mengotorkan bajunya.
          Air mata mula mengalir deras di pipi. Qadisah berdoa di dalam hati agar Allah meringankan azab yang dihidapi oleh suaminya. Surah yassin dicapai dan dibaca dengan penuh khusyuk akhirnya Adam berhenti dari terus mengeluarkan nanah dari dalam perutnya dan tertidur keletihan. Selesai mebaca yassin Qadisah membersihkan badan suaminya dengan berhati-hati.
          Qadisah mengambil keputusan untuk menuruti hasrat Adam tadi namun dia tidak tahu kepada siapa yang dia harus berjumpa dan memohon maaf bagi pihak suaminya. Nama Danish terlintas di fikiran, telefon pintar dicapai nombor Danish didail. Petang itu Qadisah meminta bantuan ibunya untuk menjaga Adam sementara dia menunaikan hasrat suaminya itu.
          “Oh, belum mati lagi jantan tu. Liat sungguh.” Danish menyisip jus tembikai laici.
          “Danish, saya mohon awak maafkan suami saya. Saya dah tak sanggup lagi tengok dia macam tu.” Rayu Qadisah.
          Danish memuncungkan mulutnya dan membuat gaya seolah-olah sedang berfikir. Jari jemarinya mengetuk meja sehingga mengeluarkan alunan muzik, dia mengangkat bahu.
          “Tengoklah dulu.” Danish ingin berlalu meninggalkan Qadisah.
          “Kita sama-sama cintakan Adam dan saya tahu awak masih sayangkan dia lagi kan. Awak sebenarnya pun tak sanggup nak biarkan hidup dia dari terus merana tapi awak ego. Hati awak dah keras sebab terlalu kecewa tapi saya percaya awak tak sekejam ni kan. Sebagai orang yang turut mencintai Adam mesti awak faham perasaan saya bila tengok orang yang kita cinta siang dan malamnya ditemani dengan kesakitan yang teramat sangat, tubuhnya mengeluarkan nanah yang berbau busuk bukan sahaja pada kudis-kudisnya malahan di mulutnya juga. Saya merayu tolong maafkan Adam dan saya izinkan awak melawat dia di hospital” Balas Qadisah lancar sambil melelehkan air mata.
          Danish tidak dapat meneruskan langkahnya, kakinya seperti melekat disitu. Lututnya terasa lemah dia berpaling memandang wajah Qadisah seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi.
************************************
          Qadisah hanya mendiamkan diri semasa makan malam, mak mertuanya yang perasan akan hal itu dapat menangkap bahawa ada sesuatu yang terjadi antara Adam dan juga menantunya. Selesai makan malam dan mengemas dapur Qadisah masuk semula ke dalam bilik manakala Adam dan emaknya menonton televisyen di ruang tamu.
          “Adam, kau ada buat apa-apa yang tak elok ke kat belakang Qadisah?” serkap emaknya.
          Adam terkejut dengan pertanyaan emaknya, dia cuba berlagak setenang yang mungkin.
          “Takdalah mak, mak pun tau kan orang mengandung ni sensitif sikit. Hari tu Adam ada janji dengan Qadisah kalau balik kampung ni nak belikan dia buah berangan tapi Adam lupa la mak. Tu yang masam je tu.” Adam serba salah menipu emaknya.
          “Kau jangan nak tipu mak, mak ni bukannya budak-budak yang kau boleh nak tipu. Mak lagi lama makan garam daripada kau. Takkanlah sebab tak dapat buah berangan sampai macam tu sekali dia meraung petang tadi. Ke kau ada perempuan lain?” serkap emaknya lagi.
          “Aish! mak ni, apa pulak kesitu. Mak doakanlah kebahagiaan rumahtangga anak mak ni. Ada pulak tanya soalan macam tu.” Adam pura-pura merajuk.
          “Mak bukan nak masuk campur hal rumahtangga kau orang tapi sebagai orang tua mak mesti nak yang terbaik untuk anak dan menantu mak. Kalau kau ada buat perkara tak elok kat belakang Qadisah yang boleh menghancurkan diri kau sendiri eloklah kau hentikan je perangai tak elok tu.  Hati mak ni tak sedap Dam mak rasa kau macam ada buat perkara..”
          Adam terus memeluknya emaknya.
          “Mak, mak jangan risaulah Adam tau apa yang Adam buat. Tak ada apa-apalah. Qadisah tu meraung petang tadi sebab dia mimpi buruk je ni dia merajuk sebab Adam tak belikan buah berangan. Mak rileks je okay. Errmm.. Adam dah lama tak rasa kuih talam ubi yang mak buat. Esok mak boleh buatkan tak?” Adam cuba melarikan diri dari diasak pelbagai soalan lalu bermanja dengan emaknya.
          “Nak tukar topiklah tu. Yelah, esok mak buatkan.” Jawab emaknya sambil mengusap kepala Adam dengan penuh kasih.
          Selepas 3 hari mereka tinggal di kampung, Adam dan Qadisah sudah bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Lumpur semula. Qadisah memeluk emak mertuanya erat dan wanita tua itu membalas dengan menggosok-gosok belakang si menantu.
          “Qadisah banyakkan bersabar ya. Mak tak tau apa yang Adam dah buat dekat Qadisah tapi mak harap Qadisah dapat bertahan. Ni semua ujian Allah untuk Qadisah, Allah takkan menurunkan beban kepada seseorang itu melebihi kadar kesanggupannya pasti ada hikmah disebalik semuanya ni.”
          Qadisah mengangguk. Langkah diatur memasuki ke dalam kereta memandangkan Adam sudah pun bersiap sedia untuk pulang. Lelaki itu berdiri dihadapan pintu kereta pemandu selepas dia menyalami tangan orang tuanya.
          “Balik dulu mak.” Laung Adam.
          “Bawa kereta tu hati-hati. Dah sampai KL telefon mak, lagi 1 kau jangan lupa singgah dekat kedai Pak Deraman tepi jalan tu beli buah berangan untuk Qadisah.” Balas emaknya hatinya sebagai seorang ibu dipagut resah naluri keibuannya merasakan ada perkara yang tak elok bakal terjadi.
          Adam mengangguk. Enjin kereta dihidupkan dan kereta dipandu dengan cermat keluar dari kawasan kampung yang kiri kanannya penuh dengan sawah padi nan menghijau saujana mata memandang. Qadisah mengucapkan subhanallah memuji kebesaran Allah didalam hatinya.
          “Sayang, abang memang dah lama nak tinggalkan semua perbuatan terkutuk abang tu tapi Danish ugut abang dia cakap kalau abang tinggalkan dia, dia akan buat sayang merana. Tapi betul, hari tu adalah hari terakhir abang dengan dia tapi dia tak boleh terima hakikat, tu yang dia kirimkan video tu dekat sayang untuk menghancurkan rumahtangga kita. Abang minta maaf dan tolong beri peluang, abang janji abang dah takkan terlibat dengan perkara jijik tu lagi.” Adam menerangkan bersungguh-sungguh kepada Qadisah setelah kereta mereka memasuki highway.
          Qadisah berpura-pura tidur. Dia tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan, sekarang ini hatinya perlu berehat akibat kecewa dengan tamparan hebat ini. Adam memerhatikan Qadisah sekali sekala dia memandang ke depan bagi meneruskan pemanduannya.
          Perjalanan yang memakan masa 2 jam itu sudah hampir sampai ke destinasi yang dituju. Adam memerhatikan Qadisah lagi, isterinya itu sedang lena diulit mimpi setelah agak lama memerhatikan wajah isterinya yang sayu Adam menjadi terleka dia terlupa pada pemanduannya. Dia tersedar apabila mendengar bunyi hon, apabila dia memandang ke depan dia terkejut apabila melihat ada lori dihadapan. Keretanya sudah memasuki arah jalan yang bertentangan. Dia tidak dapat mengelak lagi, hanya laungan takbir kedengaran sehingga mengejutkan Qadisah dari tidur.
          Alhamdulillah, walaupun kenderaan yang dinaiki rosak teruk namun Adam dah isterinya hanya mengalami cedera ringan. Adam berjanji ingin menanggung semua kos penyelenggaraan lori tersebut kerana dia tahu dia yang bersalah kerana cuai ketika memandu sehingga memasuki arah jalan yang bertentangan. Mereka pulang ke rumah dengan menaiki kereta yang dipandu oleh adik Qadisah.
          Sudah seminggu kejadian itu berlaku, Qadisah melayan suaminya seperti kebiasaan walaupun hatinya memang terluka saat ini tetapi kemalangan tempoh hari sudah cukup mengajar dirinya agar jangan membelakangkan suami walaupun kesalahan yang dilakukan oleh Adam itu sangat besar dosanya. Dia benar-benar takut jika kehilangan Adam syukurlah Allah masih memberi kesempatan untuk dia dan Adam memperbaiki kekhilafan yang pernah dilakukan dahulu lagipun Adam mahu bertaubat akan dosa yang dilakukan. Jika Allah boleh mengampunkan dosa-dosa hambanya kenapa tidak manusia. Dia perlu memberi peluang kepada Adam.
          Kecederaan ringan di lengan Adam semakin teruk, suaminya itu selalu mengadu gatal pada luka yang dialaminya. Kadang-kala Adam menggaru luka tersebut sehingga luka tersebut berdarah kembali dan paling memeranjatkan luka-luka itu telah merebak ke tempat lain. Kata doktor luka-luka itu merebak disebabkan jangkitan kuman kerana selepas Adam menggaru lukanya dia menggaru ke tempat lain yang gatal akhirnya kulitnya itu melecet dan menjadi kudis akibat menggaru menggunakan kuku yang tajam dan disebabkan oleh kuman pada luka kemalangannya dahulu. Akhirnya luka-luka tersebut menjadi kudis bernanah di seluruh tubuh Adam malahan menjadi nanah di dalam tubuhnya juga.
**********************************
          Danish menahan air matanya dari terus terusan mengalir. Dia berasa sangat kasihan melihat Adam berada didalam keadaan yang begitu. Qadisah sudah lama pulang menghantar ibunya dan malam nanti Qadisah akan datang semula untuk menjaga Adam. Bau busuk memenuhi segenap ruang bilik, Danish mengakui bahawa dia tidak tahan dengan bauan busuk itu namun dia dengan sedaya upaya cuba menahan.
          “Aku minta maaf.” Adam hanya mampu meluahkan kata-kata maaf, tekaknya berasa panas.
          Danish mengangguk lemah, dia sudah tidak mampu berlama-lama disitu kerana tidak sanggup melihat wajah Adam yang sudah hilang kekacakannya tambahan pula bauan busuk itu menyebabkan tekaknya terasa loya. Lelaki itu takut tidak dapat menahan loyanya dan muntah disitu dan ini akan membuatkan Adam rasa terhina. Oleh itu, dia meminta untuk mengundur diri. Sebelum meninggalkan Adam dia sempat berpesan.
          “Dam, aku maafkan engkau dan walaupun kau ditimpa penyakit yang macam ni aku nak kau tahu yang aku tetap akan mencintai kau sampai bila-bila.” Danish keluar dari wad tersebut.
          Malam itu, Qadisah berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah agar diampunkan dosa-dosa suaminya yang telah lalu. Dia sudah tidak sanggup melihat Adam berada dalam keadaan yang sebegitu teruk.
          “Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosa suamiku. Aku merasa sangat kasihan melihat dirinya. Jika jangka hayatnya masih panjang kau berikanlah kesembuhan kepada dirinya diatas penyakit yang kau timpakan tetapi jika mati itu yang terbaik untuknya aku reda di setiap ketentuaMu. Sesungguhnya kau maha mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya maka kau ampunilah dosa-dosanya sesungguhnya Engkau tuhan yang maha pemurah, maha pengasih lagi maha penyayang. Amin.” Qadisah meraup wajahnya dengan teresak-esak.
          Selepas selesai menunaikan solat isya’ Qadisah kembali ke wad yang menempatkan suaminya. Setibanya di wad dia terkejut melihat doktor dan jururawat berada didalam wad tersebut. Doktor memaklumkan bahawa Adam sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Lutut Qadisah terasa lembik, pandangannya berbalam dan berpinar-pinar sebelum menjadi gelap akhirnya dia rebah disitu.
*********************************
          Qadisah memandikan jenazah suaminya dengan berhati-hati, dia meminta kepada pihak pengurusan jenazah untuk memandikan sendiri jenazah suaminya bagi menjaga maruah dan menutup keaiban arwah suaminya itu. Qadisah tidak menangis kerana jika dia menangisi pemergian arwah ianya akan membuatkan jenazah lebih terseksa.
          Jenazah Adam sudah selamat dikafankan, dan sebelum wajah jenazah ditutup dengan kain ahli keluarga dibenarkan untuk mencium arwah buat kali yang terakhir. Kudis diwajah jenazah masih mengeluarkan nanah membuatkan ahli keluarga yang lain berasa takut untuk mencium jenazah namun dengan berhati-hati emak Adam mencium dahi anaknya, saat ciuman dilepaskan kudis yang bernanah tadi tiba-tiba menjadi kering. Semua tetamu yang hadir pada hari itu terkejut melihat kekuasaan Allah yang berlaku didepan mata mereka.
          4 orang lelaki muda sudah bersedia untuk mengangkat jenazah, masing-masing mengambil tempat dan Tok Imam pun mengarahkan jenazah itu diangkat malangnya kudrat lelaki-lekaki tadi tidak mampu mengusung keranda tersebut. Oleh itu beberapa orang lelaki lain cuba membantu akhirnya keranda tersebut berjaya diusung sehingga ke tanah perkuburan.
          Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan Musa cuba mengeluarkan batu-batu dari liang lahad dibantu oleh beberapa orang lelaki yang lain.
          “Tak selesai lagi ke kau gali liang ni Musa??” soal Tok Imam kehairanan. Kebiasaannya Musa tidak begini selalunya setiap kali berlakunya kematian Musa sudah pasti menyiapkan liang lahad tersebut sebelum jenazah tiba.
          “Dah lama selesai dah Tok Imam tapi masalahnya tanah ni tak berapa eloklah, batu banyak. Puas dari tadi kami semua keluarkan batu-batu ni tapi nampaknya macam tak ada penghabisan batu-batu ni.” Jawab Musa.
          Tok Imam memandang wajah Puan Rosnah, emak kepada Adam itu sekadar mengangguk membenarkan jenazah anaknya ditanam disitu memandangkan hari mendung seperti hendak turun hujan. Jenazah sudah selamat dimasukkan ke dalam liang lahad namun menambah kepelikan orang-orang kampung apabila tanah yang digunakan untuk menimbus liang lahad tadi tidak cukup.
          Musa memandang Tok Imam dengan pandangan yang penuh makna. Selama dia menjadi penggali kubur kejadian seperti ini tidak berlaku dia teringat kata-kata orang kampung dahulu apabila berlaku kejadian seperti ini bermakna arwah banyak melakukan dosa semasa hidupnya maka bumi tidak menerima mayat tersebut. Dia beristighfar didalam hati.
          Qadisah mula resah, dia menghampiri Tok Imam.
          “Tok Imam, tak boleh ke kalau kita ambik tanah lain untuk timbus kubur ni?? Takkan nak biarkan kubur ni macam ni.” Dia memberi cadangan.
          Tok Imam mengangguk dia mengarahkan beberapa yang lain mengambil tanah di tempat lain untuk menimbus kubur tersebut. Qadisah dan keluarganya berdoa supaya urusan pengebumian ini selesai dan selamat. Alhamdulillah, doa mereka diperkenankan akhirnya Tok Imam meneruskan pengebumian dengan bacaan talkin.
          Saat Tok Imam menyebut nama jenazah.
          “Muhammad Adam bin Rosnah.”
          Adam tersedar dari koma, dadanya berombak. Dia meraba-raba tubuhnya untuk memastikan bahawa dia masih hidup dan ternyata tiada kudis-kudis bernanah dari tubuh badannya itu. Dia melihat Qadisah sedang khusyuk membaca surah yassin berhampiran dengan katil. Isterinya yang terkejut lalu menutup surah yassin dan ingin bergerak memanggil doktor namun tangannya sempat ditarik oleh Adam.
          “Abang nak solat dulu.” Pinta Adam.
**********************************
          Adam menunaikan solat sunat taubat dengan bersungguh-sungguh dan menangis memohon keampunan dari Allah, sujud syukur juga dilakukan kerana Allah memberi peluang untuk memperbetulkan kekhilafannya dan bernafas di muka bumi ini. Adam koma 2 bulan selepas kemalangan manakala Qadisah dan pemandu lori hanya cedera ringan. Segala kos penyelenggaraan membaik pulih lori tersebut ditanggung sepenuhnya oleh Qadisah.
          Doktor mengesahkan Adam sudah sembuh dan dibenarkan untuk pulang ke rumah. Kenduri kesyukuran dan doa selamat diadakan bagi meraikan Adam yang baru sedar daripada koma. Jambang dan misai yang tumbuh menjalar dimukanya telah dicukur, wajah Adam sudah kembali kacak seperti sedia kala. Kejadian yang dialami semasa koma diceritakan oleh Adam kepada keluarganya. Mereka sekeluarga menjadikan kejadian yang menimpa Adam sebagai iktibar.
          Adam teringat kejadian yang menimpanya semasa koma dahulu, sehingga sekarang dia masih merasakan sakit sakaratul maut itu. Semuanya berlaku seolah-olah dalam realiti. Sedang dia duduk termenung Qadisah menghampiri, kandungan wanita itu sudah mencecah 9 bulan dan hanya menunggu saat untuk melahirkan.
          “Abang teringat mimpi masa koma tu ya?”
          Adam memeluk Qadisah dan tersenyum, perut wanita itu diusap lembut.
          “Abang bersyukur sangat sebab Allah bagi peluang untuk memperbaiki kesilapan abang. Peristiwa masa koma tu memang menggerunkan hanya Allah je yang tahu betapa azabnya abang waktu tu.”
          Qadisah tersenyum.
          “Itu cara Allah nak beri hidayahNya kepada abang.”
          Tiba-tiba sakit di perut Qadisah seperti ingin membuang air besar datang kembali,  dari semalam lagi sakit di perut itu dirasainya tetapi dia masih mampu bertahan. Pagi sehingga ke petang tadi juga rasa sakit itu kembali menjengah namun memikirkan kenduri yang diadakan pada hari ini  dia cuba berlagak setenang yang mungkin tetapi sekarang kesakitan itu semakin mencucuk-cucuk dan tak tertahan lagi tiba-tiba dia merasakan ada air yang keluar dari celah kelangkangnya. Air ketubannya sudah pecah, dia mengenggam baju Adam sekuat hati untuk memberitahu kesakitan yang dialami. Adam kaget, dia tidak tahu apa yang harus dilakukan mindanya gagal berfungsi akibat terlalu cemas. Adam menjerit memanggil emak dan ibu mertuanya.
********************************
          Jam menunjukkan pukul 3.45 minit pagi, Adam mengazankan anaknya dengan penuh sebak. Mereka dikurniakan anak lelaki. Dia juga turut serta menyambut kelahiran anak sulungnya itu, mereka menamakan bayi ini Muhammad Nur Fakhrullah. Mereka berharap suatu hari nanti anak ini akan menjadi anak yang berguna mentaati perintah agama kelak.
          Adam tahu urusannya masih ada yang belum selesai, memandangkan Qadisah sudah selamat melahirkan anaknya yang sulung dia menagambil keputusan untuk berjumpa dengan Danish bagi memperbetulkan keadaan. Dia tidak mahu Danish menyimpan dendam terhadap mereka sekeluarga dan menjalankan rancangan yang boleh meruntuhkan rumahtangganya dan diri lelaki itu sendiri.
          Ketukan bertalu-talu di pintu rumahnya mengejutkan Danish yang sedang tidur. Siapa pula yang datang pagi-pagi buta ni, rungutnya didalam hati. Dia memuju ke pintu dengan langkah yang longlai dan mengantuk namun rasa mengantuknya hilang apabila melihat wajah Adam yang muncul dihadapan pintu rumah. Dia menghadiahkan senyuman buat lelaki itu dan mempelawa masuk.
          “Aku ingatkan kau dah tak nak jejakkan kaki kau kat rumah aku ni lagi. Tak sangka pagi-pagi buta ni kau sanggup datang cari aku.” Ucap Danish sinis.
          “Memang aku sanggup datang pagi-pagi buta ni untuk cari kau tapi bukan untuk bersama macam dulu. Aku nak minta maaf sebab dah menzalimi diri kau. Aku dah tak nak buat benda-benda kotor ni lagi.” Balas Adam.
          Danish sedikit terkejut, sangkanya Adam ingin pulang semula ke pangkuannya.
          “Kau tak boleh buat aku macam ni, aku rasa kau belum lupa lagikan apa yang aku buat dekat kau dan isteri kau sebelum kemalangan 2 bulan yang lepas.” Danish cuba mengugut.
          “Aku dengan Qadisah dah tak kisah dah apa kau nak buat pada kami, terserah pada kau ia bukannya akan menjahanamkan kebahagiaan kami malahan membuatkan kami lebih kuat untuk bersama malahan akan membuatkan hati kau semakin terluka. Aku minta maaf atas kesalahan yang aku lakukan selama ni terhadap kau. Aku doakan semoga kau mendapat hidayah Allah. Assalamualaikum.”
          Adam ingin keluar dari kondominium mewah itu namun Danish segera menahan, dia memeluk kaki Adam kuat sambil merayu jangan meninggalkan dirinya namun Adam tetap juga meneruskan langkah. Setibanya di muka pintu, Adam menarik tangan Danish agar melepaskan kakinya tetapi pautan Danish semakin kuat sehingga memaksa Adam untuk bertindak sedikit kasar menolak Danish dari terus-terusan memeluk kakinya itu.
          Adam terus pergi meninggalkan Danish, hatinya bagai disiat-siat duri sembilu. Tangisannya semakin kuat memecah keheningan pagi kemudian azan subuh berkumandang mematikan raungan Danish. Hatinya merasa semakin sebak mendengar alunan azan dari masjid yang berhampiran. Hatinya dirundum rasa bersalah, bersalah kerana selama ini melupakan yang maha esa. 1 perasaan lain menyelinap ke dalam diri, dia bingkas bangun untuk menunaikan kewajipan yang sudah lama ditinggalkannya.

****************************
          Masa berlalu dengan begitu pantas, hari ini sudahpun genap setahun mereka membesarkan anak sulungnya Muhammad Nur Fakhrullah. Walaupun masih kecil, Fakhrul sudah mula lincah. Sedang seronok melayan kerenah anak, hon dari posmen yang menghantar surat mematikan sebentar keseronakan itu. Qadisah mengambil surat dipeti surat. Alangkah terkejutnya apabila Qadisah membaca isi dalam sampul surat tersebut. Kad undangan majlis perkahwinan antara Danish dan pilihan hatinya Maria sahabat kepada Qadisah dan Adam. Qadisah berlari mendapatkan Adam yang sedang melayan kerenah Fakhrul di ruang tamu, dia memberikan kad tersebut kepada Adam ternyata suaminya itu turut terkejut dengan berita yang baru tiba ini. Adam mengucapkan Alhamdulillah sebagai tanda syukurnya kerana Allah mengembalikan Danish kepada fitrahnya yang asal seterusnya membuka semula hati lelaki untuk berkahwin.