Tuesday 28 May 2013

Jodoh Takkan ke Mana..



                 
                     Fadhilatul Insyirah membaca Surah Yassin dengan penuh khusyuk ketika mendapat berita yang menyatakan bahawa Iskandar Helmi  telah di tahan wad kerana menghidapi penyakit appendix.. Setengah muka surah telah dibaca air mata Fadhilatul Insyirah mengalir deras wajah Iskandar Helmi berlegar-legar di ruang matanya.. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa kasihnya Fadhilatul Insyirah kepada Iskandar Helmi dan kali terakhir Fadhilatul Insyirah melihat Iskandar Helmi tersenyum senang ketika majlis sambutan hari guru yang lalu.. Ketika itu Iskandar Helmi menggayakan cermin mata hitam bulat sambil membuat peace kepada semua warga Sma Dato Klana Petra Maamor.

                   " Sudah la tu Fadhilatul,, jangan risau ye.. Helmi tu kan kuat.." bisik salah seorang rakan mereka dari kelas Pra-u tahun 2.. Fadhilatul Insyirah menghadiahkan senyuman kepada rakannya itu apa yang dirisaukannya ialah bagaimana cara Iskandar Helmi hendak menjawab soalan peperiksaan STPM nanti.. Setiap malam Fadhilatul Insyirah dan rakan-rakan Pra-u tahun 2 yang lain membaca Surah Yassin untuk kesihatan Iskandar Helmi seterusnya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

                   Hari ini adalah hari yang mendebarkan,, semua pelajar Pra- Universiti akan mengambil kertas peperiksaan Bahasa Arab.. Ketika masing-masing siap sedia di luar dewan SMT Tunku Jaafar,, tiba-tiba Iskandar Helmi tersenyum memasuki pintu pagar sekolah tersebut dia kelihatan sangat tenang.. Senyumannya itu mampu menyembunyikan kesakitan yang dialami menguatkan rasa kagum Fadhilatul Insyirah kepadanya.. " Helmi.. Ko ok tak ni?? " tanya  Muhammad Azimuddien kepadanya,, Iskandar Helmi menjawab dengan penuh semangat " aku ok la ni,, tengok ni kan nampak kuat dan bertenaga " sambil membuat gaya machonya lalu tertawa riang..

                 Sudah 7 tahun peristiwa itu berlalu,, kini Fadhilatul Insyirah dan Iskandar Helmi bekerja di bawah satu bumbung di Jabatan Agama Islam Selangor.. Masing-masing memegang jawatan yang tinggi di dalam jabatan tersebut.. " Ermmm,, Fadhilatul.. kau suka kat Helmi ye.. aku tengok mata kau bersinar-sinar bila tengok dia.." gurau Nur Najiha lalu ketawa.. Wajah Fadhilatul Isyirah berubah menjadi merah dia cuba menafikan kenyataan itu.. Perasaannya itu biarlah dia dan Allah sahaja yang tahu,, mungkin mereka tiada jodoh di dunia siapa tahu di syurga nanti Allah menyatukan mereka.. Fadhilatul Insyirah berpegang teguh dengan prinsipnya itu dia tidak mahu merendahkan martabatnya sebagai seorang muslimah dalam mencari keredaan Allah..

               Fadhilatul Insyirah berasa sedih hari ini kerana dia mendapat tahu bahawa Iskandar Helmi akan bertunang dengan Nur Najiha.. Dia terfikir soalan yang diberikan Nur Najiha kelmarin adakah ia sekadar gurauan ataupun soalan yang ingin menguji dirinya.. Wajah Nur Najiha dan Iskandar Helmi datang bersilih ganti dan malam itu Fadhilatul Insyirah berdoa dan bermunajat kepada Allah.. Keesokan harinya,, Fadhilatul Insyirah melihat kegembiraan yang terserlah di wajah Nur Najiha namun berbeza dengan Iskandar Helmi yang lebih banyak mendiamkan diri dan tidak banyak bergurau dengan pekerja-pekerja lain seperti selalu.. Timbul rasa musykil di dalam hatinya..

             " Insyirah,, aku nak jumpa kau sekejap boleh??''.. Pinta Iskandar Helmi dengan penuh berharap dan dalam ramai-ramai kawan hanya Iskandar Helmi sahaja yang akan memanggil dengan nama Isyirah itu sejak alam persekolahan lagi.. " Ada apa ye?? Fadhilatul tak boleh lama ni.. lagipun kalau Najiha nampak kan tak elok.." Jawab Fadhilatul Insyirah dengan berhati-hati.. " Sekejap je,, aku janji.." ucap Iskandar Helmi sambil
membuat gaya seperti orang mengangkat sumpah.. " Tapi Fadhilatul rasa kalau kita bawak Nur Najiha sekali pon takpe kot.." Fadhilatul Insyirah sengaja ingin menguji.. " Aish.. mana boleh.. aku janji aku takkan buat apa-apa pon kat kau.. aku ni tunang orang aku tau la batas-batas aku sebagai tunangan orang..kau tak yah risau la..k.." balas Iskandar Helmi lagi..

            Fadhilatul Insyirah membuka bungkusan yang diberikan oleh Iskandar Helmi tadi dengan penuh debaran dan Fadhilatul Insyirah tersenyum dengan hadiah yang diberikan oleh Iskandar Helmi itu adalah gambar kelas mereka yang hilang dulu ternyata Iskandar Helmi lah yang telah mengambilnya dan di bawah gambar tersebut terselit nota kecil..

                                      Aku minta maaf sebab dah ambil gambar ni dulu
                                aku buat semua ni sebab aku tak nak lupa muka kau
                                tapi tak sangka plak kita satu tempat kerja
                               sekarang aku dah boleh ingat muka kau
                               Isyaallah sampai bila-bila pun aku akan ingat..
                               sekarang baru boleh pulangkan balik
                               minta maaf aku ni bukanlah lelaki yang pandai
                                berkata-kata dan bermadah pujangga..
                
                 " Ya Allah ujian apa yang kau berikan kepadaku,, apakah maksud yang tersirat di sebalik kata-kata ini.." luah Fadhilatul Insyirah kepada yang maha esa.. Solat sunat dilakukan dengan bersungguh-sungguh meminta pertunjuk daripada Allah.. Doa yang dipohon diiringi dengan tangisan agar dikuatkan hati dan iman dengan segala ujian yang mendatang..

                  Majlis pernikahan Iskandar Helmi dan Nur Najiha diadakan dengan penuh gilang-gemilang di Masjid Kristal,, sewaktu Iskandar Helmi ingin melafazkan akad tiba-tiba seorang lelaki datang membantah majlis tersebut dan mengaku bahawa dia adalah suami kepada Nur Najiha.. Iskandar Helmi terkejut dengan pengakuan tersebut lalu melakukan sujud syukur kerana pernikahan ini tidak akan dilangsungkan dan identiti Nur Najiha telah terbongkar.. Dengan tindakan yang spontan Iskandar Helmi telah melamar Fadhilatul Insyirah.. Wajah Fadhilatul Insyirah berubah merah lalu dia menundukkan wajahnya sambil tersenyum.. Alhamdulillah dengan sekali lafaz mereka telah disatukan..

               " Takpe Iskandar Helmi bin Rozman,, sekarang kau terlepas dari genggaman aku tapi jangan ingat selama-lamanya kau akan terlepas.." janji Nur Najiha kepada dirinya dengan penuh dendam.. Ternyata Iskandar Helmi telah menggunakan taktik yang cukup baik dalam menjahanamkan rancangannya dalam membolot semua harta milik keluarga Iskandar Helmi dan dia yakin bahawa suatu hari nanti dendamnya akan terbalas..

           

             
               

2 comments:

  1. Tak sangka i , cik halimatun pandai tulis cerpen dan insyaallah satu hr nanti tulis.novel.lak...sambung cita2 cikgu yg terbengkalai....tahniah

    ReplyDelete
  2. betul tu,insyallah cik halimatun berjaya suatu hari nanti

    ReplyDelete