Tuesday 19 February 2013

Kerana Aku Siti Nurul Naimah II




               "Saya ingin menjadi imammu, sudikah awak menjadi makmumku".. ni lah ayat lamaran Aziz Hakimi kat aku.. terharu la jugak tapi aku kata kat dia bagi aku masa ye la aku masih tak boleh nak lupakan si Muhammad Azim, aku tak nak la nanti bila aku dah menikah dengan Hakimi tu tapi ingatan aku masih lagi kat Azim kan dah berdosa. Hakimi tu faham situasi aku, selama aku berkawan dengan dia, dia memang memahami aku, dia memang baik sangat kat aku kadang-kadang tu dia sanggup balik kerja lambat semata-mata nak tunggu aku balik dulu, dia risau la kalau jadi apa-apa kat aku nanti.,heh..

               Aku ingat lagi masa Azim melafazkan akad nikah kat Nurin Emira, sebak giler dada aku ni, sesak nafas aku. Mula-mula tu aku tak nak datang tengok dia kahwin tapi aku rasa tak elok la pulak lagipon aku dah janji dengan dia time tu, jadi aku pon menggagahkan diri datang majlis dia, aku kan kuat kerana apa?? kerana aku Siti Nurul Naimah.. Peristiwa tu dah 5 tahun berlalu mungkin sekarang dia dah ada anak 2, dah bahagia dengan isteri dia tapi aku?? masih lagi sendiri, eh lupa plak.. aku ada Hakimi cuma aku tak nak couple-couple lagi dah lagipon umur aku ni dah sesuai tuk terus kahwin je..hikhik..

             Hari ni aku dah nekad nak terima lamaran si Aziz Hakimi tu, Azim tu biarlah dia benda yang dah lepas biarlah berlalu buat apa aku nak kenang balik kalau Azim dah dapat kebahagiaan dia kenapa aku tak boleh, aku pon mesti boleh jugak kerana apa?? kerana aku Siti Nurul Naimah.. Dalam perjalanan aku nak jumpa Hakimi dekat Restoran Nasi Arab Damsyik tiba-tiba aku terkejut sebab Azim muncul kat depan aku dia cakap dia nak jadikan aku isteri dia sebab dia tak boleh  mencintai Nurin Emira macam mana dia cintakan aku, dia tak bahagia dengan Nurin Emira. Aku jadi serba salah kalau boleh aku tak nak ingat apa-apa dah pasal dia aku tak nak ada kaitan dengan dia lagi.. Ya Allah kenapalah dia mesti muncul saat aku nak mengejar kebahagiaan aku.. kenapa dia mesti muncul sekarang aku tak sanggup nak melukai hati isteri dia.. Dalam aku berkira-kira untuk membalas permintaan Azim tu tiba-tiba Hakimi muncul dengan gaya yang macho..perghh.. hensem giler aku tengok Hakimi aku agak terpukau dengan kemachoan yang ada pada dia malam ni..hehehe..

           Aku dah agak Hakimi mesti akan settlekan benda ni dengan cara yang profesional aku risau jugak mula-mula tu takut benda ni akan berakhir dengan pergaduhan tapi dorang boleh selesaikan dengan cara yang matang takde aksi tumbuk menumbuk mcam dalam filem tu pon, teringin jugak aku nak camtu..hahahaha.. gurau je la.. sentap jugak jantung aku tadi bila jumpa Azim, tipu la kalau aku tak rasa apa-apa bila jumpa dia tadi, tipu la jugak kalau aku tak rasa nak kembali pada dia tapi aku tak boleh buat macam tu aku kena pikir hati dan perasaan banyak pihak akhirnya aku buat keputusan untuk tangguhkan dulu persetujuan aku untuk berkahwin dengan Hakimi.. Kasihan dia... tapi dia tak kisah dia paham..

           Aku ingat sejak peristiwa malam tu aku takkan jumpa Azim lagi rupanya lagi banyak kali pulak aku jumpa dia tapi kali ni dia bawak anak perempuan dia comel sangat.. Nama anak dia tu Nurul Azimah, buat tarian shuffle jantung aku bila dengar nama anak dia tu, Azim cakap Nurin Emira yang bagi, macam saje je ye la Siti Nurul Naimah dengan Nurul Azimah kan tak jauh beza tu.. hai.. macam-macam.. Sebelum kitorang berpisah aku mintak Azim jangan jumpa aku lagi aku tak nak kecewakan isteri dia dan hati Hakimi tu.. tapi macam biasa la Azim ni degil sangat dia cakap Emira izinkan aku menikah dengan dia, Emira rasa bersalah sebab rampas dia dari aku jadi perkahwinan tu sebagai tanda maaf dia.. Argh.. senangnya cakap..

           Dah sebulan aku tak bagi kata putus kat Hakimi tapi dia cool je dia sabar je terharunya aku yang si Azim pulak dia cakap dia tak nak serabutkan kepala aku dia kata buatlah keputusan yang terbaik tuk diri aku, waah.. dah semakin matang nampaknya dia..huhuhu.. Aku dah buat istikharah dan 3 kali berturut-turut aku mimpi benda yang sama dan aku yakin bahawa itulah jawapannya, jadi hari ni aku nak settlekan benda ni semua aku tak nak pening-pening sampai tak tidur malam lagi dan malam ni jugak aku akan berjumpa dengan Muhammad Azim dan Aziz Hakimi untuk memberi kata putus. Dengan yakin aku melangkah dan dengan sekali lafaz basmallah segala persoalan telah terjawab..huhu.. suspen tak??hehehe..

            Alhamdulillah aku dapat anak kembar dah lama aku mengidam nak anak kembar ni akhirnya dapat jugak walaupon mereka cuma kembar tahun je.. ok la tu.. yang si Amirul Thaqif lahir bulan 1 yang si Amirah Thaqifah ni pulak lahir bulan 12.. unikkan aku.. Mesti la unik aku kan Siti Nurul Naimah takkan tak tau lagi.. Aku pon sekarang dah bahagia dengan suami tercinta.. Siapa suami aku??? jawapannya ialah biarlah rahsia.. Kerana apa aku rahsiakan?? KERANA AKU SITI NURUL NAIMAH..hahahahahaha...hehehehehehehe....hihihihihihi...huhuhuhuhuhu...

       
   

7 comments:

  1. suka baca entry ni...
    tak de kene mengena ngan sape2x..
    just funny je kan.. hehe~
    matunnnnn... like 100x..

    ReplyDelete
  2. aah.. takde kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.. untuk suka2 je.. release tension..

    ReplyDelete
  3. best lah...
    nnti buat lah lagi...
    suka baca entry ni..
    boleh gelak2x.. hehe..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. matun boleh la sambung dgn cerita baru pulak..

    ReplyDelete