Friday 31 May 2013

Asam Pedas Buat Isteriku..



                                 
                              "Waahh!! sedapnya bau Daus..kau masak asam pedas lagi..ni mesti untuk Nadiah a.k.a jantung hati kau tu''.. Usik Amaluddin kepada Firdaus Hariz dan sememangnya Firdaus Hariz gemar memasak apatah lagi sejak hatinya telah dicuri seseorang.. Setiap hujung minggu Firdaus Hariz akan menghadiahkan sebekas asam pedas untuk Nadiah Irdina walaupun Firdaus Hariz tahu bahawa Nadiah Irdina tidak mempunyai perasaan sama seperti dirinya.. ''Mesti la, nak pikat isteri mestila kena pikat selera dia dulu..hahahaha..walaupun dia tak suka kat aku yang handsome ni tapi aku yakin hati dia akan terbuka jugak tuk aku.." Firdaus Hariz menyimpan azam di dalam hatinya dan Amaluddin hanya menggeleng kepala mendengar ayat yang terluah dari hati seseorang lelaki yang bernama Firdaus Hariz ini..

                          "Tolong ea bagi kat Nadiah.." rayu Firdaus Hariz kepada rakan serumah Nadiah Irdina, Ainur Fatihah.. "Kalau aku tak nak camne??'' uji Ainur Fatihah.. "Nanti aku masakkanla tuk kau ikan sembilang masak lemak cili api, tu favourite kau kan.." balas Firdaus Hariz lagi.. "Aku tak makan rasuah ea, tapi kalau ko nak masakkan aku terima je..hehehe..ermmm..bak sini asam pedas tu..ingat aku punye..aku tuntut ni.." jawab Ainur Fatihah sambil mengerak-gerakkan jari telunjuknya.. Firdaus Hariz membalasnya dengan senyuman yang penuh bermakna..

                         Pening kepala Nadiah Irdina memikirkan perihal Firdaus Hariz ini saban minggu ada sahaja bekalan asam pedas dari Firdaus Hariz untuknya sedangkan Firdaus Hariz tahu bahawa Nadiah Irdina tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap lelaki itu.. "Tolongla jangan baik sangat kat aku Firdaus.." Ucap Nadiah Irdina di dalam hatinya.. "Dah la tu, kau terima je la Firdaus tu, aku tengok dia ok apa, ada janggut sejemput..tu kan ciri-ciri lelaki idaman kau..chewaahh.." usik Ainur Fatihah sambil ketawa.. "Aku bukannya apa, masalahnya aku tak suka kat dia tu.." luah Nadiah Irdina.. "Aku rasa elok kau buat solat sunat istikharah, mana la tau dia jodoh kau insyaallah dia mesti buat kau bahagia..pasal cinta kau tak yah risau cinta tu akan datang kemudian.." jawab Ainur Fatihah memberi semangat.. Nadiah Irdina membalas kata-kata itu dengan anggukan..

                         "Tolong buatkan air kopi boleh??'' soal Firdaus Hariz kepada isterinya Nadiah Irdina.. "Perlu ke??" soal Nadiah Irdina semula.. "Haruslah, kenapa?? teringin nak jadi isteri derhaka ea??" gurau Firdaus Hariz sambil ketawa.. Nadiah Irdina bangun menuju ke dapur sambil memuncungkan mulutnya lalu berkata di dalam hati "nak sangat kopi kan, meh sini aku buat air kopi yang paling sedap kat dunia ni" sambil ketawa jahat.. Nadiah Irdina meletakkan 5 sudu garam ke dalam mug kopi untuk Firdaus Hariz dia sengaja buat begitu kerana sepanjang tempoh perkahwinan mereka Firdaus Hariz sentiasa merelakan perbuatan nakalnya kepada suaminya itu.. "Nah, kopi kaw baik punye, rasalah.." Nadiah Irdina menghulurkan kopi tersebut lalu mug tadi bertukar tangan.. Firdaus Hariz menghidu aroma kopi tersebut dengan penuh keasyikan lalu menghirupnya dan tidak semena-mena wajahnya berkerut sedikit, Nadiah Irdina sekadar tersenyum melihat tingkah suaminya itu namun dia berasa pelik Firdaus Hariz meneguk kopi masin itu sehingga habis tanpa berkata apa-apa.. "Terima kasih buatkan kopi ni, sedap sangat.. air kopi yang sedap macam ni isyaallah balasannya syurga" ucap Firdaus Hariz sambil tersenyum lalu menghadiahkan ciuman di pipi Nadiah Irdina sambil berkata " abang sayangkan Nadiah dan sampai bila-bila pun abang sayang.. ingat tu..'' lalu pergi meninggalkan Nadiah Irdina seorang diri di ruang tamu.. Wajah Nadiah Irdina berubah menjadi merah tangannya memegang pipinya yang dikucup suaminya tadi lidahnya kelu dan bibirnya membeku lalu Nadiah Irdina jatuh pengsan beralaskan sofa..

                    "Pergh!!! bestnya mimpi kau..huhuhuhu..petunjuk tu..terima je la..'' ucap Ainur Fatihah kepada rakannya itu.. "Aish.. mana boleh, dia tak meminang aku lagi.." jawab Nadiah Irdina sambil memanaskan lauk asam pedas kegemarannya yang diberikan oleh Firdaus Hariz tengahari tadi.. "Ok.. tak sabar aku nak tengok kau bahagia.." jawab Ainur Fatihah ikhlas dan malam itu mereka menikmati santapan yang diberikan oleh Firdaus Hariz dengan penuh selera.. Kebahagiaan dan kegembiraan terserlah di wajah Nadiah Irdina ketika menikmati hidangan tersebut.

                  Firdaus Hariz dan Nadiah Irdina duduk berdua di hadapan pintu pagar rumah sewa Nadiah Irdina dan pada hari ini Firdaus Hariz telah menyimpan hasrat dan bernekad untuk melamar jantung hatinya itu.. Setelah lauk asam pedam itu bertukar tangan tiba-tiba kedengaran bunyi helikopter di udara, ketika Nadiah Irdina mendongakkan kepala dia terkesima melihat perkataan yang tertulis di banner tersebut.. "
الزواج مخلصين لك"  yang bermaksud '' ikhlas memperisterikan awak''.. Firdaus Hariz meminta Nadiah Irdina membuka penutup bekas lauk asam pedas tersebut dan sekali lagi Nadiah Irdina terkesima apabila membaca perkataan ''will you'' yang disusun melalui daun kesum di atas kuah asam pedas tersebut.. Nadiah Irdina menjawab soalan itu dengan senyuman dan anggukan lalu di balas dengan perkataan Alhamdulillah dari Firdaus Hariz dan petang itu menjadi hari yang bermakna buat mereka berdua..

                "Aku terima nikahnya Nur Nadiah Irdina bt Radzalli dengan berbekalkan satu set Al-Quran dan mas kahwin sebanyak 200 ringgit tunai.." setelah mendengar perkataan sah dari semua saksi maka terjalinlah hubungan suami isteri antara pasangan merpati dua sejoli ini.. Semakin hari kemesraan semakin terjalin antara mereka berdua cinta yang telah disemai dibajai dengan sifat saling percaya-mempercayai antara mereka.. Sedang Firdaus Hariz sibuk menyiapkan asam pedas ikan parang kegemaran isterinya dia dikejutkan dengan jeritan Nadiah Irdina dari dalam bilik air.. "Laa.. macam mana boleh jatuh..sayang pikirkan abang ni tu yang jatuh tu..hehehe.." usik Fridaus Hariz sambil memegang kaki isterinya yang sudah merah itu.. "Ouch!! sakitlah..eii..orang takda masa nak bergurau..dah, tepilah orang nak la..." belum sempat Nadiah Irdina menghabiskan kata-katanya Firdaus Hariz telah mencempung dirinya dan membawa ke sofa untuk disapu dengan minyak angin, Nadiah Irdina terjerit kecil dengan tindakan drastik suaminya itu..


                 Usia perkahwinan mereka sudah genap 6 bulan hari-hari mereka diisi dengan senda dan gelak tawa dari mereka berdua.. Malam ini Firdaus Hariz telah menyediakan sesuatu yang istimewa semperna hari lahir jantung hatinya itu.. Banyak yang telah dirancangnya dan dia yakin bahawa isterinya gembira dengan kejutan yang bakal diterima sebentar nanti namun langit tidaklah selalunya cerah bila-bila masa sahaja hujan pasti akan turun membasahi bumi kadangkala sehingga menyebabkan banjir.. Nadiah Irdina memasuki pintu rumah dengan langkah yang longlai kehadiran Firdaus Hariz disisinya tidak diendahkan menyebabkan hati Firdaus Hariz tersinggung sedikit namun dia membiarkan isterinya  memasuki bilik tanpa salam dan menghadiahkan ciuman di pipi seperti selalu.. Ketukan bertalu-talu di pintu diselangi dengan panggilan sayang mematikan lamunan Nadiah Irdina, dia merasa benci mendengar panggilan itu.. Sesungguhnya hatinya sedang sakit saat ini apabila melihat perbuatan curang Firdaus Hariz di belakangnya dan ternyata Firdaus Hariz bukanlah lelaki yang boleh dipercayai..

                  Firdaus Hariz memulas tombol pintu bilik tidur mereka kelihatan Nadiah Irdina menangis teresak-esak di sudut bilik.. Firdaus Hariz cuba untuk mendekati namun satu tamparan hinggap di pipinya, Firdaus Hariz terkesima apakah salahnya sehingga dia diperlakukan sebegini.. Dengan kesabaran yang masih bersisa Firdaus Hariz cuba untuk memujuk isterinya itu namun kali ini Nadiah Irdina bangun meninggalkan Firdaus Hariz, belum sempat Nadiah Irdina meneruskan langkahnya tangannya di tarik, Firdaus Hariz merenung tepat ke dalam mata isterinya terlihat ada kesayuan dan keikhlasan di mata Firdaus Hariz.. "Kenapa??, apa salah abang??.." soal Firdaus Hariz dengan nada yang lembut.. "Ooo.. apa salah abang dah buat maksiat kat depan orang ramai pon boleh tanya apa salah abang.. mata orang ni belum buta lagi la.. orang tak sangka abang sanggup buat macam ni kat orang..orang percaya kat abang tapi ni balasan abang kat orang.." jawab Nadiah Irdina lancar.. Wajah Firdaus Hariz berkerut sedikit namun dia masih cuba untuk kelihatan tenang di hadapan isterinya itu, kata orang jika salah seorang pasangan sedang diamuk dengan api kemarahan salah seorang lagi mestilah menjadi air yang boleh memadamkan api tersebut.. "Abang mengaku salah abang tapi bukan abang yang mulakan semua tu, perkara ni tak dijangka dia nak terjatuh abang cuma nak tolong je tapi..." Firdaus Hariz tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila hidungnya yang mancung terhidu bau hangit di dapur.. "Ya Allah, asam pedas aku!!.." Firdaus Hariz berlari ke dapur diikuiti dengan pandangan yang tajam oleh Nadiah Irdina..

                    Sudah seminggu Firdaus Hariz memujuk Nadiah Irdina namun hati Nadiah Irdina masih belum dapat menerima pujukan dan kata-kata maaf dari dirinya sehingga membuatkan dia buntu untuk menyelesaikan kemelut ini.. "Aku simpati kat kau tapi tak elok la kau buat suami kau macam tu.." pujuk Ainur Fatihah lembut.. "Kau sendiri nampakkan apa dia buat,eiii..tolongla laki macam tu.." ucap Nadiah Irdina dengan nada tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya itu.. "Aku bukan nak cakap apa la, buruk-buruk pun suami kau jugak.. Dulu kau bukan main sayang kat dia tapi bila jadi camni kau biar je dia camtu, tak baik la.. Dengar dulu penjelasan dari dia mana la tau dia teraniaya ke, kita tak tau kan.. Dah 6 bulan korang kahwin takde pun kan dia buat benda tak elok belakang kau, aku tak back up dia ea tapi aku cuma nak tengok kau bahagia tu je.." Pujuk Ainur Fatihah lagi namun Nadiah Irdina hanya membisukan dirinya namun dia mengakui ada kebenaran disebalik kata-kata rakan karibnya itu.. "Tengok la dulu macam mana.." Ucap Nadiah Irdina setelah lama mendiamkan diri..

                   "Salah kau jugak mangkuk, yang pergi peluk perempuan tu watpe.." ucap Amaluddin kepada Firdaus Hariz.. "Aku bukan saje-saje peluk masalahnya aku terpeluk..kau faham tak terpeluk..aku nak tolong je, ni ada lagi 1 masalah ni Nadiah langsung tak nak dengar cakap aku..hari-hari aku masak asam pedas tuk dia tau, sikit pon tak sentuh.." balas Firdaus Hariz membela diri.. "Hari-hari kau masak..untungla.." jawab Amaluddin lagi.. "Takde la hari-hari..lauk yang dia tak makan tu aku panaskan balik..al-maklum la nak save badget..kalau aku masak dia tak makan pun tak guna jugak kan..hahaha.." berkata Firdaus Hariz sambil ketawa untuk menyembunyikan kesedihan yang melanda dirinya.. "Betul jugak tu..biarkan saje..Ok la..aku nak siapkan kerja aku ni..aku doakan kebahagiaan kau walaupun kau nampak ok tapi aku tau dalam hati kau tu ada luka yang besar..sabar je la..nanti ok la tu.." Amaluddin memberi semangat..Firdaus Hariz diam menghadiahkan senyuman..

                  Firdaus Hariz menunggu Nadiah Irdina selesai menunaikan solat isya di ruang tamu dia ingin menyelesaikan masalah ini sesungguhnya dia tak mampu untuk berterusan hidup dalam keadaan yang menyiksakan seperti ini kerana dia terlalu mencintai jantung hatinya itu.. "Meh sini sekejap..ada hal yang perlu dibincangkan.." panggil Firdaus Hariz dan Nadiah Irdina mengambil tempat berhadapan dengan suaminya itu.. "Sampai bila kita nak macam ni..abang tak buat apa-apa pun dengan perempuan tu abang cuma tolong dia je..kami terpeluk bukan saja-saja abang nak peluk..abang kan dah ada sayang.." pujuk Firdaus Hariz bersungguh-sungguh.. "Dah ada orang pun perempuan tu jugak yang abang peluk.." rajuk Nadiah Irdina.. "Kan abang dah cakap tadi, sayang nak abang buat apa lagi, nak suruh abang kahwin dengan perempuan tu ke??.." Gurau Firdaus Hariz sedangkan dalam hatinya tiada niat untuk berbuat demikian.. "Boleh jugak tu, kalau orang jadi perempuan tu pun orang akan mintak abang bertanggungjawab, ingat senang je boleh touch and go macam tu, kalau dah lelaki tu lelaki jugak.." balas Nadiah Irdina lagi kata-katanya itu membuatkan ego Firdaus Hariz tercabar, kesabarannya sudah hilang.. "Nak sangatkan..ok..sekarang jugak abang pergi masuk minang perempuan tu..bukan senang nak dapat peluang berpoligami ni..sayang dah bagi greenlight abang on je.." marah Firdaus Hariz lalu mencapai kunci motor Kawasakinya lalu meninggalkan isterinya sendirian di rumah.. Nadiah Irdina mengetap bibir, hatinya dipagut rasa bersalah dan takut jika Firdaus Hariz benar-benar memaksudkan ucapannya tadi..

                 Jam menunjukkan pukul 1.20 minit pagi, Firdaus Hariz masih belum pulang ini membuatkan Nadiah Irdina berasa risau dan paling meresahkan ialah apabila Firdaus Hariz menyebut soal poligami sebentar tadi, kenangan indah mereka berlegar-legar di ruang matanya.. Sedang asyik dibuai kenangan indah, lamunannya mati apabila terdengar bunyi orang membuka pintu dan dia yakin itu adalah suaminya.. Nadiah Irdina meninjau dari luar bilik dan dia terkejut apabila melihat Firdaus Hariz berlumuran dengan darah dan tidak semena-mena suaminya itu terjelepok di atas marmar..Dengan pantas Nadiah Irdina mendekati suaminya itu dengan tangisan dia memangku tubuh Firdaus Hariz malangnya Firdaus Hariz tidak dapat mendengar tangisannya dan dengan kudrat yang ada Nadiah Irdina cuba mengangkat tubuh suaminya itu ke dalam bilik..

               Firdaus Hariz merengek kecil apabila ubat kuning itu menyentuh lukanya satu badannya habis bercalar balar.. Pada malam itu dia tidak dapat mengawal emosinya dan bertindak menunggang motosikal dengan laju melebihi had yang sepatutnya apabila tiba di selekoh tajam dia tidak dapat mengawal motosikal kesayangannya itu lalu terseret sejauh 1 kilometer dari tempat dia terjatuh walaupun kelukaan yang dialami agak parah dia cuba menggagahkan dirinya untuk bangun semula dan menunggang motosikal tersebut sehingga sampai ke rumah..Apabila dia masuk sahaja ke dalam rumah dia sudah tidak tahu apa yang berlaku terhadap dirinya dan apabila membuka mata dia terlihat isterinya cuba untuk membersihkan lukanya dengan ubat kuning.. Hatinya tersentuh melihat keikhlasan dari Nadiah Irdina namun tragedi semalam telah membutakan hatinya.. "Abang, orang mintak maaf pasal semalam..kalau tak sebab ego orang, abang takkan jadi macam ni..orang mintak maaf.." ucap Nadiah Irdina teresak-esak sambil memegang tangan Firdaus Hariz erat namun suaminya itu memalingkan muka.."Dah puas tengok abang macam ni??..please leave me alone.." ucap Firdaus Hariz kenyataan itu menyentapkan jantung Nadiah Irdina dia cuba berlagak tenang lalu mengesat air matanya menggunakan ibu jari.. "Ermm..abang mesti lapar kan..orang siapkan nasi ea.." Nadiah Irdina menuju ke dapur lalu menghamburkan tangisannya disitu..

            Mata Nadiah Irdina sembap dan merah dia meletakkan hidangan di atas meja kecil berhampiran dengan katil, setelah selesai menyiapkan hidangan untuk suaminya itu dia mengatur langkah ke luar bilik namun tiba-tiba dia terasa tangannya seperti ditarik lembut.. "Abang sakit..tolong suapkan boleh??.. soal Firdaus Hariz lalu menghadiahkan senyuman yang manis untuk isterinya itu..

             Setelah 2 minggu berlalu, luka di badan Firdaus Hariz mula menunjukkan perubahan yang positif lukanya semakin sembuh hari-hari mereka kembali normal seperti sebelum ini.. Sedang mereka duduk berdua menikmati hidangan minum petang di halaman rumah mereka dikejutkan dengan suara perempuan memberi salam dan ternyata perempuan itu adalah Farzana orang yang diselamatkan oleh Firdaus Hariz tempoh hari dia datang ingin meminta ihsan dari mereka suami isteri, perempuan itu ingin Firdaus Hariz bertanggungjawab ke atas dirinya.. "Sebagai seorang perempuan pasti awak mengerti perasaan saya kan Nadiah..saya cuma ingin dia bertanggungjawab..lepas kejadian tu tunang saya telah mengambil keputusan dengan meninggalkan saya..saya dah takde sapa-sapa lagi kat dunia ni..Firdauslah harapan yang saya ada.." rayu Farzana.. "Minta maaf Farzana..saya tak dapat nak memenuhi permintaan awak tu..saya tak mampu nak berkongsi kasih..jika saya mengizinkan sekalipun tapi keizinan tu takkan membawa apa-apa erti kerana saya tidak ikhlas menyerahkan suami saya kepada awak..saya harap awak faham.." jawab Nadiah Irdina lancar.. "Saya pun tak dapat nak memberikan cinta dan kasih sayang saya kepada awak kerana cinta dan kasih sayang ini hanya untuk Nadiah Irdina bt Radzalli sahaja..saya minta maaf.." sambung Firdaus Hariz pula..

            "Saya minta maaf jika kehadiran saya ini hanya mengundang pergolakan dalam rumahtangga korang..saya sedar sekarang bahawa cinta Firdaus dan Nadiah terlalu kuat sehingga takda siapa dapat merampas kebahagiaan itu..semoga korang berbahagia.." luah Farzana ikhlas lalu pergi meninggalkan rumah pasangan suami isteri tu.. Firdaus Hariz dan Nadiah Irdina hanya memerhati Farzana pergi sambil berkata "orang kesian la kat Farzana tu, tak boleh ke kalau abang..." belum sempat Nadiah Irdina menyambung perbicaraannya Firdaus Hariz meletakkan jari telunjuknya di bibir mungil isterinya.. "Shhh..abang tak nak dengar apa-apa..dah..jom kita masuk dah nak masuk maghrib ni.. kejap lagi kita makan asam pedas yang abang masak tu ea.." ucap Firdaus Hariz sambil menghadiahkan senyuman.. Sejak dari itu hidup mereka bahagia tanpa ada gangguan dari sesiapa berkat doa dan kesabaran mereka telah dikurniakan cahaya mata yang comel.. Alhamdulillah..


               
                 

1 comment: