Friday 12 April 2013

Cinta di Lahad Datu..



                   " Ambillah seberapa banyak masa yang awak nak.. yang pastinya sehingga hujung nyawa saya ni saya hanya sayangkan awak.." Zuhairi Fadhli meninggalkan Erma Rosmiza sendirian di ruang tamu, dengan hati yang hiba Erma Rosmiza menutup majalah solusi yang dibacanya tadi terpalit sedikit rasa terharu di hatinya mendengar ayat yang terluah di bibir suami yang dihormati selama ini. Walauapapun yang berlaku Erma Rosmiza tidak akan berpatah balik dengan keputusannya, minggu hadapan Erma Rosmiza akan berangkat ke Lahad Datu untuk meneruskan tugasnya untuk mendidik anak bangsa disana.. Dia telah ditukarkan mengajar ke Lahad Datu, walaupun pada awalnya Erma Rosmiza berat hati untuk meninggalkan Zuhairi Fadli, namun peristiwa itu telah menutup pintu hatinya.

                   Masih jelas di ingatan Erma Rosmiza kemesraan di antara Zuhairi Fadhli dengan bekas kekasihnya Adnin Nur Najwa ketika mereka terserempak di Pasaraya Carefour kelmarin. Erma Rosmiza tidak dapat menerima alasan yang diberikan oleh suaminya pada malam itu baginya alasan itu tidak masuk dek akal. Telefon bimbit berdering minta untuk diangkat, tertera nama pemanggil di skrin telefon "my habibi", Erma Rosmiza teragak-agak untuk menjawab panggilan tersebut walaupun sememangnya Erma Rosmiza sangat meridui lelaki itu namun disebabkan ego dia membiarkan telefon tersebut berdering dan terus berdering sehingga kehabisan bateri.

                 Hari ini genap 3 bulan Erma Rosmiza mengajar di Sekolah Rendah Kampung Tanduo, suasana disini benar-benar memberi ketenangan kepadanya. Erma Rosmiza berjalan-jalan di sekitar kawasan taman yang berhampiran dengan kawasan rumah sewanya tiba-tiba dia terasa tangannya ditarik dan alangkah terkejutnya Erma Rosmiza melihat orang tersebut adalah suaminya. Erma Rosmiza cuba untuk melepaskan dirinya daripada pegangan lelaki itu namun kudratnya tidak mampu untuk melawan kudrat seorang lelaki yang berbadan sasa seperti suaminya, dengan perasaan yang sebal Erma Rosmiza mengekori Zuhairi Fadhli masuk ke dalam kereta import berjenama Toyota Camry itu.

              "Kenapa tak beritahu saya yang awak ditukarkan kat sini??, awak tau tak hidup saya macam orang  gila tanpa awak disisi saya?? tolong jangan seksa jiwa saya lagi..balikla ke pangkuan saya semula''.. Rayu Zuhairi Fadhli kepada buah hatinya itu namun tiada sebarang jawapan daripada Erma Rosmiza, Zulhairi Fadhli mengeluh lesu lalu memegang tangan isterinya erat."Pandang saya jika awak masih sayangkan saya", masih tiada respon daripada Erma Rosmiza tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan dari arah yang bertentangan kelihatan Zulhairi Fadhli lemah memegang tangannya yang dilumuri cecair pekat berwarna merah. Erma Rosmiza menjadi kaget dengan tidak semena-mena beberapa orang anggota polis datang menyerbu kereta mereka dan Zulhairi Fadhli ditahan kerana disyaki telah bekerjasama dengan pihak pengganas yang menyeludup masuk dari Filipina, Erma Rosmiza meronta-ronta meminta supaya suaminya dilepaskan namun mereka hanya sempat membalas renungan setelah Zulhairi Fadhli dibawa naik ke trak polis.

             "Saya ada hak untuk berjumpa suami saya, tolongla beri peluang untuk saya bercakap dengan suami saya sebentar".. Rayu Erma Rosmiza kepada anggota polis tersebut namun permintaannya itu tidak dilayan kerana dikhuatiri akan berlaku sesuatu perkara yang akan mengancam anggota polis mahupun Erma Rosmiza sendiri. Erma Rosmiza pulang ke rumahnya dengan hati yang hampa dia berasa menyesal kerana meninggalkan suaminya dulu jika tidak kerana ingin memujuknya sudah pasti Zulhairi Fadhli tidak akan ditimpa masalah ini. Hari berganti hari Erma Rosmiza berusaha tanpa ada rasa putus asa untuk bertemu dengan suaminya namun harapan hanya tinggal harapan, Zulhairi Fadhli telah dipindahkan bersama tahanan yang lain dan kerana keadaan yang memaksa Erma Rosmiza dihantar pulang semula ke Semenanjung Malaysia.

              Setelah 2 minggu berlalu, Erma Rosmiza dan keluarganya telah bercadang untuk mengadakan kenduri doa selamat dan solat hajat secara besar-besaran untuk keselamatan Zulhairi Fadhli dan semua warga Malaysia yang berada di Lahad Datu. Malam ini, orang ramai mengunjungi rumah mereka yang berhadapan dengan kawasan Pantai Port Dickson itu, dalam keadaan kesesakan tersebut Erma Rosmiza terlihat kelibat Zulhairi Fadhli berjalan menuju ke kereta yang dihadiahkan oleh Zulhairi Fadhli kepadanya sebagai hadiah hari lahir yang lalu. Erma Rosmiza cuba untuk mengejar kelibat tersebut namun usahanya gagal, dia merasakan bahawa dia telah menderhaka kepada suaminya itu air matanya gugur tanpa sempat ditahan lagi.

          Erma Rosmiza duduk bersila di pesisiran pantai ditemani lampu-lampu neon yang terdapat di pokok-pokok yang berada di kawasan tersebut. Tiba-tiba datang seorang lelaki lalu duduk di sebelahnya, "cari siapa ni??".. Soal lelaki tersebut sambil menghadiahkan senyuman. "Saya mencari suami saya, ini gambarnya.. Saya sedih sebab saya dah derhaka kepadanya.." Jawab Erma Rosmiza sambil menyerahkan gambar suaminya kepada lelaki tersebut. "Insyaallah awak akan bertemu dengan suami awak di syurga''.. lelaki tersebut memberi semangat. "Saya tahu tetapi penjaga pintu syurga tak benarkan saya masuk dari mana-mana pintu selagi saya tidak dapat kemaafan dari suami saya".. lelaki tersebut tersenyum lalu menghadiakan kucupan di dahi Erma Rosmiza lalu berkata " sekarang awak dah boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang awak suka, saya maafkan awak, dan sampai akhir hayat saya pun saya akan menyayangi awak".. Ucap Zulhairi Fadhli ikhlas..

         Erma Rosmiza berasa malu lalu menutup mukanya dengan kedua belah tapak tangan dia tidak sanggup untuk menatap wajah suaminya itu pada waktu ini dia berasa sangat malu dan terharu. Zulhairi Fadhli ketawa melihat tingkah isterinya itu dia menarik tangan yang menutupi wajah Erma Rosmiza lalu menceritakan peristiwa bagaimana Zulhairi Fadhli dilepaskan dari tahanan. Zulhairi Fadhli dilepaskan kerana tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa Zulhairi Fadhli seorang pengganas, pihak polis di sana memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan kepada Zulhairi Fadhli dan isteri. Zulhairi Fadhli tersenyum dan berkata "my name is Zulhairi Fadhli, i'm not a terrorist", ucap Zulhairi Fadhli sambil meniru gaya Shah Rukh Khan dalam filem "My Name is Khan"  dan gurauan tersebut disambut dengan gelak tawa Erma Rosmiza. Alhamdulillah.. Kami masih diberi nikmat kebahagiaan dari Allah.



2 comments:

  1. hoihoi....citer die sume nak gempak je...ti wat la citer lagi,rasanya leh wat koleksi cerpen dah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah.. mungkin lepas ni akan ada lagi cerita2 terbaru..

      Delete