Tuesday 12 February 2013

Kerana Aku Siti Nurul Naimah




                    Masuk kali ni dah kali yang ke-10 si Muhammad Azim ni mintak couple kat aku padahal dah banyak kali dah aku cakap kat dia aku tak nak, tapi si Azim ni tak paham bahasa betul la, kalau dia dah suka tu mesti dia nak jugak, aku bukannya tak nak,  ye la kitorang dah la satu kelas nanti kalau budak-budak ni tau habis aku kena bahan, eeii tak sanggup betullah lebih-lebih lagi kalau si Hana Farhanah tu dapat tau naya aku, nanti mau dijajanya citer aku satu sekolah akhirnya siapa yang malu?? aku jugak. Tapi sebab aku dah tak boleh tahan dengan sikap Azim yang tak reti nak putus asa tu aku terima jugak lamaran dia bukan sebab dah tak tahan rimas je sebenarnya sebab aku pon dah tangkap cintan dengan mamat tu tapi aku kena la jual mahal sikit aku kan perempuan.. chewaahh.. Hmm.. risau jugak aku pasal couple-couple ni kalau kantoi tak tau la mana nak sorokkan muka aku yang tersangat comel ni..huhu..

                  Hari ni hari pendaftaran persekolahan untuk tahun 2013, berdebar-debar jugak jantung aku ni, ye la aku malu la nak jumpa si buah hati aku tu, walaupon kitorang ni dah "couple" tapi aku tetap jugak berkeras nak letak syarat dalam hubungan kitorang ni antaranya ialah...

  1. Dia mesti kena simpan rahsia ni elok-elok kalau aku dapat tau dia cerita kat kawan-kawan dia pasal ni tau la dia aku kerjakan.. ha ni makannya..heh..
  2. Aku tak nak guna perkataan selain dari "saya awak".. tapi kalau kat sekolah kena guna "aku kau" ye la kalau kita tengok bahasa couple budak zaman sekarang ni dahsyat sungguh kalah suami isteri kat luar tu.. tu yang aku tak nak tu, couple-couple jugak tapi tetap ada batasannya.
  3. Kitorang tak boleh keluar berdua-duaan dan tak akan pernah keluar bersama kecuali bila dah sah bergelar suami isteri, walaupon ajak kawan tetap jugak tak boleh sebabnya aku tak suka nak dating-dating ni lagipon korang tau kan kalau lelaki dan perempuan keluar berdua pasti ada orang ketiga.
  4. Emak dengan ayah aku mesti kena tau pasal ni aku tak suka la nak rahsiakan dari keluarga aku.. aku tak nak membelakangkan keluarga tak cium bau syurga nanti..
  5. Antara kitorang tak boleh ada rahsia walaupon hal yang remeh-temeh kalau ada rahsia jugak ha.. "talk to my hand"..
Ha.. dahsyat tak syarat-syarat tu aku saje je buat syarat-syarat macam ni barulah menunjukkan aku ni tak sama macam orang lain kerana apa?? "Kerana Aku Siti Nurul Naimah".. Tapi lagi dahsyatnya aku ingatkan si mamat tu tak boleh la terima syarat-syarat yang tak pernah buat dek orang tu sekali tengok selamba badak dia je pergi setuju, terkejut beruk jugak aku time tu dia cakap dia pon memang suka sangat dapat couple yang pelik vs lain dari yang lain macam aku ni.. Erkk,, aku rasa cam perli je tapi lantaklah malas aku nak pikir.. Orang kata cemburu tu tandanya sayang semakin kuat cemburu seseorang itu semakin kuat kasih sayangnye,, ye ke?? aku main bantai je cakap macam ni tapi tak tau la sejauh mana kesasihannya sebab megikut logik akal dan otak aku yang pandai tahap gaban ni rasa cemburu ni boleh membawa kepada kecederaan emosi yang teruk mana taknya bila tengok couple tu borak dengan orang lain dah cemburu buta habis dimaki hamunnya padahal orang tu kawan je..hmmm.. dahsyat2.. nak dijadikan cerita si buah hati kesayangan aku ni memang kuat cemburu tapi takde la sampai buta masih celik dan hensem lagi la..hahahah.. dia cakap aku "tak boleh nak online facebook dan segala laman sosial yang ada kat dunia ni lama-lama" yang lagi nak buat jantung aku terkeluar ikut mulut ni adaka dia suruh aku lapor kat dia dengan siapa aku chat, pasal apa aku chat, kitorang mesti online sama-sama kalau dia offline aku mesti kena offline.. Eiii,, giler betullah.. tapi aku online je senyap-senyap..hehehe..

               Aaaarrrrrggggghhhhhh!!! aku rasa nak je lari dari Malaysia ni kisah cinta aku dengan si Azim ni telah diketahui umum.. yang tak daya tu dorang ni boleh je buat-buat tak tau rupa-rupanya majoriti budak kelas aku dah tau.. berbekalkan semangat yang diberikan si buah hati pengarang jantung aku tu dapat juga aku menghadapi semuanya dengan hati yang terbuka dan reda..huhu.. sweet tak kitorang??heh.. aku rasa kalau buat air kopi tu tak payah tambah gula pon takpe sebab dah sweet dah tapi bagi couple-couple lain kat luar sana tu kalau tambah gula 2 tan pon belum tentu sweet..hihi.. Si Hana Farhanah tu la, pandai je dia cari informasi pasal aku maklumlah cita-cita dia kan nak jadi wartawan rancangan melodi tu jadi dia kena la kreatif dan inovatif dalam cari maklumat.. yang bagusnya si Hana Farhanah tu walaupon si Azim ni suka marah-marah dia, dia tetap je cool dan rileks..hmm, untungla.. kalau aku la dah lama dah aku tempeleng si Azim tu tapi si Azim tu takkan marah aku punya dia kan sayang kat aku cuma kadang-kadang tu je la dia boleh jadi harimau yang menakutkan tapi takpe aku tak kisah pon.. Bak kata si Hana Farhanah kalau dah sayang tu bau kentut yang mengalahkan bau jamban tu pon boleh jadi sewangi one drop perfume..hehe.. betul jugak kata dia tu..

              Hmmm.. esok genaplah 7 tahun kitorang couple, setia kan kitorang kan kan kan??.. tapi hari ni hari yang paling menyedihkan bagi aku dan dia kitorang terpaksa memutuskan hubungan kitorang sebab ibu dan ayah dia telah menetapkan calon isteri untuk dia kasihan aku tak menjadi menantu pilihan..huwaaa... sedih sangat tapi nak buat macam mana dah dia bukan jodoh aku.. sabar je lah.. mula-mula tu mmg rasa macam nak meraung je kat depan dia ye la mana taknya punyalah lama kitorang mengekalkan perhubungan ni akhirnya terkandas juga di tengah jalan.. tapi aku tak nangis pon ye la aku kan kuat kerana apa?? "Kerana Aku Siti Nurul Naimah".. tapi sehebat-hebat Azim tu dia tak kuat menghadapi semua ni dia menangis teruk sangat masa cakap dengan aku pasal ni, banyak kali dia minta maaf kat aku tapi setelah aku menenangkan dia akhirnya dia boleh terima.. Mula-mula tu dia cakap kat aku walaupon dia dah kahwin dia tetap jugak akan mencintai aku dan mengambil aku sebagai isterinya.. Tapi aku cakap tak payah la kasihan isteri dia nanti lagipon cinta tu tak semestinya memiliki lagi satu kalau kita menyukai sesuatu itu tak semestinya ia terbaik untuk kita mungkin sekarang kita bahagia tapi hari lain kita tak tau.. Aku yakin dan percaya bahawa ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ni Allah kan lebih mengetahui segala-galanya.. Tabah tak aku?? tabah kan.. Kerana apa?? "Kerana aku Siti Nurul Naimah"....

7 comments:

  1. ak rasa sesuatu la dgn ko punya entry nih... ap ye??

    ReplyDelete
  2. hmm kerana aku SITI NURUL NAIMah ^^

    ReplyDelete
  3. aaaaaaaaaaaaargggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhh .matoooooooooooonnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn .zzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

    ReplyDelete
  4. kak halimaton..jojo suka cite nie..best.... ^_^

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. aku harap entry blog nei dah boleh dipadam :'(

    ReplyDelete