Friday 7 June 2013

Cinta Blackboard


                             

                            Fadhilatul Insyirah menunjukkan surat tawaran diterima bekerja sebagai seorang guru di SMK Bandar Tasik Selatan di Serdang kepada Iskandar Helmi. Dia bersyukur kerana apa yang dicita-citakan selama ini telah menjadi kenyataan.. Bermula bulan hadapan dia akan memulakan misinya sebagai pemangkin generasi akan datang.. Iskandar Helmi turut tumpang gembira kepada isterinya itu dia pasti akan memberikan sokongan kepada isteri tercintanya itu tidak kira masa susah atau senang.. Sedang mereka gelak ketawa tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara orang memberi salam dan menambahkan lagi kejutan kepada mereka apabila melihat tetamu yang tidak diundang itu..

                           Fadhilatul Insyirah menyediakan hidangan minum petang di atas meja kecil di ruang tamu.. Dia kasihan melihat wajah Nur Najiha yang nampak lesu dan tidak bermaya semenjak hari pernikahan mereka dan selepas hari bahagia tersebut Nur Najiha telah menghantar notis berhenti kerja 24 jam.. "Helmi, saya nak minta maaf atas apa yang saya dah buat kat awak..masa tu saya ada masalah kewangan jadi saya rasa tu je cara terbaik yang ada..maafkan saya ye.." ucap Nur Najiha dengan nada yang sayu dan menunjukkan riak bersalah manakala Iskandar Helmi hanya melihat tingkah perempuan itu dengan wajah yang kosong, di dalam hatinya terselit rasa ragu-ragu kepada perempuan tersebut.. Fadhilatul Insyirah memegang tangan suaminya agar suaminya itu membuka mulut memberi kata maaf kepada Nur Najiha, baginya walaupun perbuatan itu agak melampau tetapi kita sebagai manusia harus memberi peluang kepada orang lain juga untuk memperbetulkan kesalahan itu lagi pula tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan.. "Yelah, aku pun nak minta maaf jugak kat kau sebab merosakkan rancangan kau yang nak hampir berjaya tu..aku harap lepas ni takde la apa-apa dendam lagi.." balas Iskandar Helmi pedas, Fadhilatul Insyirah menampar lembut tangan suaminya itu sebagai tanda tidak bersetuju dengan pengucapannya tadi namun suaminya itu memandangnya semula dengan menaikkan keningnya..

                        Minggu ini merupakan minggu yang ketiga Fadhilatul Insyirah memulakan tugasnya sebagai guru bagi matapelajaran Sejarah.. Ternyata tugas sebagai seorang guru ini bukanlah suatu tugas yang mudah.. Pelbagai ragam dan sikap anak-anak murid terpaksa di hadapi ada yang nakal dan ada juga membuat tidak tahu sahaja apabila dia menyuruh menyiapkan tugasan yang diberikan dan tidak terkecuali pelajar yang akan melelapkan mata ketika subjeknya itu.. Ada juga yang memprotes tentang tulisan Fadhilatul Insyirah katanya tulisannya itu mengalahkan tulisan doktor..Walaupun Fadhilatul Insyirah sedikit berkecil hati namun dia perlu bersabar kerana inilah ujian dan cabaran sebagai seorang pendidik.. "Boleh cikgu duduk sini??" soal Fadhilatul Insyirah kepada salah seorang anak muridnya dan anak muridnya itu sekadar mengangguk memberikan jawapan..

                        Setelah 3 minggu mengajar, Fadhilatul Insyirah mendapati bahawa pelajar tingkatan 5 yang bernama Nor Azreen ini banyak mendiamkan diri dan sangat pasif di dalam kelas ini membuatkan Fadhilatul Insyirah rasa tertarik untuk mendekatinya.. "Maaf kalau cikgu bertanya, errmmm..Azreen ada masalah ke??..cikgu selalu nampak tiap kali waktu rehat Azreen mesti akan duduk kat sini..kenapa ye..??" soal Fadhilatul Insyirah dengan berhati-hati agar pelajar itu tidak tersinggung dengan pertanyaannya.. "Saya rasa cikgu tak payah sibuk-sibuk kot nak ambik tahu pasal orang lain..setiap orang kan ada masalah..jadi cikgu dengan hal cikgu,saya dengan hal sayalah.." sesungguhnya Fadhilatul Insyirah berkecil hati dengan jawapan yang diberikan oleh pelajar itu namun dia cuba berlagak tenang dan masih menggunakan pendekatan yang holistik bagi membantu pelajar terbabit keluar dari kepompong masalahnya.. "Ye..saya tak nafikan kata-kata awak tu.. tapi ada juga masalah yang kita tak dapat selesaikan sendiri dan kita memerlukan sokongan dari orang lain..mungkin masalah itu dirasakan sangat kecil tapi setelah lama dipendam ia mungkin akan menjadi lebih besar dan akan memakan diri kita semula..sekuat mana pun seseorang itu dia juga perlukan masa untuk menangis.. cikgu sedia pinjamkan bahu ni tuk awak'' terang Fadhilatul Insyirah dengan panjang lebar sambil menepuk-nepuk bahunya itu.. Air jernih mula menitis di pipi Nor Azreen tidak lama selepas itu dia memeluk gurunya itu lalu menghamburkan tangisannya.. Fadhilatul Insyirah membalas pelukan itu lalu mengusap belakang tubuh kecil Nor Azreen..

                     "Abang, ada sorang pelajar Syirah ni cakap kan..tulisan Syirah mengalahkan tulisan doktor..teruk sangat ke tulisan ni.." luah Fadhilatul Insyirah kepada suaminya itu sambil menunjukkan tulisan tangannya.. "aah la..macam tulisan doktor..hahaha.." jawab Iskandar Helmi berbaur gurauan.. Fadhilatul Insyirah berpura-pura merajuk dengan gurauan suaminya itu.. "Cantiklah..abang saje je gurau tadi..ok apa..tulisan berangkai..mungkin cikgu sejarah semua tulisan camni kot..ingat tak cikgu sejarah kita masa form 6 dulu..berangkai jugak kan.." ucap Iskandar Helmi memujuk.. Fadhilatul Insyirah ketawa apabila mendengar perkataan "form 6" itu tiba-tiba dia teringat kepada 6 orang guru tingkatan 6 yang pernah mendidik dia dan rakan-rakanya tidak terkecuali suaminya itu.. Kelas Pra-Universiti tahun 2 banyak menyimpan memori yang tidak mungkin dapat dilupakan, meskipun tempoh bersama rakan-rakan cuma 1 tahun setengah namun perjalanan hidup yang dilalui bersama tidak mungkin akan terpadam begitu sahaja..6 orang pelajar lelaki dan 23 orang pelajar perempuan, mereka mempunyai ragam dan sikap yang berbeza-beza.. Mugkin disebabkan bilangan pelajar perempuan yang ramai menjadikan pelajar lelaki agak pasif sedikit berbanding pelajar perempuan yang lebih bersikap agresif dan "gila-gila".. Setiap hari pelajar-pelajar perempuan ini pasti akan meriuhkan kelas dengan gurauan yang ntah apa-apa dan memekak sahaja sepanjang masa sehingga membingitkan telinga dan menaikkan kemarahan orang yang mendengarnya..

                  Masih segar lagi diingatan Fadhilatul Insyirah, ketika itu semua guru-guru Pra-Universiti tahun 2 menghadiri mesyuarat, oleh itu dia dan rakan-rakannya yang lain tidak dibenarkan keluar daripada kelas dan diminta untuk mengulangkaji mana-mana matapelajaran.. Sudah menjadi lumrah orang perempuan, ada sahaja cerita yang ingin dikongsi bersama dan sepanjang petang itu mereka menghabiskan masa dengan berbual dan ketawa ini membuatkan Iskandar Helmi hilang konsentrasi dan bertindak dengan menengking pelajar-pelajar perempuan tersebut dengan menggunakan ayat yang agak kasar supaya diam namun tengkingan itu tidak membuahkan hasil.. Bukan ucapan maaf yang terluah dari bibir mereka malah berdas-das kata-kata pedas dilontarkan kembali kepada Iskandar Helmi disebabkan kata-kata kesat yang telah diucapkan tadi, ini membuatkan Iskandar Helmi terdiam lalu menyambung semula sesi pembacaannya yang terbantut itu sambil menahan marah.. Fadhilatul Insyirah hanya tersenyum apabila memandang wajah Iskandar Helmi ketika itu baginya Iskandar Helmi kelihatan sangat comel.. (tangan ke bahu mata ke atas)

                     Ketika Fadhilatul Insyirah ingin membuka pintu kereta Honda City miliknya dia ditarik oleh Nor Azreen, pelajarnya itu tidak berhenti-henti menangis katanya dia berasa takut ingin pulang ke rumah kerana khuatir akan dipukul oleh ibu saudaranya.. Nor Azreen merupakan anak tunggal dan menjadi yatim piatu ketika umurnya 13 tahun sejak itu neneknya pula mengambil tugas membesarkannya namun dia dibenci oleh ibu saudaranya.. Ibunya saudaranya itu mendakwa bahawa Nor Azreen telah membunuh anak perempuannya sedangkan pada ketika itu anak perempuan ibu saudaranya itu maut disebabkan terjatuh ke dalam tangki air berhampiran kawasan rumah mereka.. Sejak neneknya pula meninggal setiap hari ibu saudaranya itu akan memarahi dan memukulnya tetapi pada hari ini ibu saudaranya itu telah bertindak dengan menghalaunya daripada rumah dan mengharamkan kakinya memijak tanah rumah itu lagi.. Fadhilatul Insyirah bersimpati dengan  apa yang berlaku dengan anak muridnya itu dengan pantas menelefon suaminya bagi meminta keizinan dengan membawa Nor Azreen berteduh di kediaman mereka..

                   Nor Azreen terpaku melihat senyuman yang terpamir di wajah Iskandar Helmi dan sesungguhnya ketika itu dia telah jatuh hati pandang pertama terhadap suami kepada gurunya itu namun siapalah dia jika hendak dibandingkan dengan Fadhilatul Insyirah.. Iskandar Helmi yang perasan dengan pandangan sayu dari Nor Azreen itu berasa pelik lalu menarik tangan isterinya dan berbisik.. "Ermm..ada apa-apa ke kat muka abang ni sampai budak tu pandang abang macam tu sekali.." Fadhilatul Insyirah tergelak kecil mendengar pertanyaan itu dan berbisik kembali.. "Abang handsome sangat..errmm..jom Azreen saya tunjukkan bilik tuk awak.. lalu pergi meninggalkan Iskandar Helmi disitu "aku ni handsome ea..hahaha..handsome la kot kalau tak takkan la ramai minat aku..kwang3.." ucap Iskandar Helmi lalu ketawa..

                 Iskandar Helmi memanggil Fadhilatul Insyirah dekat dengannya katanya ada hadiah yang ingin diberikan kepada isterinya itu walaupun tak seberapa tetapi ia mungkin berguna untuk membantu Fadhilatul Insyirah membaiki mutu tulisannya.. "Ermm..blackboard..orang sekarang mana ada guna dah blackboard ni..hihi..gurau saja.." usik Fadhilatul Insyirah.. "Sebab orang sekarang dah guna whiteboard la abang beli blackboard ni kalau semua nak guna whiteboard sapa la nak guna blackboard ni..lagipun Syirah hari-hari la gunakan blackboard ni tuk baiki tulisan tu..tulis la perkataan cinta banyak-banyak.." lalu menghadiahkan senyuman yang manis.. "Eh, nanti tulisan Syirah yang lawa huruf C.I.N.T.A je la..yang lain tu tak lawa plak..dah jadi macam cinta blackboard je.." sekadar gurauan.. "Cinta blackboard.. ok apa.. abang harap perkataan cinta tu dapat la mengekalkan hubungan kita sekarang..kita tak tau kan apa yang akan jadi nanti..biarlah cinta blackboard kita tu kekal hingga ke syurga.." Fadhilatul Insyirah terharu dengan kata-kata suaminya itu mereka berbalas senyuman sesungguhnya ketika ini mereka sangat bahagia dan kebahagiaan itu telah disaksikan Nor Azreen, terbit sedikit perasaan cemburu di dalam hatinya..

              Nur Najiha menghempaskan fail-fail yang ada di atas mejanya, sesungguhnya hatinya berasa sakit melihat kemesraan yang terjalin diantara Iskandar Helmi dan Fadhilatul Insyirah sewaktu rehat tengahari tadi namun dia perasan ada seorang lagi perempuan disamping mereka.. Hati kecilnya meronta-ronta ingin tahu manakala di kotak fikirannya pula telah terjana bermacam-macam cara untuk memusnahkan kebahagiaan pasangan itu.. Rancangan pertamanya sudah berjalan dengan lancar, Iskandar Helmi dan Fadhilatul Insyirah telah memaafkannya.. Kini, beberapa rancangan lagi harus dijalankan bagi mendapatkan semula Iskandar Helmi.. Lagu "Sudah Cukup Sudah" berkumandang di corong radio kereta Alza miliknya itu, Nur Najiha merasakan bahawa lagu ini kena dengan dirinya yang sedang bersedih ketika ini lagi pula bait-bait lirik lagu ini membuatkan hatinya tersentuh.. Air mata mula bertakung di tubir mata hanya menunggu masa untuk mengalir deras sesungguhnya dia sangat mencintai Iskandar Helmi, baginya untuk mengambil harta Iskandar Helmi itu adalah sampingan sahaja.. Jika tidak kerana Fadhilatul Insyirah mungkin pada waktu ini dia yang bersama dengan Iskandar Helmi bukan dengan perempuan kampung itu.. Hatinya bagai dirobek-robek, dendam mula menular ke dalam dirinya dan dengan itu dia telah menyimpan nekad untuk memusnahkan kebahagiaan yang dikecapi oleh pasangan suami isteri itu sedikit demi sedikit.. Itu janji kepada dirinya.

               .Fadhilatul Isyirah menulis ayat-ayat cinta untuk suaminya di blackboard besar yang telah tergantung di dinding rumahnya, Nor Azreen datang menghampiri lalu menarik tangan gurunya itu dan membawa duduk di sofa.. "Cikgu, terima kasih sebab bagi saya menumpang di rumah cikgu ni..saya takut nanti menyusahkan cikgu..saya malu cikgu.." ucap Nor Azreen lemah.. "Takda apa yang nak di malukan..sudah tugas saya sebagai manusia untuk saling bantu membantu..mungkin hari ni hari awak dilanda masalah mungkin hari esok hari saya pula..sapa tahu mungkin masa tu awak pulak yang akan tolong saya kan.." Nor Azreen berasa terharu terhadap perhatian dan kebaikan dari guru ini namun Nor Azreen berasa takut kerana perasaan sayang terhadap suaminya itu sudah mula timbul semakin lama perasaan itu semakin bertambah.. Kebaikan dan perhatian yang diberikan oleh Iskandar Helmi pada suatu pagi telah membuatkan hatinya ingin disayangi sepertimana lelaki itu menyayangi isterinya..

                  "Dari tadi saya tengok Azreen asyik perhati je buah jambu air tu..kenapa.. nak ke??..kalau nak saya boleh tolong ambikkan.." ucap Iskandar Helmi ikhlas.. Wajah Nor Azreen berubah menjadi merah sesungguhnya dia sangat malu untuk berhadapan dengan lelaki ini dia cuma menjawab pertanyaan itu dengan anggukan, bibirnya tidak mampu untuk mengeluarkan apa-apa walaupun sepatah perkataan.. "Nah, sedap lagi kalau jambu ni kita makan cicah dengan kicap..rasalah..kenapa pandang saya macam tu.. ada apa-apa ke kat muka saya ni..??" lalu ketawa.. Nor Azreen melarikan pandangannya dia berasa sangat malu ketika ini sehingga tidak mampu untuk menjamah buah jambu air yang diberikan oleh Iskandar Helmi tadi.. "Ooo..awak malu dengan saya ea..takpe-takpe..saya pergi depan ea..makanlah jambu ni..tak yah risau tak kena bayar..ikhlas dari hati saya.." perkataan "ikhlas dari hati saya" itu telah menambahkan rasa sayang di hati Nor Azreen.. Lamunan Nor Azreen mati apabila ia ditegur oleh Fadhilatul Insyirah dia berasa sangat bersalah kerana menaruh perasaan kepada suami gurunya itu dan setelah lama melayan perasaan akhirnya dia bersuara..

                    "Cikgu..kalau kita suka kat seseorang tu..wajarke kita meluahkannya walaupun kita tau yang orang tu takkan menjadi milik kita??.." soal Nor Azreen takut-takut.. "Sudah menjadi fitrah, manusia ingin rasa disayangi dan menyayangi.. namun siapalah kita ingin menetukannya..sebelum bernikah, saya berpegang kepada satu prinsip yang mana saya tidak akan meluahkan perasaan suka saya ini kepada sesiapa pun melainkan Allah..kerana saya yakin mungkin jodoh saya dengan orang itu tiada didunia tetapi tidak mustahil jika dia menjadi jodoh saya di syurga nanti.. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..jadi kalau kita benar-benar suka kepada seseorang itu dan berniat ingin menikahinya maka berdoalah daripada sekarang.." terang Fadhilatul Insyirah dan ternyata jawapan itu menambahkan lagi rasa bersalah di hati anak muridnya..

                    Nur Najiha dan Fadhilatul Insyirah menjadi teman yang sangat akrab selama tiga bulan ini, perhubungan yang baik itu menambahkan lagi rasa yakin di dalam diri Fadhilatul Insyirah bahawa sahabatnya itu sudah dapat menerima ketentuan Allah.. Sedangkan Nur Najiha pula berasa yakin bahawa rancangannya akan berjaya tidak lama lagi, pelbagai rancangan sudah dijalankan ternyata Fadhilatul Insyirah dan suaminya itu tidak menyedari akan rancangan jahat itu.. Nor Azreen telah memainkan wataknya dengan baik sekali dengan cara ini sedikit sebanyak dia dapat mengetahui rahsia di dalam rumah tangga bekas tunangnya itu, apa yang diceritakan Nor Azreen hanyalah cerita palsu belaka, Nor Azreen merupakan anak saudaranya dan dia cukup menyayangi anak saudaranya itu dan tidak lama lagi Nor Azreen akan menamatkan lakonannya itu maka akan bermulalah detik bahagia dia bersama Iskandar Helmi..

                    Nor Azreen teringat pertemuannya bersama Nur Najiha tadi, ibu saudaranya itu meminta dia agar meletakkan racun ke dalam minuman Fadhilatul Insyirah walaupun pada awalnya dia berasa berat hati untuk melakukan perbuatan itu namun dia berasa terhutang budi dengan kasih sayang yang diberikan oleh ibu saudaranya itu.. Setelah kematian ummi, ayah dan nenek Nur Najiha lah yang telah membesarkannya segala apa yang diinginkan pasti Nur Najiha akan menunaikannya jadi dia merasakan inilah saatnya untuk dia membalas semula jasa baik ibu saudaranya itu.. memandangkan Iskandar Helmi tiada selama 3 hari kerana menghadiri kursus di Port Dickson ini akan memudahkan lagi tugasnya.. Nor Azreen membaca ayat-ayat cinta di blackboard yang tergantung di dinding rumah tersebut setiap hari pasti pasangan suami isteri ini akan menulis ayat-ayat cinta disini..segala rasa dan perasaan dicurahkan agar cinta mereka kekal abadi selamanya..

                             perasaan cinta dimulai dengan mata
                             sedangkan rasa suka dimulai dengan telinga
                             jadi jika mahu berhenti menyukai seseorang
                             cukuplah dengan hanya menutup telingamu
                             kerana jika kamu menutup dengan matamu
                             cinta itu akan berubah menjadi air mata
                             dan akan tinggal dihatimu dalam jarak 
                             masa yang cukup lama..

                             cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi
                             cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam
                             dan tidak pernah membalas dendam, dimana ada cinta disitu
                             ada kehidupan dan kebencian hanya memebawa kepada kemusnahan..
                             
                            jangan mencintai seseorang seperti bunga kerana bunga akan layu
                            tetapi cintailah seseorang seperti sungai kerana sungai akan mengalir
                            selamanya..
                            
                            cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut
                            tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia 
                            dapat menilainya..


                            satu-satunya cara agar kita memperoleh kasih sayang 

                            adalah dengan bukan cara menuntut agar kita dicintai
                            tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain
                            tanpa mengharapkan balasan..
                            
                            didunia ini ada 5 orang yang aku cintai iaitu bondaku,
                            ayahku,adik-beradikku, rakan-rakanku dan yang terakhir
                            adalah dirimu. mengapa aku meletakkan engkau yang terakhir??
                            ini kerana aku ingin menjadikan kau cinta terakhirku dan tiada
                            yang lain selepas dirimu..

                                    
               Nor Azreen berasa sedikit tersentuh dengan ayat-ayat yang tertulis disitu, sedikit sebanyak ayat-ayat tersebut kena pada dia dan juga ibu saudaranya itu namun janji haruslah ditepati dan hari ini segala dendam haruslah dilunaskan.. Sedang Fadhilatul Insyirah menanda kertas jawapan peperiksaan anak-anak muridnya dia tersenyum dengan kehadiran Nor Azreen yang membawa 1 mug nescafe.. Apabila mug tersebut bertukar tangan satu perasaan telah menyelinap masuk ke dalam hati Nor Azreen.. Dia berasa sangat bersalah sedangkan gurunya itu tidak pernah bersangka buruk terhadap dirinya.. Kata-kata yang pernah diungkapkan dahulu di telinga pada suatu ketika kembali menerjah."Takda apa yang nak di malukan..sudah tugas saya sebagai manusia untuk saling bantu membantu..mungkin hari ni hari awak dilanda masalah mungkin hari esok hari saya pula..sapa tahu mungkin masa tu awak pulak yang akan tolong saya kan..'' dia mulai sedar dengan perbuatannya dengan pantas Nor Azreen menepis mug yang sudah hampir ke mulut Fadhilatul Insyirah, mug itu jatuh ke lantai dan pecah berderai.. Fadhilatul Insyirah yang berasa hairan, memandang Nor Azreen dengan seribu tanda tanya dan dengan rasa bersalah yang masih bersisa Nor Azreen menceritakan segala-galanya kepada gurunya itu..

               Fadhilatul Insyirah sangat terkejut mendengar pengakuan jujur oleh anak muridnya itu, dengan kesabaran yang masih bersisa dia menelefon Nur Najiha untuk menyelesaikan masalah ini.. Perbincangan yang dirasakan berakhir dengan perdamaian akhirnya hanya membawa pertelingkahan, Nur Najiha telah mengambil tindakan dengan membunuh Fadhilatul Insyirah menggunakan tangannya sendiri.. Dia cuba untuk mengacu pisau kepada Fadhilatul Insyirah namun sempat dihalang oleh Nor Azreen dan tidak semena-mena Nur Najiha tertikam anak saudaranya itu.. Darah membuak-buak keluar dari mulut Nor Azreen dadanya berombak, semakin lama nafasnya semakin perlahan dan akhirnya jasad Nor Azreen terkulai layu disisi Nur Najiha, perempuan itu memandang Fadhilatul Insyirah penuh dengan kebencian.. "Dulu kau buat aku kehilangan Helmi..sebab kau jugak aku kehilangan Azreen..kau memang tak patut hidup.." ucap Nur Najiha teresak-esak dia bangun dan cuba untuk mengacu pisau di tubuh Fadhilatul Insyirah lalu "Peng" kedengaran bunyi tembakan.. Nur Najiha telah ditembak oleh seorang anggota polis yang kebetulan sedang melakukan penyiasatan pecah rumah di sebelah kediaman Fadhilatul Insyirah.. Anggota polis tersebut datang menjenguk apabila terdengar bunyi orang bertelingkah, risau dengan keadaan itu dia cuba melihat apa yang berlaku di dalam rumah guru tersebut..

                   Jasad Nur Najiha jatuh menyembah bumi dan nafasnya terhenti, Fadhilatul Insyirah yang terkejut akan kejadian itu menggigil ketakutan.. Kemudian beberapa anggota polis lagi datang memenuhi kawasan rumahnya itu dan dengan tangisan Fadhilatul Insyirah menelefon Iskandar Helmi memaklumkan kejadian ini.. Pada petang itu ruang tamu rumahnya telah disimbahi oleh darah, keluarganya turut hadir menemani Fadhilatul Insyirah.. Beberapa jam selepas itu Iskandar Helmi tiba di rumah, dia memeluk isterinya itu untuk mensalurkan sedikit semangat dan kekuatan.. Dia juga bersyukur kerana isterinya tidak diapa-apakan dan pada malam itu juga kedua-dua jenazah telah selamat dikebumikan dan paling menyedihkan sekali apabila kedua-dua jenazah itu mati dalam keadaan cinta yang tidak berbalas..

                  Sudah genap setahun peristiwa itu berlalu, kehidupan Fadhilatul Insyirah dan Iskandar Helmi sudah semakin bahagia.. Walaupun mereka masih belum dikurniakan cahaya mata namun mereka yakin bahawa Allah pasti tidak akan mengecewakan mereka.. Blackboard yang tergantung di dinding masih menjadi saksi penyatuan dua jiwa itu, pengalaman yang lalu mengajar mereka bahawa cinta itu sebenarnya tidak buta, tetapi ia akan menjadi buta sekiranya seseorang itu tidak dapat mengawal dan mengimbangi perasaan cintanya itu.. Oleh itu, awasi debaran cinta anda kerana cinta Allah membawa ke syurga.. cinta lain cinta derita..

                       
                      


                

                         
       
                         

                         

1 comment:

  1. assalam.. cerpen yg menarik..permulaan yg baik.. tp ending nye terlalu pantas. mgkn jika di panjng kn sedikit perbalahan antara najihah dn isteri helmi..akan lebih seimbang antara permulaan dan akhiran cerita.

    ReplyDelete