Saturday 9 February 2013

Cinta ke Syurga






          Sarah Khumairah melajukan langkahnya mencari jalan pulang ke bilik memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 7.15 minit petang tidak lama lagi azan maghrib akan berkumandang "Ya Allah bantulah hambamu ini" doa Sarah Khumairah dalam hati. "Macam mana boleh tak sedar dah pukul 7 ni tu la tadi leka sangat alih-alih lupa plak jalan nak balik bilik" bisik hati kecil Sarah Khumairah.. "Assalamualaikum ya ukhti, minta maaf jika ana telah menakutkan anti, dari tadi ana lihat anti macam ada masalah, bukanlah niat ana untuk menyibuk tetapi ana cuma risau melihat seorang gadis mundar-mandir di tepi pantai seorang diri lebih-lebih lagi pada waktu macam ni.." tegur seorang lelaki berwajah kacukan arab itu didagunya terdapat sejemput janggut yang tidak berapa panjang, Sarah Khumairah terpukau seketika melihat ketampanan lelaki tersebut.. "Astaghfirullah, berdosa memandang lelaki yang bukan muhrimku" hatinya berkata lalu Sarah Khumairah menundukkan pandangannya.. " Ana nak balik ke bilik tetapi ana tak ingat jalan pulak" jawab Sarah Khumairah takut-takut.. "Ermm.. Boleh ana tau berapa nombor bilik anti??" tanya lelaki itu.. "Errr.. no 143" Sarah Khumairah menjawab.. "Eh, bilik anti selang 2 bilik dari bilik ana maknanya kita sehaluan kalau anti tak keberatan ana boleh tolong tunjukkan jalannya".. Sarah Khumairah membalas dengan anggukan lalu mereka berjalan menuju ke bilik, si lelaki tadi berjalan didepan manakala Sarah Khumairah hanya mengikut saja dibelakang tiada sebarang perkataan yang terluah dari mulut mereka masing-masing hanya mendiamkan diri sehinggalah tiba dibilik.. "Terima kasih kerana anta telah menolong ana mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan anta" ucap Sarah Khumairah ikhlas.. Lelaki tadi membalas dengan senyuman sekali lagi Sarah Khumairah terpesona melihat lelaki itu. "Astaghfirullah, hati kenapa mudah sangat kau terpaut".. bisik Sarah Khumairah lagi..
         "Ya Allah sesungguhnya aku telah terpaut dengan lelaki tadi, jika diizinkan Engkau aku berharap dia menjadi imamku tetapi jika sudah tertulis dia bukan untukku aku mohon Engkau bantulah aku melupakan lelaki itu aku tidak mahu mempunyai perasaan kepada lelaki selain dari suamiku" rintih Sarah Khumairah selepas solat maghrib. Sarah Khumairah merenung di luar jendela kelihatan lelaki kacukan arab itu sedang berbual bersama seorang perempuan berpurdah timbul rasa bersalah dihatinya "Ya Allah, dia sudah beristeri rupanya apakah aku berdosa kerana menaruh perasaan kepadanya sudah jelas bahawa dia bukan tercipta untukku" bisik hati Sarah Khumairah sedih.. Sarah Khumairah duduk dikatil dan berzikir untuk menghilangkan kecewa di hatinya tiba-tiba perutnya terasa lapar Sarah Khumairah mengambil keputusan untuk makan di kedai yang ada dikawasan chalet sahaja setelah bersiap beliau meninggalkan bilik..
        "Alhamdulillah, kenyang perut" Sarah Khumairah tersenyum senang beliau mengambil keputusan untuk balik ke bilik "assalamualaikum" sapa seorang gadis berpurdah "ini isteri lelaki tadi '' bisik Sarah Khumairah.."Err.. waalaikumussalam" jawab Khumairah lalu menghadiahkan senyuman.. "Boleh ana  jumpa anti sekejap??'' tanya gadis berpurdah itu "boleh, apa salahnya.." Sarah Khumairah menjawab lalu mereka mengambil tempat di bawah pokok, lampu yang dipasang di sekeliling pokok tersebut sedikit sebanyak membantu menerangi kegelapan malam.. "Ana minta maaf jika kata-kata ana nanti akan mengejutkan anti, ana bukannya apa tapi demi kebahagiaan abang Muaz ana relakan" ucap gadis berpurdah tadi. Sarah Khumairah sudah mula risau "minta maaf ana kurang jelas dengan apa yang anti cuba katakan ini" jawab Sarah Khumairah jujur "ana Ummu Habibah isteri kepada Muaz Al-Ain lelaki yang telah menolong anti tadi kami sudah 4 tahun berkahwin tetapi ana tidak boleh memberi zuriat kepada abang Muaz lagipula ana mempunyai masalah kesihatan ana menghidap barah otak doktor kata ana dijangkakan hidup 3 bulan lagi jadi ana ingin anti menjadi isteri kepada abang Muaz ana yakin dan percaya anti akan membahagiakan abang Muaz" luah Ummu Habibah sedih.. "Astaghfirullah, anti tidak kenal ana macam mana anti boleh katakan ana ini dapat membahagiakan suami anti tiada isteri yang rela untuk bermadu dan ana yakin anti juga begitu jadi kenapa anti mudah sangat nak menjodohkan suami anti dengan ana jika suami anti tahu mesti dia sedih kerana isterinya meminta dia untuk berkahwin lagi, ana pun tidak sanggup merampas kebahagiaan orang lain ana mintak maaf jika kata-kata ana ini melukakan hati anti" Sarah Khumairah bangun hendak meninggalkan Ummu Habibah " Sarah Khumairah tunggu dulu ana belum habis jelaskan lagi' panggil Ummu Habibah lalu Sarah Khumairah berpaling "macam mana anti tau nama ana??" soal Sarah Khumairah.. "Semuanya dengan izin Allah, ana telah membuat istikharah seminggu yang lalu Dia telah memberi petunjuk kepada ana bahawa abang Muaz akan membantu seorang gadis yang bernama Sarah Khumairah untuk balik ke bilik di pantai ini dan ana dapat lihat wajah anti dengan jelas dalam mimpi itu dan ternyata perkara ini telah terjadi pada hari ini ana yakin bahawa anti adalah orang yang layak menggantikan ana, anti boleh ambil masa untuk berfikir ambillah kad ini telefon ana bila anti dah ada keputusannya" jawab Ummu Habibah dengan panjang lebar lalu meninggalkan Sarah Khumairah..
             "Aduh sakitnya, mana abang pergi ni.. Ya Allah sakitnya" rungut Sarah Khumairah lalu menggosok kakinya yang sakit setelah terjatuh tersepak batu di tebing Sungai Congkak tadi "Ya Allah, isteri abang jatuh mari sini abang tolong" Muaz Al-Ain menghulurkan tangannya lalu disambut oleh Sarah Khumairah.. Khumairah tersedar dari tidur jam menunjukkan pukul 6.10 minit pagi beliau membaca doa bangun tidur lalu membersihkan diri untuk solat subuh.. Sarah Khumairah turun ke dapur untuk membantu umminya Pn Farizah menyiapkan sarapan, setelah mereka sekeluarga bersarapan Sarah Khumairah mengambil keputusan untuk berterus terang dengan walid dan umminya, Khumairah menceritakan dari mula hingga akhir tentang pertemuannya dengan Muaz Al-Ain dan Ummu Habibah sepanjang bercuti di Port Dickson 3 minggu yang lalu.. "Jika itu petunjuk dari Allah walid izinkan tapi Khumai  kena tanya Ummu Habibah tu dulu samada Muaz betul-betul setuju dengan rancangannya ini Khumai tau kan soal kahwin bukan untuk main-main" nasihat En. Solahuddin Sarah Khumairah sekadar mengangguk " betul cakap walid tu, kalau betul-betul setuju datang masuk meminang" sampuk Pn. Farizah timbul perasaan resah di hati Sarah Khumairah hatinya tertanya adakah setuju itu merupakan jalan terbaik bagaimana jika Muaz Al-Ain tidak bersetuju dan tidak pernah terfikir dengan rancangan Ummu Habibah itu.
             Hari ini genap setahun perkara itu berlalu Sarah Khumairah telah melupakan segalanya dia lebih senang menghabiskan masa bersama ahli usrahnya, setiap kali habis waktu mengajar di Tadika Islam Al-Islah pasti dia akan pergi berjumpa ahli usrahnya semasa dalam perjalanan hendak pulang ke rumah Sarah Khumairah terkejut apabila terserempak dengan Muaz Al-Ain, Sarah Khumairah melajukan langkah kakinya tapi dihalang oleh Muaz Al-Ain katanya ada perkara penting yang perlu disampaikan pada Sarah Khumairah pada mulanya Sarah Khumairah menolak tetapi terpaksa bersetuju setelah Muaz Al-Ain memberitahu bahawa ini adalah wasiat dari Ummu Habibah rupanya Ummu Habibah telah pulang ke rahmatullah 10 bulan yang lalu Muaz Al-Ain menyerahkan surat yang ditulis oleh Ummu Habibah sehari sebelum pemergiannya di dalam surat tersebut Ummu Habibah sangat berharap jika Sarah Khumairah dapat menjadi isteri kepada Muaz Al-Ain.. Ummu Habibah juga mengatakan bahawa dia dapat merasakan bahawa Muaz Al-Ain mempunyai perasaan sama seperti Sarah Khumairah dan Ummu Habibah telah menjadikan perkahwinan antara Sarah Khumairah dan Muaz Al-Ain sebagai wasiatnya yang terakhir.
            "Muhammad Muizzuddin, Muhammad Taqiuddin masuk sayang dah pukul 6.30 ni mandi siap-siap untuk solat dan belajar mengaji dengan abi" panggil Sarah Khumairah kepada dua putera lelakinya yang sedang leka bermain bola dihalaman rumah "anak-anak kesayangan abi sekalian, kan ummi dah panggil  masuk kenapa main-main lagi ni kan abi dah banyak kali pesan kita kena ikut cakap ummi kerana" belum sempat Muaz Al-Ain menghabiskan ayatnya anak-anak kesayangan mereka menyambung serentak "syurga terletak dibawah kaki ibu" lalu mereka berebut masuk untuk bersiap Muaz Al-Ain dan Sarah Khumairah tersenyum melihat telatah anak-anak pengarang jantung mereka. "Ya Allah, terima kasih kerana kurniakan aku suami dan anak-anak yang soleh aku memohon agar Engkau merahmati kami sekeluarga dan memberikan nikmat kasih sayang ini berterusan hingga ke syurga.. Amin" doa Sarah Khumairah dalam hati...

4 comments: