Sunday 24 March 2013

Idolaku Awie...



Kau masih ku cintai...Sungguh
Dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya pasti
Kaulah satu untukku

Kau masih dewi hatiku.. Sungguh
Biar sejuta tahun hilang di hari
Usah gusar.. Sayang.. Usah ragu
Aku milikmu

Cintaku jika kau tanya pada bintang
Kemilauan sinar takkan hilang
Akan aku sinari duniamu
Moga terpadam sangsimu

Cintaku jika kau lihat tingginya awan
Takkan tercakar tinggi cintaku
Hanya hati ku tahu apa mahu ku
Dan duniaku pasti milikmu
Hingga ke akhir hayatku

Kau masih ku cintai.. Sungguh
Dari hari pertama kau ku nikahi
Aku pasti.. yakinnya pasti
Kau milikku

      Siti Nadzirah terpukau mendengar kemerduan suara suaminya Ahmad Asnawi mendendangkan lagu penyanyi terkenal kumpulan Wings itu. Orang memanggil Ahmad Asnawi dengan gelaran Awie kerana wajah dan suaranya mirip benar dengan vokalis kumpulan itu lagipula Ahmad Asnawi dulu merupakan seorang pelajar yang sangat meminati bidang muzik dan pernah bercita-cita ingin menjadi seorang penyanyi. Namun, dengan kuasa Allah takdir telah merubah segalanya. Ahmad Asnawi telah dihantar ibunya menyambung pelajaran ke peringkat STPM di Sma Dato Klana Petra Maamor, Ampangan Seremban.  Dari situ dia mula mendalami ilmu agama dan bertukar cita-citanya untuk menjadi seorang guru Bahasa Arab.

      Menjadi seorang ustaz bukanlah penghalang untuk Ahmad Asnawi meneruskan minatnya dalam bidang nyayian. Kini dia menjadi tenaga pengajar bagi kumpulan nasyid sekolahnya dan mewujudkan teknik menghafaz karangan atau apa-apa sahaja berkaitan Bahasa Arab dalam bentuk nyanyian agar murid-muridnya senang untuk mengingat. Siti Nadzirah pula merupakan seorang wanita muslimah yang sangat meminati lagu-lagu kumpulan Wings itu. Baginya pertemuan dengan Ahmad Asnawi ketika  di Pra-Universiti yang lalu bukanlah sesuatu perkara yang sia-sia, dia telah jatuh hati sewaktu mendengar lantunan suara merdu Ahmad Asnawi ketika persembahan nasyid pada malam jamuan asrama di sekolah mereka.

    Berkat doa dan kesabaran, Allah telah menerima rintihannya saban malam untuk menjadi seorang bidadari kepada Ahmad Asnawi, dan kini mereka hidup sebagai pasangan suami isteri yang sangat bahagia disamping mengamalkan hidup berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Malam ini Ahmad Asnawi mendendangkan lagu Iris itu semperna hari ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. " terima kasih abang, Zira suka dan bersyukur sangat dikurniakan suami sehebat abang "... bisik Siti Nadzirah di telinga suaminya. Lalu sebuah kucupan dihadiahkan oleh si suami di dahi licin sang isteri. 

    Sedang Siti Nadzirah leka menghidangkan makanan untuk santapan tengahari buat suami tercinta dia dikejutkan dengan bunyi telefon. Siti Nadzirah jatuh pengsan ketika mendengar suara garau seorang lelaki yang memberitahu suaminya maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka. Siti Nadzirah tidak dapat mengucup jenazah suaminya buat kali yang terakhir kerana kecederaan pada wajah jenazah sangat parah sehingga Siti Nadzirah tidak mampu untuk menatapnya. Tetapi sebagai seorang muslimah Siti Nadzirah reda akan pemergian suami tercinta dan dia yakin pasti ada hikmah di sebalik ujian ini.

   Hari ini genap setahun arwah Ahmad Asnawi pergi meninggalkan Siti Nadzirah, setiap hari Siti Nadzirah akan menghadiahkan Al-Fatihah buat suaminya dan setiap hujung minggu pula Siti Nadzirah akan menziarahi pusara arwah. Kini, Siti Nadzirah menggantikan suaminya mengajar Bahasa Arab di Sma Dato' Haji Tan Ahmad, Siti Nadzirah juga menggunakan teknik mengajar sama seperti suaminya, dengan cara itu dia dapat mengubati rasa rindunya terhadap suami. Jika Siti Nadzirah tidak dapat tidur pada waktu malam dia akan menonton video perkahwinan mereka dahulu berulang-ulang kali sehingga dia terlena, Siti Nadzirah juga akan mengalunkan bacaan Surah Al-Jumuah kerana surah itu merupakan surah yang paling digemari Ahmad Asnawi.

  Siti Nadzirah diberitahu tentang kemunculan semula arwah Ahmad Asnawi oleh anak murid beliau, Norasmira Ideris. Siti Nadzirah berasa sukar untuk mempercayainya baginya lelaki yang Norasmira Ideris lihat itu adalah orang yang berwajah mirip Ahmad Asnawi masakan orang yang sudah pergi boleh hidup semula. Tetapi pagi ini Siti Nadzirah dapat rasa seperti ada orang mengekorinya, apabila dia melihat ke belakang tiada pula sesiapa disitu tiba-tiba Siti Nadzirah berasa sangat takut dia mempercepatkan langkah kakinya ke kereta dan terus memecut laju ke sekolah. Di sekolah, Umair Raziq pula mengatakan dia terlihat Ahmad Asnawi di hadapan rumah Siti Nadzirah semalam. Ini membuatkan Siti Nadzirah tidak dapat tidur malam dia berdoa kepada Allah agar dia sentiasa berada dibawah lindunganNya dan dia juga berdoa agar dijauhkan dari segala sihir dan gangguan makhluk halus.

   Jam menunjukkan pukul 9.00 malam setelah habis menunaikan solat dan membaca Al-Quran, Siti Nadzirah terdengar suara seorang lelaki memberi salam diluar rumah, suara itu mirip benar dengan suara Ahmad Asnawi. Jantung Siti Nadzirah berdegup kencang dia memberanikan diri untuk membuka pintu, Siti Nadzirah terkejut melihat Ahmad Asnawi didepan rumahnya ini kelihatan Ahmad Asnawi tersenyum manis. " Abang dah balik, abang rindukan Zira.. rindu sangat ".. luah Ahmad Asnawi, Siti Nadzirah hanya membatukan diri dia tidak berani untuk menghampiri lelaki itu dia takut jika lelaki itu hanya gangguan dari mahkluk yang tidak diundang dia juga membaca ayat suci Al-Quran memohon perlindungan Allah.

   Ahmad Asnawi tersenyum melihat kerisauan yang terpancar di wajah bidadarinya itu dia tahu bahawa Siti Nadzirah berasa takut ketika ini, dengan lafaz Basmalah Surah Al-Jumuah dialunkan oleh Ahmad Asnawi dan ketika itu jatuhlah air mata kerinduan seorang isteri kepada suaminya. Siti Nadzirah berlari mendapatkan suaminya itu sesungguhnya dia sangat rindu untuk mendengar suara itu, dia sangat rindu untuk berbakti untuk suaminya dan malam ini kerinduan itu telah terubat. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Ketika hari Ahmad Asnawi ingin pulang makan tengahari di rumahnya, dia telah diserang oleh seorang lelaki yang  cuba merompaknya, setelah beberapa minit bergelut Ahmad Asnawi telah jatuh pengsan akibat hentakan kuat di kepalanya dan hilang ingatan. Dia dirawat oleh seorang lelaki tua sehingga sembuh dan memperoleh semula ingatannya, kata Ahmad Asnawi lagi cinta mereka terlalu kuat kerana setiap malam wajah Siti Nadzirah akan menghiasi mimpinya.

   Air mata kegembiraan jatuh di pipi Siti Nadzirah, dengan pantas Ahmad Asnawi menyeka air mata itu dengan jarinya. Siti Nadzirah tersenyum lagi, malam ini menjadi saksi cinta mereka bersatu kembali setelah sekian lama terpisah lalu Ahmad Asnawi menghadiahkan Siti Nadzirah lagu Iris nyanyian Wings. Hati Siti Nadzirah berbisik sesungguhnya Idolaku Awie.. Terima kasih Allah kerana memberi hadiah yang tidak ternilai ini.

 

   

    






No comments:

Post a Comment