Monday 11 February 2013

Tinta Seorang Sahabat



             "Kau tau tak dalam ramai-ramai orang kat dunia ni kaulah orang yang paling aku benci sekali!! mulai hari ni kita putus kawan!!" terngiang-ngiang ayat itu di telinga Basyirah dia tidak menyangka bahawa Iwani akan mengucapkan kata-kata yang sebegitu, niatnya tadi hanya ingin bergurau bukan untuk melukai hati Iwani.. "Ya Allah, aku memohon pada Engkau jangan putuskan ikatan persahabatan antara kami kekalkanlah kemesraan antara kami sesungguhnya hanya kepada Engkau tempat aku mengadu dan memohon pertolongan.. Amin" doa Basyirah sambil menitiskan air mata..
               Basyirah berjalan menuju ke perpustakaan sekolah dia terlihat Iwani sedang mencampakkan hadiah pemberiannya sempena hari lahir Iwani yang lalu ke dalam tong sampah hatinya berasa sangat sedih dia tidak menyangka bahawa Iwani tidak bermain-main dengan ucapannya semalam. Basyirah membatalkan hasratnya untuk ke perpustakaan dia menuju ke musolla untuk membaca al-quran dan berzikir untuk menenangkan hatinya kerana penawar hati adalah membaca al-quran dan ingatkan kematian.
             Sedang Iwani menyiapkan tugasan yang diberi Ustazah Mashitah dia terkejut melihat Basyirah datang kepadanya sambil menangis Basyirah memohon maaf di atas perbuatannya kerana telah meletakkan katak di dalam beg Iwani sedangkan Basyirah tahu bahawa Iwani sangat takut kepada katak kerana sewaktu kecil dahulu seekor katak pernah masuk ke dalam baju Iwani. Iwani tidak mahu memaafkan perbuatan Basyirah tersebut baginya Basyirah sudah keterlaluan sepanjang mereka bersahabat Iwani tidak pernah terfikir untuk mengenakan Basyirah apatah lagi melukakan hatinya tetapi Basyirah dengan mudahnya melakukan perbuatan tersebut Iwani rasa Basyirah telah mengkhianati persahabatan mereka. "Sudahlah Syirah, aku rasa kau dan aku memang tak sesuai untuk berkawan kalau boleh aku tak nak kau ambik tau apa-apa pasal aku lagi jangan terkejut kalau kau dah tak jumpa aku kat facebook sebab aku dah block kau dari kawan eh bukan setakat fb je dekat mana-mana pon sama". Basyirah rasa tiada apa lagi yang perlu dibincangkan, Iwani sudah betul-betul benci kepadanya dan Basyirah pulang ke asrama dengan hati yang benar-benar terluka mungkin tidak ada ubat yang boleh menyembuhkan luka itu.
            "Eeii.. kenapa semua orang suka sangat kawan dengan Basyirah tu apa yang lebihnya dia padahal semua orang tahu yang dia dah buat jahat kat aku tapi orang masih nak sebelahi dia.." rungut Iwani  sambil menghentakkan kakinya setelah melihat kemesraan Basyirah bersama rakan-rakan yang lain. Iwani berjalan menuju ke dewan makan dengan hati yang sebal lalu dan telah terserempak dengan seorang pelajar lelaki bernama Amjad Amsyar yang kebetulan ingin ke dewan makan. Iwani sudah lama memendam perasaan kepada Amjad cuma dia tidak mampu untuk meluahkan rasa itu jadi dia merasakan ini peluang keemasan untuk mendekati Amjad apatah lagi sekarang dia memerlukan teman untuk meluahkan perasaan. "Err.. Amjad.. Boleh tak saya nak berkawan dengan awak??" soal Iwani gementar.. "Saya rasa kalau nak berkawan tu boleh apa salahnya dapat kita merapatkan lagi ukhuwah antara umat islam.." jawab Amjad lalu tersenyum ikhlas.. Iwani rasa sangat bahagia hatinya berbunga-bunga dengan pantasnya dia mengeluarkan sehelai kertas dan sebatang pen untuk diberikan kepada Amjad dia meminta Amjad menulis nombor telefon disitu.
          Hari ini semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung masing-masing, Iwani tidak sabar untuk menghantar sms kepada Amjad dia ingin menjadi orang yang teristimewa di dalam hati Amjad. Selepas solat isya' Iwani memulakan misinya dengan lafaz basmallah mesej berjaya dihantar

+ Slm prknln.. (Iwani )
- Salam perkenalan kembali.. Ada apa ya??

Iwani tersenyum membaca balasan dari Amjad lantas dia menekan kekunci telefon bimbitnya

+ Saya ada masalah..
- Mslh apa ya?? Insyaallah mngkin saya boleh tlg..
+ Saya ada mslh dgn Basyirah dia letak katak dlm beg saya pdhal dia tau saya takutkan katak
   sampai hati dia buat saya macam tu..
- Mungkin dia ingin bergurau.. Cuba bncng elok2 dgn Basyirah.. Saya yakin & percaya awk &
  Basyirah akn berbaik semula saya fhm sgt dah perangai Basyirah tu mcm mana dia kan suka
  bergurau.. dia ceria, sbb tu la saya sukakan dia..

  Pengakuan jujur Amjad itu menambahkan lagi rasa sakit di hati Iwani selama ini Iwani fikir Amjad mempunyai rasa yang sama sepertinya kerana kadang-kadang Iwani terlihat Amjad mencuri-curi pandang ke arahnya rupa-rupanya orang yang selama ini dipandang Amjad ialah Basyirah sahabat baikknya yang kini telah menjadi musuhnya. Iwani tidak membalas mesej Amjad itu dia rasa sebal dan sejak itu Iwani mula menyimpan dendam terhadap Basyirah dia tidak akan sekali-kali membiarkan Basyirah mendapat lebih darinya "permainan baru bermula Basyirah, kita tengok siapa yang menang dan siapa yang akan melutut" bisik hati jahat Iwani manakala syaitan ketawa kegirangan melihat anak Adam yang berjaya ditewaskan.
     
        Basyirah mengejar Iwani tetapi Iwani mempercepatkan langkahnya "Wani, tunggu dulu aku ada benda nak cakap dengan kau ni!" jerit Basyirah sambil berlari-lari anak "eh, kau blah la aku menyampah tengok muka kau!!" balas Iwani dia terus pergi meninggalkan Basyirah bersendirian disitu perasaan dendam telah membutakan hati Iwani dia sudah nekad akan membalas dendam dan tidak akan berpaling lagi.

        Iwani terlihat ada surat dari Basyirah di atas meja, Iwani menyimpan surat itu di dalam beg dia tidak tahu bila dia akan membacanya mungkin selama-lamanya. Hari ini, dia telah menyediakan satu permainan untuk mengenakan Basyirah dia akan pastikan Basyirah melutut kepadanya sambil menangis dan disaksikan oleh rakan-rakan yang lain. Iwani memanggil Basyirah sambil menghadiahkan senyuman yang manis Basyirah membalas senyuman itu tanpa bersangka buruk kepada Iwani. Iwani mengajak Basyirah pergi ke kedai didepan sekolah katanya dia ingin memohon maaf juga kepada Basyirah, sebagai tanda maaf dia ingin belanja Basyirah makan ketika itu ramai pelajar lelaki dan perempuan, mereka baru habis kelas persediaan (prep) jadi masing-masing ingin pulang ke dorm dan ada juga yang ingin ke kedai untuk membeli barang keperluan yang sudah habis.Semasa dalam perjalanan, Iwani sudah siap sedia untuk menjalankan rancangannya dengan tidak semena-mena kakinya tersepak batu saat dia hendak terjatuh Basyirah sempat menarik tangan Iwani dan tiba-tiba kedengaran bunyi hentakan yang sangat kuat, darah memercik ke muka Iwani kelihatan Basyirah diheret oleh sebuah lori setelah Basyirah berjaya melepaskan dirinya dari terus diseret tiba-tiba dia di gilis oleh sebuah kereta lain yang gagal mengawal kenderaan lalu terbabas. Kelihatan Basyirah menggelupur semakin lama semakin perlahan darah membuak-buak keluar dari mulutnya lalu nafasnya terus berhenti orang ramai mula memenuhi jalan tersebut Iwani berlari mendapatkan Basyirah yang kaku di atas jalan dia menjerit-jerit seperti orang yang hilang akal dia sangat menyesal dengan perbuatannya namun semuanya sudah terlambat Basyirah sudah pergi selama-lamanya.

      Jenazah Basyirah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang Baru, Iwani menangis tidak henti-henti dia rasa sangat menyesal tiba-tiba dia teringat surat yang Basyirah beri kepadanya dia mengambil surat tersebut lalu membacanya,

        Kehadapan sahabatku Iwani Izzati, aku Siti Basyirah ingin memohon kepada engkau atas segala perbuatanku terhadap engkau memandangkan engkau sudah tidak mahu bercakap dan memandang wajahku aku mengambil keputusan untuk mengirimkan warkah ini.
       Aku tahu aku bukan sahabat yang baik walaupon kita sudah lama berkawan aku masih lagi tidak memahami diri kau maafkan aku kerana tidak menjadi sahabat yang terbaik buat kau aku gagal untuk menjaga hati seorang sahabat. Kau tidak pernah melukai hati aku hanya aku sahaja yang selalu menyakiti hati kau maafkan aku sekali lagi.
      Terima kasih atas perhatian yang kau beri kepada aku selama ini hanya satu harapan aku aku berharap kita akan berbaik seperti dulu aku sangat merindukan saat-saat manis kita bersama aku tidak mahu persahabatan kita habis disini sahaja tolonglah Iwani aku merayu kepada kau.

                                                                                                                  Insan yang berdosa,
                                                                                                             
                                                                                                                  Siti Basyirah bt Suhaimi.


             Iwani meraung membaca warkah dari Basyirah itu dia berjanji pada dirinya sendiri bahawa dia tidak akan lagi mengulangi kesalahannya yang terlalu mengikut perasaan itu dan sejak dari hari itu dia tidak pernah lupa menghadiahkan Al-Fatihah kepada Arwah Basyirah dan setiap kali pulang ke kampung dia akan menziarahi kubur arwah, semoga arwah Siti Basyirah ditempatkan di kalangan orang beriman.. Al-Fatihah..
                                                                                                               

   

3 comments: